10 jajahan Kelantan diramal bah mula Isnin
Pegawai tentera didakwa bayar RM23,000 selepas noda gadis

Dua remaja lelaki mati ditembak
Wanita warga Indonesia maut jatuh dari tingkat 29
Ketua Pemuda gesa Umno tinggalkan k'jaan perpaduan
10 lagi individu dicekup kes gaduh guna parang

Amerika menggila serang Caracas, Presiden Venezuela isytihar darurat

Kantoi!!! [VIDEO] Perompak terhormat ‘kontoi’ curi RON95 siap salotape nombor plat

Muhyiddin lepas jawatan pengerusi PN langkah bijak, kata veteran Bersatu

Wanita dilanggar tayar ‘terbang’

Jemput PAS sertai k'jaan perpaduan: Exco Pemuda Amanah sanggah AMK
Letupan silinder gas helium merosakkan tiga kenderaan dan gerai

Pas punca perpecahan gabungan, sejarah wajar jadi iktibar
Kelantan: (Video)Titi gantung runtuh, rombongan pengantin lelaki jatuh sungai

Lebai PAS yang dibuang parti mahu saman speaker DUN Perlis

Kalau bukan Presiden Pas terajui, apa jadi pada PN?
Cabul wanita di kondominium, polis tahan seorang lelaki
Laksamana Madya mahu saman Chegubard atas tuduhan rasuah terhadapnya
Hadi sahkan PAS akan terajui PN
Pas nafi suka ‘berpoligami politik’, salahkan parti lain punca gabungan gagal

Pas sabotaj pentadbiran baharu Perlis, derhaka raja?
Irfan Faruqi
Tun Faisal, Mohammad Tawfik dan Khairil Nizam mengulas mengenai kemelut politik di Perlis. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Keputusan Pas untuk tidak menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis di bawah pentadbiran Menteri Besar Abu Bakar Hamzah, bukan satu bentuk sabotaj atau membelakangi titah Raja Perlis.
Sebaliknya Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin menegaskan, parti itu komited menyokong pentadbiran baharu Perlis sebagai sebahagian gabungan Perikatan Nasional (PN).
"Bagaimana boleh berlakunya sabotaj? Sekarang minimum bilangan exco yang diperlukan ialah empat dan kawan-kawasan BERSATU telah anggotainya. Kita akan bantu exco-exco tersebut. Kita akan pastikan peranan semak imbang yang berprinsip.
"Lainlah kalau (ADUN untuk isi kekosongan) exco itu tidak cukup. Sekarang ini cukup. Kawan-kawan BERSATU ialah kawan-kawan PN. Kita perlu ingat kemenangan kita di Perlis menggunakan lambang PN. Maka, macam mana hendak kata kita derhaka? Kita komited dan akan bantu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
PAS sabotaj pentadbiran baharu Perlis, derhaka Raja? Ini reaksi AJK Pas Pusat
Tambah Khairil Nizam, Pas mahu memberi ruang kepada ADUN BERSATU untuk menjalankan pentadbiran negeri Perlis dan pada masa yang sama bersolidariti dengan bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli yang telah meletakkan jawatan.
“Pada saya kita perlu ada rasa hormat. Kita datang dengan Menteri Besar kita. Apabila Menteri Besar kita letak jawatan maka kita sama-samalah letak jawatan. Itu asasnya,” ujar Ahli Parlimen Jerantut itu lagi.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menzahirkan rasa optimis bahawa pentadbiran akan berjalan dengan baik.
“Apabila kita tubuhkan kerajaan mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis, cukup dengan bilangan satu pertiga iaitu lima ADUN termasuk Menteri Besar.
“Dengan adanya sokongan daripada ADUN-ADUN Pas, kita boleh bergerak ke hadapan. Sepatutnya dengan sokongan penuh ADUN-ADUN Pas, pentadbiran Perlis dan istana, saya yakin keadaan harmoni akan wujud. Kita boleh mentadbir dengan baik,” katanya.
Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub pula berbeza pandangan dengan menyatakan bentuk pentadbiran di negeri Perlis kini tidak lagi membuktikan adanya kerjasama yang benar-benar kukuh dalam kalangan parti komponen PN itu.
"Ada tujuh ciri-ciri kerjasama politik yang perlu dipenuhi oleh parti-parti politik supaya kerjasama itu boleh dikategorikan sebagai kerjasama yang sebenar. Antaranya elemen koordinasi tugas.
“Dalam konteks politik Perlis, di mana koordinasi tugas sedangkan kita lihat tidak ada ADUN Pas yang menganggotai Majlis Mesyuarat Negeri?,” jelasnya.
Tawfik turut menegaskan keperluan untuk PN mengadakan mesyuarat segera bagi mencari solusi kepada kemelut yang berlaku.
Beliau turut menggesa sidang media diadakan bagi menjelaskan kedudukan semasa gabungan politik itu yang turut menyaksikan siri peletakan jawatan oleh pemimpin-pemimpin utama daripada BERSATU dalam kepimpinan PN, terutamanya Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Tawfik, tindakan itu untuk menjamin sokongan terhadap gabungan berkenaan menjelang siri pilihan raya akan datang dan meleraikan spekulasi mengenai perpecahan dalaman yang berlaku.
Dialog Tiga Penjuru: Konflik PN | Gaduh, keluar atau runding?
Rancang dengan teman lelaki untuk bunuh suami demi tuntutan insurans
PN: Nampak gaya panjang lagi cerita ni
Pemuda PAS Selangor juga sokong Sanusi jadi pengerusi PN

Sanusi sebagai pengerusi PN? Ketua ulama PAS setuju
Terengganu: Warga emas didakwa laku amang seksual terhadap cucu

