
Kereta kerajaan ‘sesat’ depan kelab malam

Rafizi, Wong Chen terima ugutan video seks sejenis
Pengkhianat dikalangan penjawat awam macam ini patut dijatuhkan hukuman mati je
Warga emas dipercayai dibunuh, anak ditahan bantu siasatan
Bayi jatuh sungai dari jambatan gantung

Gila!! Ampang ke Tol Gombak ambil masa 5 jam

Rafizi dedah diugut video lucah palsu, tuntut RM470,000
Astro Awani
Rafizi menyatakan beliau menerima emel daripada individu tidak dikenali yang mendakwa memiliki video lucah melibatkan dirinya bersama seorang lelaki. -Facebook
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini mendedahkan beliau menjadi sasaran cubaan pemerasan melalui video lucah palsu yang dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), dengan tuntutan bayaran mencecah RM470,000.
Dalam satu hantaran di Facebook, Rafizi menyatakan beliau menerima emel daripada individu tidak dikenali yang mendakwa memiliki video lucah melibatkan dirinya bersama seorang lelaki.
Emel tersebut turut disertakan dengan tangkap layar kabur serta kod QR untuk pemindahan wang berjumlah AS$100,000.
“Video lucah datang lagi! Kali ini siap dengan tuntutan dan cubaan godam peranti saya. Saya percaya ini bukan sekadar fitnah, tetapi strategi untuk akses data peribadi dan cipta naratif lebih besar,” katanya.
Lebih mengejutkan, Rafizi turut mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, menerima ugutan serupa melibatkan lelaki yang sama dalam video tersebut.
Kedua-dua mereka berkongsi tangkap layar dan mendapati tuduhan itu berasaskan bahan yang sama. Pejabat Wong Chen dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
Rafizi menjelaskan bahawa beliau tidak percaya ada pihak sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk menghasilkan video AI, sebaliknya yakin ia hanyalah suntingan dari video lama yang ditampal wajahnya sebelum diambil tangkap layar.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap cubaan menggodam peranti elektronik miliknya, termasuk telefon dan komputer riba, yang dipercayai dilakukan oleh firma antarabangsa menggunakan perisian pengintipan upahan (mercenary spyware).
Menurut Rafizi, beliau telah menerima empat amaran keselamatan daripada Apple sejak November 2024, yang menyatakan peranti beliau menjadi sasaran serangan siber sofistikated seperti Pegasus — perisian kontroversi yang dibangunkan oleh firma perang siber Israel, NSO Group.
“Apple menyatakan serangan ini berkait rapat dengan siapa saya dan tindakan saya sebagai ahli politik. Ini bukan cubaan biasa,” katanya.
Beliau turut mengaitkan insiden ini dengan hikmah hukum Islam yang menetapkan empat saksi adil bagi mensabitkan kesalahan zina, kerana bukti video kini boleh dimanipulasi sepenuhnya melalui teknologi AI.
Rafizi menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan video atau gambar yang mencurigakan, dan supaya menyemak kesahihan sebelum menyebarkan sebarang maklumat.
Mursyidul Am PAS: 'Setakat macam Anwar, PAS boleh cari tiga, empat lori calon PM'
Warga asing bayar RM2,500 untuk diseludup keluar Malaysia
PDRM tahan lelaki hina Agong dan Raja-Raja Melayu di TikTok
Tiada perkembangan terbaru kes serangan anak saya - Rafizi
Warga asing agresif diberkas JPJ
Bungkusan disyaki berisi mayat ditemui di tepi sungai

Inkues Zara: Ketua warden didakwa arah pelajar alih mayat Zara Qairina, cuci kesan darah
Inkues Zara: Telefon bimbit pengawal keselamatan jadi eksibit baharu
Tukang kebun maut terminum racun disangka air mineral
Pelajar senior dengar bunyi jatuh ketika mahu cuci pakaian, kata saksi
Kedah: Bekas suami mangsa tikam di Guar Chempedak dicari

Polis buru pemandu MPV larikan diri selepas langgar motosikal
Inkues Zara Qairina: Pengawal diminta padam gambar, pelajar diarah bersih tompokan darah
Serang keluarga, lelaki maut selepas mengamuk
Pelajar tingkatan empat panggil Zara hadir perjumpaan haram ‘MA’
Kedah: Isteri dengar lelaki jerit ‘tolong ada orang kena tikam’

'Bagi kail, jangan bagi ikan' - Rafizi sorot pencapaian pengusaha mesin vending IPR
Kedah: Lelaki, wanita ditemui maut dipercayai kena bunuh
Kecuaian yang tidak boleh dimaafkan: Polis buka kertas siasatan video tular aksi bahaya kanak-kanak
Bekas guru besar ugut langgar lari pakar patologi didakwa di mahkamah
Tunggang isu kaum dan agama: Apakah kita mahu keadaan jadi huru-hara seperti di Indonesia atau Nepal?
Kelantan: Terjun tingkat dua PPR, 3 penagih cedera cuba melarikan diri dari serbuan polis
Kelantan: Lelaki ditemui mati, ada kesan tetakan di dada, leher
Kejutan 6 pagi di rumah mayat
Ugutan bunuh terhadap PM, AMK buat dua laporan polis
Rangka manusia ditemui di dalam pohon

Fitnah YDP Sabah berkait Zara, suri rumah didenda RM10,000
Inkues Zara Qairina: Kemungkinan arwah tergelincir, jatuh secara terus tipis
Rogol adik ipar berusia 12 tahun, Nelayan dipenjara 20 tahun

Hanya kepala warga emas ditemui selepas dilaporkan diserang buaya di Kampung Siang-Siang Laut
Warga asing letak 9 kepala babi di beberapa Masjid Perancis

Pasangan kekasih antara tiga didakwa rompak berkumpulan

Terbukti Suria KLCC tetap halang bawa bendera Palestin walaupun tanpa kayu


Cuba curi kabel akhirnya tersangkut di tiang MRT

