Lelaki warga asing maut dibunuh, suami isteri ditahan bantu siasatan
‘Jangan cium al-Quran, risau terpesong akidah’

Pegawai agama joget ‘Kopi Dangdut’ rai Maal Hijrah

Lagi kejutan Sabah: Skandal pelombongan selubungi Star, pemimpin tertinggi PBS
Kapal PKR berlubang-lubang
AJK Pemuda PKR Selayang letak jawatan tanda solidariti rakan kalah pemilihan
21 rumah musnah dalam kebakaran di Hutan Melintang
Seharian hilang, wanita ditemukan lemas di Sungai Muar

Empat warga Indonesia anggota sindiket dadah bersenjata ditangkap

Rafizi: Edisi Siasat tak patut disekat
Budak maut tercampak kenderaan akibat tayar meletup di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Jasin
Rejim pengganas Israel menyerang Lubnan pula

Lelaki warga emas hilang di hutan ketika cari rebung

Israel akui diserang lebih 50 peluru berpandu Iran

Wajah sebenar Pas terdedah
Calon ketua cabang Lenggong lapor ROS, dakwa pemilihan PKR tak telus
Undi bukan Melayu: Menantu Hadi tersilap langkah kot?
RMK13 mahu dirombak sebab ciapan balas pada Fahmi?
36 warga Bangladesh ditahan terbabit gerakan militan bawa fahaman IS
Rafizi: Kenapa timbul isu rombakan semula RMK13 di saat akhir
Polis tahan tiga suspek kes kematian pelajar universiti di Cyberjaya
Rejim zionis hampir tumbang jika tiada campur tangan AS - Khamenei
Astro Awani
TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mendakwa rejim zionis hampir mengalami kehancuran sepenuhnya akibat serangan balas Iran, namun berjaya diselamatkan dengan campur tangan Amerika Syarikat (AS).
“Pasukan bersenjata Iran berjaya menembusi pertahanan berlapis Israel dan menyasarkan kawasan ketenteraan serta bandar utama,” kata Khamenei dalam satu mesej video yang disiarkan pada Khamis.
Beliau menyifatkan keupayaan balas Iran sebagai tamparan hebat terhadap musuh yang selama ini mendominasi rantau.
Merujuk kepada serangan udara AS ke atas kemudahan nuklear Iran, Khamenei menyatakan bahawa tindakan tersebut gagal mencapai matlamat ketenteraan sebenar.
“AS menyerang tapak nuklear tetapi tidak mencapai apa-apa. Trump hanya menunjuk-nunjuk,” kata Ali Khamenei, merujuk kepada tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang menurutnya hanya bertujuan memulihkan imej politiknya.
Sebelum itu, dalam hantaran di akaun rasmi X, beliau turut mengucapkan tahniah atas apa yang disebutnya sebagai “kemenangan terhadap rejim Zionis palsu”.
“Dengan segala kekecohan dan dakwaan itu, rejim Zionis pada hakikatnya telah tumbang dan dihancurkan oleh serangan Republik Islam.
“Saya ucapkan tahniah atas kemenangan rakyat Iran ke atas rejim Amerika.
"Rejim AS menyertai medan perang secara langsung kerana bimbang jika ia tidak bertindak, rejim Zionis akan hancur sepenuhnya.
"Mereka sertai perang bagi menyelamatkan rejim itu, namun tidak mencapai apa-apa.
“Republik Islam telah memberikan tamparan hebat ke atas Amerika Syarikat.
"Kami telah menyerang dan merosakkan Pangkalan Udara Al-Udeid, yang merupakan antara pangkalan utama AS di rantau ini.
“Kemampuan Republik Islam untuk mengakses pusat-pusat utama AS di rantau ini dan mengambil tindakan bila perlu adalah sesuatu yang signifikan.
"Tindakan sebegitu boleh diulangi di masa depan. Jika berlaku sebarang pencerobohan, musuh pasti akan menerima padahnya,” tulis Ali Khamenei.
Kenyataan itu hadir selepas gencatan senjata dimeterai awal minggu ini, menamatkan konflik selama 12 hari yang menyaksikan pelancaran lebih 1,000 dron dan ratusan peluru berpandu balistik oleh Iran sebagai tindak balas terhadap serangan awal Israel yang menyasarkan saintis dan kemudahan nuklear negara itu.
Pemerhati antarabangsa melihat kenyataan Ali Khamenei sebagai isyarat bahawa Iran menganggap dirinya berada dalam kedudukan strategik yang hampir menundukkan Israel, dan bahawa campur tangan AS adalah langkah kecemasan untuk mengelakkan kekalahan total sekutunya itu.
Warga Pakistan rasmi program sukan sekolah?
Kes bunuh penuntut: 14 individu termasuk rakan serumah, pensyarah direkod keterangan
Umavathi Ramayah
SEPANG: Polis sudah merakam percakapan 14 individu termasuk rakan serumah dan pensyarah bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi sebuah universiti swasta di Cyberjaya.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, beberapa individu lain akan turut dipanggil dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan.
Menurut beliau, pihaknya juga sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak bank berhubung transaksi yang dibuat menggunakan kad pengeluaran automatik (ATM) milik mangsa, Maniishapriet Kaur Akhar selepas kematiannya.
“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya pembunuhan ini dilakukan oleh individu yang dikenali mangsa," katanya ketika dihubungi, pada Khamis.
Maniishapriet Kaur, 20, yang berasal dari Kuching, Sarawak ditemukan mati di dalam bilik asramanya pada jam 10.28 pagi, Khamis lalu.
Mangsa tinggal bersendirian di bilik asrama berkenaan selepas lima rakan sebiliknya pulang bercuti sejak 21 Jun lalu. Mendiang dijadualkan menduduki peperiksaan dalam masa terdekat.
Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala mangsa. Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat, dan punca kematian disahkan akibat hentakan objek tumpul di kepala.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pengantin baharu maut disambar petir
Kerana telur separuh masak, Pesuruhjaya Polis digugur jawatan

'Politik kebencian' PAS kian bahaya, kata Guan Eng
Warga emas maut, 2 cedera nahas di JRTB Gerik-Jeli

2 penunggang motosikal maut dipercayai berlumba di SKVE
Dakwaan ah long bakar rumah, polis sedang siasat
Lelaki maut ditikam rakan serumah
Misteri wanita terhempas dari tingkat lapan hotel


