"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis buru lelaki Pakistan ini disyaki mencabul dan liwat kanak-kanak serta remaja di Shah Alam

ISKANDAR SHAH MOHAMED
Muhammad Hassan yang diburu polis.
SHAH ALAM – Polis sedang memburu lelaki warga Pakistan disyaki mencabul dan liwat kanak-kanak serta remaja di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28, di sini.

Suspek berusia 25 tahun itu dikenali sebagai Muhammad Hassan dengan beralamat terakhir di Flat Taman Negara, Seksyen 27.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima empat laporan polis mengenai kejadian itu bermula April lalu sehingga kini.

“Semua mangsa adalah kanak-kanak dan remaja lelaki berusia sembilan,13, 14 dan 19 tahun. Kejadian itu dipercayai dilakukan suspek sama berdasarkan modus operandi meminta pertolongan mangsa dan membawa ke kawasan sunyi.

“Mangsa kemudian dikatakan diliwat atau dicabul suspek yang tiada pekerjaan tetap itu,” katanya, petang ini.

Terdahulu, tular hantaran di media sosial memaparkan kebimbangan penduduk mengenai tindakan kumpulan warga Pakistan meminta pertolongan daripada kanak-kanak dan remaja lelaki yang berusia 18 tahun ke bawah. – KOSMO! ONLINE

AWAS!! Tiga wanita China ‘kantoi’ bayar hotel RM8,700 guna duit palsu

HARRITH HISHAM
Antara wang palsu dan barangan suspek yang dirampas.
KUALA LUMPUR – Kegiatan tiga wanita warga China melakukan pembayaran bilik hotel berjumlah RM8,700 dengan menggunakan 87 keping not RM100 palsu akhirnya terbongkar apabila ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, semua suspek berusia antara 18 hingga 47 tahun itu dipercayai berperanan sebagai ejen sindiket wang palsu.

“Polis membuat rampasan membabitkan 87 keping not RM100 serta sekeping not RM50 dan RM20.

“Turut dirampas iaitu dua beg silang jenama Louis Vuitton, kad akses bilik hotel dan tiga unit telefon bimbit jenis Iphone,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama enam hari sehingga 9 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan.

“Polis menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap wang kertas secara fizikal seperti yang disarankan oleh Bank Negara Malaysia.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Ugut bunuh Exco Armada Bersatu: Saksi penting dikenal pasti

HARRITH HISHAM

KUALA LUMPUR – Polis sudah mengenal pasti saksi penting dalam kes ugutan bunuh membabitkan seorang pengarah sebuah syarikat yang juga Exco Armada Bersatu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, hasil siasatan mendapati pengadu tidak mengenali suspek yang didakwa merancang untuk membunuhnya.

Menurutnya, dua orang saksi telah dipanggil dan dirakam percakapan bagi tujuan membantu siasatan.

“Polis juga mengenal pasti seorang saksi penting berkaitan kes ini dan akan dipanggil untuk dirakam percakapan.

“Kita percaya keterangan saksi ini adalah kunci untuk menjejaki pelaku terlibat dan memperjelaskan motif ugutan ke atas pengadu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sulizmie berkata, bagaimanapun tiada sebarang tangkapan ke atas mana-mana individu dilakukan setakat ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan menakutkan secara jenayah melalui perantaraan nama yang disembunyikan.

Tambah Sulizmie, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada pengadu sekitar pukul 9.13 malam, Rabu lalu.

Beliau berkata, pihaknya sedang giat mengesan identiti saspek terlibat dan melakukan siasatan daripada semua segi serta memberi jaminan dengan keselamatan pengadu diberi keutamaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor, Pang Wei Keong di talian 013-2082391 atau menyalurkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Rosdi M. Husin di talian 013-3920694.

Terdahulu media melaporkan, Exco Armada Bersatu, Na’im Brundage mendedahkan menerima ugutan bunuh termasuk ancaman untuk disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Menurutnya, ancaman itu merupakan satu tindakan serius yang boleh mengancam keselamatan diri dan ahli keluarganya. – KOSMO! ONLINE

4 maut, 6 hilang selepas bot yang mereka naiki karam di pantai Belawai, Sarawak

Mohd Roji Kawi
am@hmetro.com.my

Kuching: Empat ditemukan lemas manakala enam lagi hilang selepas bot yang mereka naiki karam di pantai Belawai, dalam Bahagian Mukah, hari ini

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, tujuh lagi dilaporkan selamat dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.11 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis diarah ke lokasi yang terletak 22 kilometer dari balai itu.

"Setibanya di lokasi pada jam 3.12 petang, komander operasi melaporkan bot gentian kaca yang membawa 17 penumpang karam di pantai.

"Empat mangsa yang disahkan lemas dalam kejadian itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya lagi, operasi pencarian di tepi pantai kini dijalankan oleh anggota menggunakan penyelamat bomba dan dibantu oleh bot dari agensi Sarawak Coast Guard.

"Anggota masih mengumpul maklumat kesemua mangsa dari pemandu bot yang selamat ketika kejadian berlaku," katanya.

Maklumat identiti mangsa yang lemas dan yang masih hilang belum diperoleh.

Polis tahan pendakwah bebas didakwa sebar video seks dengan isteri

Malaysiakini 

Polis Shah Alam menahan seorang pendakwah bebas kerana didakwa mengedar video seks melibatkan dirinya, isterinya dan beberapa wanita lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata penahanan itu susulan laporan polis pada 16 Jun yang dibuat isteri kedua penceramah bebas itu yang menakwa video seksnya dan madu-madunya serta beberapa wanita lain disebarkan oleh suaminya sendiri.

"Berikut daripada siasatan ini, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suami pengadu dan telah merampas dua buah telefon bimbit dan sebuah laptop milik suspek.

"Hasil semakan dalam dalam telefon bimbit milik suspek telah menjumpai beberapa video seks suspek dengan isteri – isteri suspek dan juga gambar- gambar mengaibkan beberapa wanita lain," katanya.

Suspek itu direman empat hari sehingga 5 Julai dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan selesai, tambah Iqbal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perkataan atau isyarat yang bertujuan menghina kehormatan,

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 509, pesalah berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Di bawah Seksyen 233, penalti maksimum ialah denda RM50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya, ditambah denda RM1,000 lagi bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Di bawah Seksyen 14, denda maksimum ialah RM100.

Politik rangkul semua: Apa nasib Tengku Zafrul?

Hishamuddin Aun

Pendirian Zahid Hamidi tidak bantu perjelas keadaan.

“Tengoklah saya ni (sambil berpaling kepada Tengku Zafrul Aziz di kanannya dengan menunjukkan keakraban mereka berdua). Yang tak ada cuma cium mulut je,” kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dalam satu video dikongsikan Malaysia Gazette 10 Jun lalu. Tengku Zafrul yang seterusnya ditepuk-tepuk bahunya oleh Zahid ketawa besar.

Terdahulu wartawan bertanyakan presiden Umno itu mengenai ucapannya yang ada menyebut hubungannya dengan Tengku Zafrul melangkaui soal politik. Jadi, adakah beliau bermaksud hubungannya dengan menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu kekal baik?

“Dari dulu itulah prinsip saya. Saya sering menyantuni perbezaan pandangan, apatah lagi pegangan politik. Dan kita mempunyai garis sempadan yang jelas.

“Soal politik harus dikesampingkan dalam pengendalian pengurusan organisasi, apatah lagi dalam hal mentadbir negara, khususnya dalam aspek ekonomi dan mengurus perdagangan,” katanya selepas merasmikan Forum Wanita Dalam Eksport 2025 di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, jika itu yang ingin diperjelaskan Zahid sebenarnya, ia tidak dicerminkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dalam mesyuarat yang dipengerusikannya pada 30 Jun – hanya tiga minggu selepas ‘pertunjukan’ keakraban kedua-duanya dalam majlis di Matrade itu.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan media selepas mesyuarat itu berkata tiada kewajaran untuk parti-parti dalam kerajaan perpaduan mengambil mana-mana ahli di kalangan parti-parti dalam gabungan bagi mengelakkan prasangka dan ketidakharmonian dalam kerajaan.

Tanpa menyebut nama mana-mana individu sekalipun, adalah jelas kenyataannya merujuk kepada Tengku Zafrul – bekas ahli MKT dan bekas ketua Umno bahagian Kota Raja – yang mahu menyertai PKR.

Tidak jelas sama ada surat peletakan jawatan yang diserahkan Tengku Zafrul kepada Umno dan hasratnya menyertai PKR pada 30 Mei lalu ada dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat MKT berkenaan kerana tiada sebarang kata putus diumumkan.

Ketika mengumumkan keputusannya mengundurkan diri daripada Umno, Tengku Zafrul menyandarkannya kepada hasil muhasabahnya sendiri selain faktor keserasian dan kesesuaian di samping nasihat dan pandangan sahabat-sahabat dalam dan luar parti termasuk Zahid.

Spekulasi berkait kedudukan politiknya mula dibangkitkan kerana tempohnya sebagai Ahli Dewan Negara akan tamat pada Disember yang bermakna beliau perlu melepaskan jawatan menteri.

Ini mencetuskan semula spekulasi bahawa beliau mungkin bertanding di kerusi DUN di Selangor melalui PRK tetapi ia ditolaknya sebagai tidak benar sama sekali di samping beliau tidak terdesak untuk mengharapkan langkah seperti itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada waktu itu berkata PKR belum mengadakan sebarang perbincangan dengan Umno mengenai perkara itu di samping menambah: “Orang ambil keputusan dan kita (perlu) hormat keputusan dia. Bagi PKR, tentulah kita kena bincang dengan rakan-rakan dan fikir sebaik-baiknya.”

Tindakan Tengku Zafrul itu mengundang pelbagai reaksi termasuk daripada dua ‘kaki pukul’ Umno – Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh menggesa beliau turut meletak jawatan sebagai menteri sambil Ahli MKT Puad Zarkashi yang menyifatkan bekas menteri kewangan itu sebagai seorang oportunis akan menjadi liabiliti kepada PKR.

“Jika PKR terima kemasukannya, ia umpama menikam Umno dari belakang,” katanya.

Berlawanan dengan kedua-duanya, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan pula berpandangan Tengku Zafrul berhak memilih jalan politik sendiri sambil mempertahankan bahawa parti itu tidak akan goyah kerana ia bukan diangkat hanya kerana seorang tokoh, sebaliknya dibina atas kekuatan akar umbi.

Maknanya masih ada lagi pemimpin yang pragmatik dalam Umno dan tidak hanya didorong oleh emosi.

“Jangan biar tindakan satu dua orang mengganggu hala tuju kita. Semua orang berhak memilih jalan mereka dan kami pilih untuk terus bergerak ke hadapan, fokus membina semula kekuatan parti dan memperjuangkan nasib rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Kerjasama Umno dan PKR tidak terjejas susulan pengunduran Tengku Zafrul daripada Umno, kata Naib Presiden Johari Abdul Ghani yang turut menekankan pentingnya kedua-dua parti dalam kerajaan perpaduan itu terus bekerjasama demi kestabilan politik negara.

Segala keriuhan mengenainya tertangguh apabila Tengku Zafrul berlepas untuk mengerjakan haji pada akhir Mei lalu.

Sekembalinya dari Tanah Suci, beliau kembali menjalankan tugasnya seperti biasa dan disusuli oleh kunjungannya ke Washington pada 18 Jun untuk meneruskan rundingan secara fizikal berkaitan tarif dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia selepas perbincangan terdahulu dilakukan secara dalam talian.

Tetapi, di antara tarikh kepulangannya selepas bergelar haji dan kunjungannya ke Washington itu, berlaku pertemuannya dengan Zahid dalam majlis di Matrade itu yang kini menimbulkan pelbagai tafsiran berbeza-beza.

Apakah apa yang dihujahkan oleh Zahid dalam majlis itu adalah atas kapasitinya selaku timbalan perdana menteri tidak sama dengan keputusan mesyuarat MKT pada 30 Jun atas kedudukannya selaku presiden Umno?

Atau barangkali kata putus mengenai kedudukan terkini Tengku Zafrul – kini seorang yang tidak berparti selepas beliau keluar Umno sedangkan PKR belum terima kemasukannya – kerana perbincangan Anwar dan Zahid masih tertangguh oleh kesibukan masing-masing.

Sehingga itu berlaku, mungkin boleh disimpulkan seperti temu bualnya dalam The Breakfast Grille melalui siaran Radio BFM, Mac lalu, bahawa Tengku Zafrul akan berundur daripada Jemaah Menteri pertengahan Disember nanti apabila tempoh senatornya tamat, sedia menerima sebarang jawatan lantikan dalam kerajaan sambil menanti peluangnya untuk bertanding semula sebagai Ahli Parlimen dalam PRU16.

“Saya sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada negara dalam apa jua kapasiti. Saya meninggalkan dunia korporat kerana niat untuk berkhidmat, dan selagi khidmat saya diperlukan, saya bersedia untuk terus menyumbang tanpa perlu jawatan,” katanya dalam temu bual itu.

Apa yang jelas, nasibnya ketika ini bukan dalam tangannya sendiri.

Rafizi beri bayangan tak tanding PRU16, tinggalkan PKR

Anne Muhammad

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberi bayangan untuk meninggalkan PKR selepas tamat penggal Parlimen ini dan tidak bertanding dalam PRU akan datang.

Ahli Parlimen dua penggal itu berkata beliau tidak mahu menjadi sebahagian daripada budaya politik yang ditunjukkan semasa pemilihan PKR pada Mei, apabila beliau tewas jawatan timbalan presiden kepada Nurul Izzah Anwar.

Rafizi turut berkata beliau tidak yakin terhadap keupayaan parti untuk menyingkirkan budaya tersebut, walaupun beliau tidak menjelaskan secara khusus budaya yang dimaksudkan.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU16, Rafizi menjelaskan belum membuat keputusan berhubung perkara itu malah tidak menolak kemungkinan untuk tidak bertanding langsung.

“Kalau jawatan menteri pun saya sanggup lepaskan, apatah lagi sekadar tidak bertanding dalam pilihan raya.

“Sebenarnya, saya masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak pada PRU akan datang,” katanya dalam audio siar Yang Berhenti Menteri.

Menurut Rafizi, walaupun tidak lagi aktif dalam kepimpinan PKR, beliau tetap akan menghormati mandat sebagai Ahli Parlimen Pandan dan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasannya.

Masa untuk ‘move on’

Rafizi juga berkata beliau akan melangkah ke fasa baharu tanpa menoleh ke belakang walaupun beliau pernah memainkan peranan penting dalam PKR.

Katanya lagi, beliau juga tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam parti pada masa akan datang.

“Saya akan ‘move on’. Saya tidak akan bertanding apa-apa jawatan di dalam PKR… Saya rasa budaya yang telah ditunjukkan dalam pemilihan yang lepas itu, bukanlah sesuatu yang saya hendak jadi sebahagian daripadanya.

“Kalaupun ada pemilihan baru, saya tidak rasa saya atau kita ada kemampuan untuk membersihkan parti daripada budaya. Jadi saya akan ‘move on’,” katanya.

Pada 17 Jun lalu, Rafizi mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri ekonomi susulan kekalahannya kepada Nurul Izzah.

Wanita yang dilaporkan hilang ditemukan lemas di Sungai Muar

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
FOTO Ihsan Polis
Muar: Misteri kehilangan wanita berakhir apabila mayatnya ditemui terapung dalam keadaan terlentang di Sungai Muar, berhampiran Dataran Tanjung Emas, di sini tengahari semalam.

Mayat wanita berusia 52 tahun ditemui orang awam yang kebetulan berada di dataran terbabit dalam keadaan lengkap berpakaian serta sedang hanyut dibawa arus.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pada jam 1.20 tengahari, polis menerima aduan orang awam menyatakan ternampak objek seperti mayat sedang terapung di Sungai Muar.

Menurutnya, siasatan dijalankan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di lokasi penemuan mendapati wanita itu meninggal dunia dipercayai lemas.

"Pemerhatian awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada mayat terbabit. Usaha menaikkan mayat dijalankan dengan bantuan bomba," katanya dalam kenyataan.

Kata Raiz Mukhliz lagi, mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kira-kira dua jam selepas penemuan mayat itu, polis menerima aduan pengadu berhubung kehilangan ahli keluarga mereka.

"Pengadu kemudian dibawa ke HPSF untuk proses pengecaman dan disahkan oleh pihak keluarga seperti mana aduan dilaporkan," katanya.

Polis siasat wanita tunggang motosikal lawan arus sambil pegang telefon bimbit

Buletin TV3 
Foto tular menunjukkan insiden berkenaan.
ALOR SETAR: Polis membuka kertas siasatan susulan tindakan seorang wanita yang menunggang motosikal secara melawan arus sambil memegang telefon bimbit yang dipercayai berlaku di Kilometer 38 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, berdekatan Tol Hutan Kampung, dekat sini yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali penunggang terbabit, untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

“Selain itu, polis sedang menjalankan siasatan awal selain mendapatkan kerjasama daripada pihak Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi mengesan penunggang motosikal terbabit.
“Ia susulan daripada satu video yang tular di Facebook (FB) yang memaparkan tindakan penunggang motosikal menunggang secara melawan arus dipercayai berlaku di lokasi kejadian.

“Dalam video berdurasi 23 saat itu, penunggang motosikal yang dipercayai seorang perempuan berdasarkan pakaian warna gelap yang dipakai, dilihat menunggang melawan arus menuju ke arah Jitra sambil memegang telefon bimbit tanpa menghiraukan kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, sehubungan itu, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Trafik Kota Setar pada 7.34 malam tadi untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Kota Setar, Sarjan Mohd Khairulnizam Abdul Aziz di talian 011-28350767, atau talian Balai Polis Trafik Kota Setar 04-7321222 bagi membantu siasatan.

Lelaki maut jatuh tingkat 3 hotel di Seremban

NUR SHARIEZA ISMAIL

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di daerah ini malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I HarziziHashim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.17 malam dan tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan tersangkut pada struktur di tingkat satu bangunan tersebut. Pihak Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Seramai 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 terlibat dalam operasi membawa turun mayat lelaki itu sebelum diserahkan kepada polis.- KOSMO! ONLINE

Membangun Bersama Islam: Apa beza pembangunan Islam di Kelantan dengan negeri bukan dikuasai Pas?

Harapandaily

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Mohd Amar Abdullah yang menggariskan empat kejayaan besar parti itu sepanjang lapan penggal memerintah Kelantan sejak 1990 mengundang persoalan.

Mohd Amar yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Pas mampu menunjukkan kepada seluruh negara bahawa Islam bukan sekadar sesuai untuk urusan ibadah dan masjid.

Sebaliknya, kata beliau, Islam juga mampu menjadi asas kepada pentadbiran sebuah kerajaan yang moden dan stabil, dalam konteks masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.

Mengulas ‘kejayaan’ pertama Pas dalam menerajui Kelantan, Naib Pengerusi AMANAH negeri, Ustaz Che Ibrahim Mohamed berpendapat ia hanya satu dakwaan yang terlalu indah daripada segi kata-kata tetapi kosong dari segi realitinya.

“Jika dalam tempoh lebih 35 tahun Pas memerintah Kelantan dengan slogan “Membangun Bersama Islam” telah berjaya membuktikan satu model pentadbiran Islam di zaman ini, maka apa bezanya pembangunan Islam yang berlaku di negeri-negeri bukan bawah Pas?

“Sila senaraikan lima kejayaan Membangun Bersama Islam yang telah dicapai oleh Pas di Kelantan yang tidak berlaku di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh parti bukan Pas?” soalnya.

Satu lagi perkara yang dianggap Mohd Amar sebagai kejayaan Pas menerajui Kelantan ialah negeri itu, dakwanya, contoh Islam dan pembangunan bukan dua jalan yang bertentangan.

Walau bagaimanapun, Ustaz Che Ibrahim mempersoalkan apa perbezaan nyata pembangunan di Kelantan dengan pembangunan yang berlaku di luar Kelantan.

Perkara tersebut, ujarnya, sama ada dari segi prasarana, kemudahan asas, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya sehingga Pas layak mendakwa telah berjaya membuktikan pembangunan yang parti itu lakukan adalah selari dengan Islam.

“Satu-satunya perbezaan ketara yang ambo (saya) nampak ialah pembangunan tanah, apa yang dilakukan di Kelantan amat berbeza dengan apa yang berlaku di negeri lain,” katanya.

Menurutnya, tanah-tanah di Kelantan kebanyakannya diberi milik kepada agensi kerajaan, perbadanan atau atas nama “Badan Kebajikan”.

Namun, hampir kesemua tanah terbabit diberi pajakan kepada syarikat-syarikat tertentu dengan pemberian tempoh sehingga 90 tahun.

Malah, tegasnya, hampir semua syarikat tersebut dimiliki oleh bukan Melayu.

“Adakah ini satu model pembangunan tanah mengikut Islam?” bidas beliau lagi.

Ada puak dalam Umno didakwa cuba cemar reputasi, guling Zahid

Elill Easwaran

PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan Umno mendakwa usaha baru-baru ini untuk melaga-lagakan Presiden Zahid Hamidi dan Timbalan Mohamad Hasan sebahagian kempen dirancang untuk merampas kuasa dalam parti.

Sumber dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang enggan namanya disiarkan berkata, satu kumpulan dalam Umno sedang berusaha menggambarkan Zahid sebagai lemah dan tidak layak kekal sebagai presiden.

“Kumpulan ini cuba memecahbelahkan parti supaya kemudian mereka boleh bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden.

“Matlamat mereka adalah untuk mengembangkan naratif bahawa Zahid tidak berkesan dan tidak sesuai pimpin parti,” katanya kepada FMT.

Ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Ledang Ahad lalu, Mohamad berkata, ada pihak tertentu cuba melaga-lagakannya dengan Zahid dengan tujuan melemahkan kepimpinan parti.

“Ada pihak nak adu domba saya dengan presiden Umno. Saya senyum sahaja sebab individu itu sendiri tidak boleh dipercayai kerana pernah bercakap buruk mengenai presiden.

“Saya pun tidak tahu apa yang dia cakap mengenai saya di belakang,” katanya menurut Berita Harian.

FMT bagaimanapun merahsiakan identiti individu yang dikatakan menjadi ketua kumpulan itu menurut sumber.

Penganalisis politik Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara juga percaya mungkin ada usaha terancang dari dalam Umno untuk menggulingkan Zahid sebagai presiden parti.

“Cara paling mudah adalah dengan cetus khabar angin – bahawa Mohamad akan cabar Zahid untuk jawatan presiden, manakala proksi Zahid akan cabar Mohamad untuk jawatan timbalan presiden.

“Sama ada benar atau tidak, persepsi yang diwujudkan adalah dua pemimpin tertinggi Umno itu bersedia saling mencabar,” katanya.

Azmi berkata, langkah itu bertujuan menimbulkan tanggapan wujudnya konflik dalaman bagi melemahkan Zahid, walaupun beliau percaya hubungan Zahid dan Mohamad baik.

“Tiada tanda-tanda Mohamad mahu cabar Zahid, atau sebaliknya. Khabar angin itu bukan bertujuan memburukkan imej Mohamad, sebaliknya menggambarkan Zahid sebagai seorang yang tidak lagi boleh mengawal parti.

“Ini kerja sama ada mereka yang tidak suka Zahid dalam Umno, atau seteru politik dari luar parti,” katanya, yang lebih yakin seteru politik luar menjadi dalang.

Lelaki lari tidak cukup tanah mati ditembak, ditinggal tepi jalan

MOHD SHARKAWI LONDING
ANGKAP layar rakaman CCTV menunjukkan empat lelaki bersenjatakan parang disyaki cuba melakukan samun ke atas tiga lelaki dipercayai berlaku di Johor.
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki disahkan meninggal dunia akibat terkena beberapa das tembakan pada badan ditinggalkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini mempunyai kaitan kejadian cubaan samun dan melepaskan tembakan di sebuah stesen minyak di Gelang Patah, Iskandar Puteri semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mangsa yang berusia 42 tahun itu ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri oleh dua individu yang menaiki kereta berwarna gelap.

Jelasnya, semakan terhadap padanan cap jari mendapati lelaki terbabit merupakan warga tempatan yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

“Hasil semakan rekod mendapati mangsa mempunyai empat rekod jenayah lampau.

“Siasatan awal mendapati, mangsa mempunyai kaitan dengan kejadian serangan sekumpulan lelaki bersenjata parang disyaki bermotifkan samun menyerang sekumpulan tiga lelaki yang lain berlaku pada pukul 12.12 tengah malam, semalam.

“Salah seorang tiga lelaki yang diserang melepaskan beberapa das tembakan ketika mereka diserang,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata, susulan kejadian itu, kira-kira pukul 7 malam semalam, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara India masing-masing berusia 30 hingga 40 tahun diberkas di kawasan Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Jelasnya, dalam tangkapan itu, polis merampas sepucuk pistol jenis Glock 19, satu kelopak berisi enam butir peluru, buku lesen pemilikan senjata dan peluru, kereta Honda Accord berwarna hitam serta kelongsong peluru.

Salah seorang suspek yang ditahan bekerja sebagai pengawal peribadi (bodyguard) dan siasatan awal mendapati lelaki terbabit mempunyai lesen pemilikan senjata.

Tambah beliau, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 148 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 Akta Senjata 1990.

“Polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kaitan si mati dan suspek yang terlibat dalam kedua-dua insiden berkenaan selain polis masih memburu suspek yang masih bebas,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Kat Malaysia ni mudah je, apa-apa berlaku salahkan hujan

Perkhidmatan Aerotrain KLIA tergendala 1 jam 15 minit akibat takungan air

Mohd Iskandar Ibrahim
Perkhidmatan aerotrain pada hari pertama pengoperasian semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).  Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Perkhidmatan aerotrain pada hari pertama pengoperasian semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
SEPANG: Malaysia Airports mengesahkan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dihentikan sementara pagi tadi susulan takungan air di terowong laluan tren akibat hujan lebat.

Menerusi kenyataan, Malaysia Airports memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 11.00 pagi apabila satu daripada pam saliran di terowong itu mengalami kerosakan teknikal, sekali gus menyebabkan air bertakung tidak dapat disalirkan secara automatik.

"Sebagai langkah keselamatan, operasi tren digantung sehingga kerja pembersihan air dilakukan secara manual dan laluan disahkan selamat.

"Perkhidmatan disambung semula sepenuhnya pada jam 12.15 tengah hari selepas mendapat pengesahan daripada pasukan teknikal dan keselamatan," menurut kenyataan itu.

Malaysia Airports menjelaskan sistem saliran terowong itu dilengkapi dengan pam yang direka untuk mengendalikan air semasa cuaca buruk.

Sepanjang gangguan berlaku, perkhidmatan pengangkutan ke Terminal Satelit tidak terjejas apabila penumpang terus dibawa menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik.

"Perkhidmatan Aerotrain kini kembali beroperasi seperti biasa. Kami komited untuk memastikan pengalaman perjalanan di KLIA kekal selamat, lancar dan boleh dipercayai.

"Pasukan teknikal kami terus memantau sistem ini dengan rapi sepanjang fasa awal operasinya," katanya.

MAHB turut merakamkan penghargaan kepada semua penumpang di atas kesabaran dan kerjasama sepanjang gangguan perkhidmatan berlaku.

Terdahulu, sebuah laman web berkaitan perkhidmatan tren melaporkan operasi Aerotrain terganggu menyebabkan penumpang terpaksa dibawa menaiki bas dari terminal utama dan terminal satelit.

Operasi Aerotrain di KLIA disambung semula mulai 1 Julai lalu selepas 28 bulan tertangguh melalui proses naik taraf bernilai RM456 juta.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat melakukan tinjauan dan merasai pengalaman menaiki perkhidmatan terbabit pada hari pertama pengoperasiannya semula.

Steven Sim anggap menantu Presiden Pas cuba cipta persepsi jahat

Harapandaily

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menyifatkan Tindakan menantu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyerahkan surat tuntutan (LOD) ketika pusat khidmatnya ditutup bertujuan menimbulkan persepsi jahat.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu berkata, pusat khidmatnya ditutup semalam kerana semua kakitangan menghadiri upacara penghormatan terakhir untuk mendiang datuknya.

Jelasnya, perkara itu turut dimaklumkan lebih awal melalui notis yang ditampal di pintu utama pejabat.

“Saya sentiasa mengalu-alukan semua pihak yang nak melawat ke pejabat saya, tak kira kaum, agama, malah parti politik.

“Sebelum ini pun ada orang parti dia yang datang pohon bantuan dari pejabat saya.

“Tapi yang jadi tanda tanya ialah, pemimpin Pas itu kata dia telah mai (datang) dua kali hari tu, pada jam 3.30 dan 5.15 petang.

“Namun, pintu pejabat tak buka, seolah-olah nak cipta persepsi bahawa pusat khidmat saya tidak beroperasi,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Selain notis makluman mengenai penutupan pejabat itu, jelasnya, terdapat empat nombor telefon terpapar dinotis jika ada apa-apa isu kecemasan.

Sehubungan itu, kata Sim, tindakan pemimpin Pas berkenaan adalah sama ada kerana dia tidak tahu baca bahasa Melayu ataupun memang sengaja hendak mencipta persepsi jahat.

Menurut pemimpin DAP berkenaan, hal ini bukan kali pertama pemimpin Pas tersebut mencipta persepsi yang bukan-bukan terhadap lawan politiknya.

“Sebelum ini, dia telah memuat naik gambar pelantikan Leftenan Jeneral Johnny Lim dan membuat provokasi perkauman konon satu hari nanti mungkin orang Cina akan jadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Dalam masa sama, Sim turut menyatakan kesediaan untuk berdepan tindakan undang-undang daripada Zaharuddin.

Bahkan, Timbalan Setiausaha Agung DAP berkenaan berkongsikan serangkap pantun yang ditujukan kepada Zaharuddin.

Adat berkunjung, harus memaklum,
Adat bertandang, elok dijemput;
Kilat bersabung, hujan pun belum,
Tuan memberi, saya menyahut.

“Jumpa kamu di mahkamah,” tegas Sim lagi.

Sebelum ini, Zaharudin dilaporkan memulakan tindakan undang-undangnya terhadap Sim berhubung dakwaan dia difitnah oleh pemimpin kerajaan MADANI itu.

Zaharudin menerusi klip video yang dimuat naik di akaun Facebook, menuntut permohonan maaf daripada Sim kerana menuduhnya menghina pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Baru-baru ini, menantu Presiden Pas tersebut berkata, kemungkinan satu hari nanti orang Cina menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Hantaran Zaharudin yang mengundang perdebatan orang ramai itu turut melampirkan gambar majlis pemakaian pingat Leftenan Jeneral kepada Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng.

Pengurusan masjid halang pengebumian suami isteri alasan penduduk luar

AMRAN ALI
Jenazah suami isteri dikebumikan di Tanah Perkuburan Bidadari selepas pihak pengurusan masjid di Ayer Keroh menawarkan bantuan dan lokasi pengebumian.
JASIN – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kesal dengan sikap pengurusan masjid di daerah ini yang tular didakwa tidak membenarkan jenazah pasangan suami isteri terlibat nahas dikebumikan di kariah itu atas alasan mangsa adalah penduduk luar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana sifat perikemanusiaan menjadi perkara utama diambil kira berbanding ‘peraturan’ apabila melibatkan urusan kematian.

“Saya mahu mengingatkan bahawa walaupun menjadi kebiasaan tanah perkuburan masjid digunakan untuk anak kariah, namun tiada peraturan khusus melarang pengebumian orang luar dan jawatan kuasa masjid perlu guna budi bicara.

“Janganlah hendak menyusahkan waris dalam saat-saat begini, apatah ketika mereka sedang berdepan kesedihan kerana pasangan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu tersebut, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, susulan kejadian itu kerajaan negeri juga telah menyediakan Tanah Perkuburan Islam Bidadari untuk pengebumian jenazah luar kariah, terutama jika tanah wakaf masjid telah penuh.

“Kalau ada masjid yang sudah tidak cukup kawasan tanah perkuburan, JAIM akan bantu dapatkan kawasan baharu sama ada menggunakan tanah wakaf sedia atau atau menggunakan dana untuk membeli tanah di kawasan yang sesuai,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sepasang suami isteri terpaksa dikebumikan di Tanah Perkuburan Bidadari, MITC, Ayer Keroh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 27 Jun lalu.

Situasi itu didakwa berlaku selepas pengerusi masjid di daerah ini menolak untuk memberikan kebenaran mengebumikan jenazah si isteri yang bukan anak kariah dan hanya membenarkan jenazah suaminya dikebumikan di kampung berkenaan walaupun kedua-duanya tinggal di Merlimau, Jasin.

Jenazah pasangan itu kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Bidadari selepas pihak pengurusan masjid di Ayer Keroh menawarkan bantuan dan lokasi pengebumian. – KOSMO! ONLINE

Wanita hamil 5 bulan menyamun, suami lupus harta curi dipenjara

Bernama

MELAKA: Wanita hamil lima bulan dan suaminya dihukum penjara dalam tiga prosiding mahkamah berbeza atas kesalahan menyamun, mencuri, dan melupuskan harta curi.

Di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Hakim Haderiah Siri menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Jasila Jamaruddin, 31, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyamun dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh ditahan, iaitu 10 Jun.

Jasila didakwa merompak dengan cara merampas seutas rantai tangan emas bernilai RM12,000 daripada seorang wanita berusia 42 tahun di hadapan sebuah kafe di Bandar Baru Sungai Udang, Melaka Tengah pada 28 Mei lalu, kira-kira 11 pagi.

Dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, suaminya, Muhammad Alif Aiman Zaini, 24, masing-masing dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Hakim Rohatul Akmar Abdullah selepas mereka mengaku bersalah menerima dan melupuskan harta curi.

Mereka didakwa menjual seutas rantai tangan emas tersebut di sebuah kedai pajak di Jalan Kiara Semenyih, Hulu Langat, kira-kira 4 petang pada hari kejadian.

Pasangan itu juga dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Uthman Abdul Ghani, secara niat bersama mencuri harta, iaitu kad akses pintu dan lif, sebuah televisyen LED, box android Xiaomi, seterika, pemanas air, selimut, dan bantal di sebuah inap sewa di Atlantis Residence Tower, Kota Laksamana, pada 26 April lalu.

Barangan yang dicuri dianggar bernilai RM1,100 dan kedua-dua mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mereka yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan atas alasan wanita itu sedang hamil lima bulan dan mempunyai empat anak yang masih kecil yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar dan Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal.

Polis lari lintang-pukang dengar bunyi letupan

KOSMO
Seorang anggota polis sedang mengawal lalu lintas apabila letupan didengari di belakangnya. - TikTok
LONDON  – Seorang anggota polis bergegas melarikan diri apabila letupan kuat berlaku di belakangnya semasa dia memeriksa kebakaran hutan di Rainham, timur London, lapor akhbar Metro UK.

Penduduk tempatan, Stephen Kent berkata, anggota polis tersebut mengarahkan orang ramai untuk berundur ketika api makin marak Rabu lalu.

“Dia menghadapi masalah untuk mengawal lalu lintas berseorangan.

“Apabila letupan berlaku, dia ketakutan dan melarikan diri,” kata Kent.

Rakaman video menunjukkan anggota polis tersebut mengawal lalu lintas ketika orang ramai berhenti untuk merakam gambar kebakaran.

Dia kemudian melarikan diri apabila letupan didengari di kawasan belukar di belakangnya.

Lapan jentera bomba bersama 60 anggota berusaha memadamkan kebakaran itu yang merebak beberapa meter dari kawasan kediaman di Glebe Road. – AGENSI 

Lelaki mengaku rogol, liwat pelancong Australia

Bernama

S Prasanth, 25, didakwa melakukan kesalahan itu dalam kereta dengan mengacukan sebilah gunting besi terhadap mangsa di kawasan perkuburan.
Pekerja sambilan hotel, S Prasanth, 25, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap warga Australia, minggu lepas. (Gambar Bernama)
GEORGETOWN: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Australia, minggu lepas.
S Prasanth, 25, yang merupakan pekerja sambilan sebuah hotel, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Juraidah Abbas, namun memohon masa bagi melantik peguam untuk mewakilinya.

Tertuduh didakwa merogol mangsa dalam sebuah kereta Perodua Axia dan meletakkan mangsa dalam ketakutan, kematian atau kecederaan dengan mengacukan sebilah gunting besi kepadanya di sebuah kawasan perkuburan di Estate Mount Erskine di sini, antara 5.20 pagi dan 6 pagi, 28 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun hingga 30 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii pada masa serta lokasi sama dan didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang Mohd Nordin Ismail dan Timbalan Pendakwa Raya Lee Jun Keong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd Nordin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan ia kesalahan serius iaitu merogol dan meletakkan mangsa dalam ketakutan kematian yang disifatkan bukan sebagai kes rogol biasa, selain sensitiviti hubungan baik dua hala Malaysia dan Australia juga perlu diambil kira memandangkan mangsa seorang pelancong dan penuntut Australia yang datang ke negara ini.

“Kita tidak mahu perkara ini memberikan gambaran tidak baik kepada pelancong luar yang datang ke Malaysia. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kesalahan sebegini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya mahkamah membenarkan jaminan maka ditawarkan RM100,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tertuduh pula merayu agar ditawarkan jaminan atas alasan terpaksa menanggung ibu bapa yang berusia 65 tahun dan hanya bekerja sebagai pekerja sambilan di hotel.

Mahkamah kemudian membuat keputusan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 31 Julai ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Penjual nasi lemak didakwa rogol anak teman wanita

Faisal Asyraf

Teman wanitanya juga mohon dibicarakan atas pertuduhan bersubahat dengan lelaki warga emas itu.
Azman Hasim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang atas pertuduhan merogol anak teman wanita berusia 12 tahun.
KUALA LUMPUR: Penjual nasi lemak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang kerana merogol anak teman wanita yang masih di bawah umur, tahun lalu.

Azman Hasim, 61, membuat pengakuan itu di hadapan Norshila Kamarudin, manakala teman wanitanya berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mohon dibicarakan atas pertuduhan bersubahat.

Azman dituduh merogol kanak-kanak itu ketika mangsa berusia 12 tahun dan empat bulan, di sebuah rumah di Hulu Langat, kira-kira 4 petang, sekitar pertengahan tahun lalu.

Kedua-duanya tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya Hairuliqram Hairuddin memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin, dengan berhujah kedua-duanya berkemungkinan mengganggu mangsa, yang merupakan anak kandung wanita berkenaan.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan 7 Ogos bagi sebutan semula kes.

Militan Bangladesh kumpul dana untuk IS di Syria

Mohamad Fadli

KUALA LUMPUR: Militan warga Bangladesh yang ditumpaskan polis baru-baru ini dipercayai mengumpul dana dan merekrut ahli bagi menyokong kumpulan pengganas IS di Syria serta negara mereka.

Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, berkata kumpulan itu mengumpul dana dengan memungut RM500 setahun daripada setiap ahli yang kini dipercayai seramai 150 orang.

Katanya, warga Bangladesh terbabit bekerja dalam sektor buruh seperti kilang, pembinaan dan stesen minyak di Malaysia.

“Kita kesan di peringkat awal ada dalam 100 ke 150 individu terlibat. Selain wang keahlian, mereka bergantung kepada sumbangan ahli.

“Sumbangan dan wang keahlian dikutip melalui TnG, bKash (penyedia perkhidmatan kewangan mudah alih di Bangladesh) serta perkhidmatan penghantaran wang antarabangsa,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman mengenai perkembangan siasatan Kumpulan Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB).

Pada 27 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan polis menahan 36 warga Bangladesh disyaki terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.

Penahanan itu dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di sekitar Selangor dan Johor bermula 24 April.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya mula mengesan kegiatan kumpulan tersebut melalui propaganda disebarkan di Facebook dan mereka dipercayai menggunakan WhatsApp serta Telegram untuk meluaskan pengaruh.

“Ini termasuk untuk menyusun aktiviti secara rahsia dan mengadakan perjumpaan ahli. Ahli yang telah melafazkan (jadi ahli) dalam talian akan bertanggungjawab sebagai ketua dan mewujudkan kawasan tertentu bagi memperluaskan pengaruh gerakan tersebut,” katanya.

Katanya, Malaysia bukan negara sasaran utama atau transit untuk kumpulan tersebut, sebaliknya hanya destinasi mendapatkan peluang pekerjaan khususnya dalam sektor buruh seperti kilang, tapak pembinaan dan perkhidmatan.

Menurutnya, sepanjang tempoh berada dan bekerja di Malaysia, sebahagian mereka terpengaruh fahaman radikal dan ideologi ekstremis dibawa masuk dari negara asal serta yang berada di peringkat antarabangsa.

“Implikasi keselamatan kepada negara kita adalah Malaysia berisiko menjadi hab logistik dan transit militan asing, seterusnya mencemar imej negara kepada elemen radikal.

“Jika tidak ditangani isu ini akan menjejaskan imej Malaysia dan hubungan diplomatik serantau,” katanya.

Pembantu rumah bunuh majikan kerana dimarahi

KOSMO!
SEORANG isteri dan anaknya mati dibunuh di dalam rumah di Lajpat Nagar. - Foto NDTV
NEW DELHI – Seorang wanita dan anak lelakinya didakwa dibunuh oleh pembantu rumah di kediaman mereka di Delhi, India semalam, lapor portal berita NDTV hari ini. 

Pembantu rumah lelaki yang dikenali sebagai Mukesh itu bertindak sedemikian selepas dimarahi majikannya, Ruchika Sewani.

Perbuatan suspek diketahui selepas suami Ruchika, Kuldeep Sewani pulang dari kerja dan mendapati pintu rumah tertutup di Lajpat Nagar, Delhi.

Dia cuba menghubungi isteri dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun, Krish, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripada mereka berdua. 

Kuldeep juga melihat kesan darah berhampiran pintu pagar dan di tangga sebelum membuat laporan polis bahawa isteri serta anak lelakinya hilang.

Polis tiba dan memecahkan pintu dan menemui mayat isteri serta anaknya di dalam rumah.

Polis kemudian menahan Mukesh yang cuba melarikan diri. Dia mengaku membunuh Ruchika dan anaknya selepas dimarahi oleh mangsa. 

Polis sedang menyiasat kes dan punca sebenar pembunuhan itu. – AGENSI

Feri karam di Bali 6 maut, 30 masih hilang

Indonesia gantung operasi mencari 30 mangsa hilang selepas feri tenggelam di Bali

Astro Awani

Anggota pasukan penyelamat Indonesia belayar menaiki bot kecil dalam operasi mencari mangsa hilang selepas feri KMP Tunu Pratama Jaya yang membawa 65 orang karam berhampiran pulau Bali. - Foto REUTERS

BALI: Pihak berkuasa Indonesia telah menggantung sementara operasi mencari dan menyelamat bagi 30 orang yang masih hilang selepas sebuah feri tenggelam berhampiran pulau peranginan Bali pada malam Rabu, menurut agensi penyelamat negara.

Feri KMP Tunu Pratama Jaya, yang membawa 65 orang termasuk 53 penumpang dan 12 anak kapal, tenggelam kira-kira 30 minit selepas berlepas dari Pelabuhan Ketapang di Banyuwangi, Jawa Timur, menuju ke Pelabuhan Gilimanuk di Bali.

Setakat ini, enam kematian telah disahkan, termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan ibunya.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional, Mohammad Syafii, berkata operasi dihentikan pada malam Khamis kerana masalah penglihatan dan keadaan laut yang bergelora, namun akan disambung semula pagi Jumaat dengan bantuan lebih 160 anggota penyelamat, termasuk polis dan tentera.

Menurut saksi dan mangsa yang terselamat, feri mula senget secara tiba-tiba selepas dilanda ombak kuat, menyebabkan kenderaan berat di atas dek berganjak dan feri tenggelam dalam masa lima minit.

Ramai penumpang terjun ke laut dalam keadaan panik, manakala sebahagian lagi terapung selama berjam-jam sebelum diselamatkan.

Feri tersebut membawa 22 kenderaan, termasuk 14 trak, dan dipercayai tenggelam sepenuhnya.

Pasukan penyelamat kini menumpukan pencarian di permukaan air, namun tidak menolak kemungkinan terdapat mangsa yang terperangkap di dalam feri.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, yang sedang berada di Arab Saudi, telah mengarahkan tindak balas kecemasan segera, manakala siasatan terhadap punca kejadian sedang dijalankan.

Kebakaran enjin dan cuaca buruk antara faktor yang sedang diteliti.

Kejadian ini sekali lagi menyorot isu standard keselamatan maritim di Indonesia, sebuah negara kepulauan dengan lebih 17,000 pulau, di mana kemalangan feri sering berlaku akibat muatan berlebihan dan kekurangan peralatan keselamatan.

Curi penapis air di masjid, jual di Facebook

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan suspek mencuri penapis air di salah sebuah masjid.
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan suspek mencuri penapis air di salah sebuah masjid.
Nilai: Curi penapis air di masjid dan cari pembeli melalui media sosial. Itu dilakukan lima individu untuk mendapat wang mudah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, empat daripada suspek didapati positif dadah dan semuanya mempunyai rekod jenayah.

Katanya, pihaknya menerima tiga laporan polis bersabit kes kecurian mesin penapis air di tiga masjid di sekitar Nilai pada 30 Jun lalu.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai dan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan berjaya menahan lima lelaki tempatan.

"Mereka berumur antara 20-an hingga 40-an ditahan dalam dua siri tangkapan yang dijalankan di kawasan Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma dan Beranang, Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan pertama dilakukan kira-kira 12 tengah hari 3 Julai membabitkan dua suspek utama, diikuti dengan tangkapan kedua ke atas tiga lagi suspek pada hari sama pada 12.15 tengah hari.

Tambahnya, hasil tangkapan membawa kepada penemuan dan rampasan barang kes utama, iaitu satu unit mesin penapis air yang dicuri pada 30 Jun 2025.

"Turut dirampas ialah sebuah Proton Gen-2, telefon bimbit, pakaian dipakai suspek ketika kejadian dan peralatan digunakan untuk mencabut mesin berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati semua suspek menggunakan media sosial untuk mencari pembeli barang curi dan menyasarkan masjid yang kurang pengunjung, dan mencuri penapis air yang diletakkan di luar ruang solat.

"Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan kes jenayah dan narkotik. Ujian saringan air kencing mendapati empat daripada lima suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek dibuat pagi ini bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Letupan gudang mercun, 7 individu dilaporkan hilang

Reuters
Tangkap layar video media sosial menunjukkan kepulan asap menjulang susulan letupan di sebuah gudang simpanan mercun di Esparto, California, Amerika Syarikat pada 1 Julai dalam tangkapan skrin yang diambil daripada sebuah video media sosial. - Reuters (Foto dibekalkan pihak ketiga)
Tangkap layar video media sosial menunjukkan kepulan asap menjulang susulan letupan di sebuah gudang simpanan mercun di Esparto, California, Amerika Syarikat pada 1 Julai dalam tangkapan skrin yang diambil daripada sebuah video media sosial. - Reuters (Foto dibekalkan pihak ketiga)
LOS ANGELES: Tujuh individu dilaporkan hilang selepas satu kebakaran dan letupan kuat memusnahkan kemudahan mercun komersial di kawasan pedalaman utara California, menurut pihak berkuasa semalam.

Ketua Bomba Daerah Perlindungan Bomba Esparto, Curtis Lawrence, berkata dua mangsa mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan perubatan, manakala tujuh lagi masih hilang.

"Punca insiden yang berlaku tiga hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai yang lazimnya membabitkan pertunjukan bunga api, masih dalam siasatan oleh pejabat ketua bomba negeri.

"Pasukan penyelamat turut menggunakan dron dan pesawat untuk meninjau kawasan kejadian bagi mengesan mangsa yang hilang serta memantau bahaya," katanya.

Pasukan bomba dan anggota penyelamat lain masih berada pada jarak selamat dari lokasi kejadian kerana bahan mercun yang masih aktif terus meletup secara rawak sehingga malam tadi.

Pihak berkuasa juga tidak mendedahkan sama ada mangsa yang hilang terdiri daripada pekerja kemudahan itu atau orang awam, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan anggota bomba dan penyelamat.

Rakaman udara oleh media tempatan menunjukkan sebuah bangunan besar seakan gudang hancur berkecai akibat letupan hebat pada petang Selasa, mencetuskan bola api besar yang menggegarkan kawasan sekitar komuniti Esparto di Daerah Yolo, kira-kira 64 kilometer di barat Sacramento, ibu negeri California.

Letupan yang mengeluarkan asap hitam tebal itu turut disusuli puluhan letupan kecil yang dipercayai berpunca daripada stok bahan piroteknik yang disimpan di lokasi berkenaan.

Menurut Jurucakap Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, Jason Clay, kebakaran yang tercetus susulan letupan itu turut memusnahkan kira-kira 32 hektar kawasan tumbuhan sekitar.

Sementara itu, zon pemindahan diwujudkan di sekitar kawasan kejadian dan kira-kira 150 kediaman serta ladang dilaporkan terputus bekalan elektrik susulan insiden berkenaan.

Kemudahan yang musnah itu dikenal pasti sebagai sebuah perniagaan piroteknik berlesen yang menjual mercun komersial untuk pertunjukan awam.

Namun, masih belum dapat dipastikan sama ada mercun hanya disimpan atau turut dihasilkan di situ.
-bharian

Kelantan: Polis temu 20kg pil kuda disorok dalam najis

Bernama

PASIR MAS: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah serta merampas pil kuda seberat 35.4kg bernilai RM5.04 juta dalam enam serbuan di sini dan Tumpat pada Jumaat lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata lima lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 25 hingga 39 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.

“Menerusi serbuan pertama, JSJN menahan sebuah kereta Perodua Axia di Jalan Gajah Mati, Banggol Chica, Pasir Mas dengan seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas. Pemeriksaan menemukan 115g pil kuda sebelum pemeriksaan susulan di rumahnya di kawasan sama turut menemui 112g pil kuda.

“Seterusnya, pemeriksaan di kandang lembu di belakang rumah suspek menemukan 20kg pil kuda yang disembunyikan dalam lambakan najis lembu,” katanya pada sidang media di IPD Pasir Mas.

Zani berkata menerusi serbuan serentak, pihaknya menahan seorang lagi lelaki bersama sebuah Toyota Hilux miliknya dan merampas 15.4kg pil kuda.

“Serbuan selanjutnya di beberapa rumah di sekitar Pasir Mas dan Tumpat berjaya menangkap tiga lagi suspek termasuk seorang wanita yang merupakan isteri kepada suspek pertama.

“Kita percaya hasil keuntungan menjual pil kuda ini digunakan untuk membuka perniagaan lain seperti restoran makanan laut di Tanah Merah, salon dan perniagaan dalam talian. Mereka mencuci duit haram itu dengan melakukan perniagaan berkenaan,” katanya.

Kejayaan itu hasil risikan JSJN Bukit Aman dengan kerjasama kontinjen Kelantan yang menjalankan intipan selama setahun bagi membanteras kegiatan sindiket yang dipercayai aktif sejak 2022.

Zani berkata pil kuda berkenaan disyaki untuk dipasarkan ke seluruh Kelantan, Lembah Klang dan Johor Bahru dengan sindiket menyasarkan pelajar dan remaja.

“Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan kandang lembu sebagai stor penyimpanan sebelum dipasarkan ke pasaran tempatan,” katanya.

Selain pil kuda, polis turut menyita barang kemas, beg berjenama dan beberapa kereta mewah bernilai lebih RM1.1 juta.

Semua suspek direman tujuh hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah. Namun semakan rekod jenayah mendapati suspek kedua dan kelima mempunyai rekod lampau termasuk penyalahgunaan dadah.

“Polis akan terus mengekang masalah penyalahgunaan dadah terutamanya di Kelantan sebagai negeri sempadan melalui operasi berterusan untuk mengesan beberapa lagi sindiket dadah yang berada dalam radar kita,” katanya.

Kelantan: Lombong emas haram di Gua Musang diserbu, rampasan lebih RM1 juta

BERNAMA

Kota Bharu: Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan kegiatan perlombongan emas haram di Kampung Pulai, Gua Musang, melibatkan rampasan aset dan peralatan bernilai lebih RM1 juta dalam Operasi Bersepadu Khazanah, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata operasi terbabit dilaksanakan oleh anggota Risik Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa bersama pegawai daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Kota Bharu, susulan risikan dan aduan awam mengenai aktiviti melombong secara haram di kawasan berkenaan.

"Serbuan dilakukan pada 11 pagi dan pasukan operasi menjumpai sebuah khemah dalam keadaan mencurigakan di ladang kelapa sawit berhampiran kaki bukit.

"Pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai jentera berat dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perlombongan tanpa kebenaran.

"Antara barangan yang dirampas ialah tiga jengkaut pelbagai jenis tanpa nombor pendaftaran, tiga unit pam penyedut air, tiga unit palong serta empat keping karpet palong dengan anggaran keseluruhan mencecah RM1.09 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan dalam operasi itu kerana kawasan berkenaan dipercayai telah ditinggalkan sebelum ketibaan pasukan serbuan, malah pemerhatian selama satu jam juga tidak membawa kepada kehadiran mana-mana individu di lokasi.

"Siasatan awal mendapati lombong berkenaan telah beroperasi secara haram selama kira-kira enam bulan lepas.

"Rampasan diserahkan kepada pihak PTG Kota Bharu untuk tindakan lanjut termasuk mengesan pemilik jentera yang terlibat dan akan disiasat di bawah Seksyen 137(1)(b) Enakmen Mineral 2001," katanya.

Terengganu: Skandal XFOX dedah kecuaian urus tadbir Terengganu FC

Harapandaily

Skandal XFOX–Terengganu FC melibatkan kerajaan negeri Terengganu secara tidak langsung memandangkan TFC adalah entiti di bawah naungan kerajaan negeri.

Isu utama adalah ketirisan dalam proses penelitian sewajarnya (due diligence) oleh pihak kerajaan negeri dan kelab sehingga mengakibatkan terjerat dengan syarikat yang mencurigakan.

Mulanya, XFOX menawarkan diri sebagai penaja platinum TFC dan menjanjikan sumbangan RM1.5 juta serta pembinaan padang sintetik di XFOX Arena, Subang Bestari.

Perjanjian antara TFC dengan syarikat bermasalah itu ditandatangani pada 9 Jun 2024.

Namun, hanya 48 jam selepas perjanjian dimeterai, TFC membatalkan kerjasama secara bersama dan memulangkan kembali wang tajaan RM1.5 juta, tanpa sebarang tuntutan dari kedua-dua pihak.

Walhal, sejak 14 Jun 2023, beberapa entiti berkaitan XFOX (seperti XFOX Market Sdn. Bhd. dan XFOX Market Trust) telah dimasukkan dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menerima deposit tanpa lesen dan penggunaan struktur keuntungan yang mencurigakan.

Pakar kewangan syariah, Dr Abdul Rahman A. Shukor menyebut XFOX sebagai syarikat dengan “terlalu banyak red flag” serta mengkritik proses operasi mereka yang tidak mengikut prinsip mudarabah dan menawarkan pulangan bulanan tidak masuk akal iaitu antara 5 hingga 30 peratus.

Kelmarin, lima individu, termasuk seorang wanita bergelar ‘Datuk’, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima deposit secara haram dan pengubahan wang haram yang berlaku dalam tempoh empat tahun.
Suhaila Semaru
Mereka adalah Datuk Suhaila Semaru, 41, (gambar atas), adiknya Suraya Semaru, 37, dua beradik lelaki Muhammad Wahbah Az-Zuhaili Mohd Ariffin, 33, dan Muhammad Syaabil Ajwad Mohd Ariffin, 26, serta Mohamad Noor Syauqi Shafiee, 30.

Kesemuanya mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir, lapor NST.

Suhaila, selaku pengarah XFOX Market Sdn Bhd, berdepan 22 pertuduhan menerima, memperoleh dan memiliki wang hasil aktiviti haram dianggarkan berjumlah RM13 juta.

Suraya pula, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berdepan 10 pertuduhan memperoleh, memiliki dan memindahkan wang keseluruhan bernilai RM11.1 juta.

Mohamad Noor Syauqi didakwa atas pertuduhan memperoleh dan memiliki wang sebanyak RM2.5 juta hasil daripada aktiviti haram.

Muhammad Wahbah Az-Zuhaili pula berdepan tujuh pertuduhan menerima, memperoleh dan menggunakan wang berjumlah RM10.3 juta.

Sementara itu, Syaabil Ajwad berdepan tujuh pertuduhan menerima serta satu pertuduhan melupuskan wang berjumlah RM58 juta hasil aktiviti haram.

Siasatan terhadap mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.

Tanpa lesen

Mereka didakwa melakukan kesalahan di beberapa cawangan bank sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang antara November 2021 hingga Julai tahun lalu.

Dalam prosiding yang sama, Suhaila, Suraya dan Mohamad Noor Syauqi turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu bersetuju untuk menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat XFOX di Subang Bestari dari 12 November 2021 hingga 30 Julai 2024, mengikut subseksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dibaca bersama subseksyen 249(1)(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta yang sama.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh Nurdeenie Abd Rashid dan Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan wang jaminan sebanyak RM1 juta bagi setiap tertuduh dengan syarat pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Mohd Haziq Dhiyaudin Razali pula memohon pengurangan jumlah jaminan dengan alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama penuh kepada BNM sepanjang siasatan dan tidak berisiko melarikan diri.

Hakim Anas membenarkan jaminan sebanyak RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat pasport diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Ogos.

Liverpool: Punca kemalangan Jota didedah

MEJA SUKAN KOSMO!
JOTA baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 22 Jun lalu. - AFP
MADRID – Insiden kemalangan jalan raya yang mengorbankan bintang Liverpool, Diogo Jota dipercayai berpunca daripada tayar kereta jenis utiliti sukan mewah, Lamborghini Urus yang dipandunya pecah ketika memotong kenderaan lain menyebabkan ia gagal dikawal.

Ekoran itu, kereta tersebut telah terbabas dan terbalik beberapa kali sebelum terbakar sehingga mengorbankan Jota dan adiknya, Andre, 26 yang ketika itu dipercayai menggunakan laluan A-52 di wilayah Zamora, Sepanyol selepas meninggalkan negaranya, Portugal dan menuju ke utara Sepanyol.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, terdapat kesan seretan tayar di kawasan kemalangan membuktikan kenderaan Jota itu terbabas sebelum berpusingan dan terbalik beberapa kali dengan beberapa bahagian kereta berkenaan yang berkecai telah bertaburan sebelum terbakar.

PIHAK berkuasa memeriksa kenderaan yang dinaiki Jota dan adiknya selepas terlibat dalam kemalangan maut tersebut. – AGENSI
Menurut laporan, kedua-dua beradik itu dalam perjalanan menuju ke pelabuhan di Santander untuk menaiki feri bagi meneruskan perjalanan mereka ke England.

Jota dipercayai tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan penerbangan untuk kembali ke England selepas baru sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian paru-paru menyebabkan dia memilih menggunakan feri untuk membawa kenderaan mewah itu bersamanya.

Pemain berusia 28 tahun itu dalam perjalanan kembali ke England selepas kelabnya Liverpool bakal memulakan latihan pramusim bermula Isnin ini.

Lebih memilukan, insiden tersebut kira-kira 12 hari selepas Jota melangsungkan perkahwinannya bersama kekasihnya, Rute Cardoso yang dikenali sejak zaman kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Lelaki maut ketika rakam video main ular tedung di dalam bilik hotel

KOSMO
Antara video yang ditemukan dalam telefon bimbit mangsa. - Facebook
BANGKOK – Seorang tetamu sebuah resort di rantau Isaan, wilayah Khon Kaen maut dipatuk ular tedung di dalam bilik hotel, dipercayai ketika dia merakam video untuk kandungan media sosial, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian semalam, pemilik resort tersebut menemukan mayat mangsa ketika memeriksa bilik pada pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan).

Dia bertindak demikian selepas mangsa tidak mendaftar keluar pada waktu ditentukan, selain bilik didapati berkunci dari dalam dengan keadaan lampu menyala.

Mangsa ditemukan terbaring di atas katil, namun tiada tanda-tanda pergelutan.

Pasukan perubatan tiba di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan awal dan menemui kesan gigitan ular pada lengan kanan lelaki itu. 

Polis kemudian menemui beg kain berisi ular tedung yang diletakkan berhampiran pintu.

Pegawai yang memeriksa telefon bimbit mangsa menemui beberapa video menunjukkan dia mengendalikan ular tedung di dalam bilik.

Polis mengesyaki lelaki itu cuba menghasilkan kandungan video bersama ular tedung untuk dimuat naik di laman sosial.

Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian. – AGENSI 

Bintang Liverpool, Diogo Jota maut terbabit nahas

MEJA SUKAN KOSMO!
JOTA dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan di Sepanyol. - AFP
MADRID – Liverpool kehilangan bintang sensasinya, Diogo Jota yang maut selepas terbabit dalam nahas kemalangan jalan raya bersama adiknya, Andre, 26, di Zamora, Sepanyol.

Kereta yang dinaiki Jota yang juga pemain skuad kebangsaan Portugal dilaporkan terbabas sebelum terlibat dalam kemalangan dan terbakar menyebabkan adiknya juga menemui ajal.

Pihak berkuasa kecemasan wilayah Castilla dan Leon mengesahkan berita tragis membabitkan Jota.

“Bilik gerakan 1-1-2 Castilla dan Leon menerima beberapa panggilan yang melaporkan kemalangan kenderaan di kilometer 65 di kawasan Cernadilla, Zamora. Ia melibatkan kemalangan kereta dan kecederaan itu terbakar.

“Polis trafik Zamora, bomba dan Pusat Koordinasi Kecemasan Zamora sudah pun dimaklumkan tentang kejadian itu. Maklumat daripada Unit Kecemasan dan pusat kesihatan Mombuey, dua individu meninggal dunia dalam kejadian berkenaan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Pemain berusia berusia 28 tahun itu baharu saja membantu The Reds menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali kedua, musim lalu.

Malah, insiden tersebut berlaku hanya kira-kira dua minggu selepas Jota melangsungkan perkahwinannya bersama pasangannya, Rute Cardoso.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Liverpool. – KOSMO! ONLINE

Nak tanya bekas Ketua Polis Negeri Sarawak apa manfaat vape ni ye?

Jangan salahkan vape, tumpu hapus sindiket dadah – Yusoff Nook
 
NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRUL

PETALING JAYA – Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak, Datuk Dr. Yusoff Nook, menggesa agar wujud klasifikasi lebih jelas antara jenayah berkaitan dadah dan industri vape yang sah susulan pendedahan penjualan meluas produk vape dicampur dadah sintetik secara dalam talian.

Menurutnya, hasil siasatan menunjukkan cecair vape haram yang mengandungi bahan berbahaya seperti methamphetamine, syabu dan ketamin dijual secara terbuka di media sosial dan platform e-dagang.

Katanya, jualan itu dilakukan oleh penjual tanpa identiti yang beroperasi di luar kawalan pihak berkuasa, menggunakan mesej peribadi serta penghantaran kurier tanpa melibatkan peruncit berlesen.

“Ini bukan peruncit yang tidak bertanggungjawab atau pemilik kedai yang cuai. Ini adalah pengedar dadah yang terancang, canggih, rentas sempadan dan bersifat jenayah.

“Mereka hanya menggunakan vape sebagai kaedah penghantaran baharu. Tetapi isu sebenar bukan vape. Isu sebenar ialah dadah. Pada asasnya, ini adalah jenayah dadah dan mesti ditangani sebagai jenayah dadah,” katanya dalam kenyataan kepada Kosmo! harini ini.

Beliau berkata, larangan ke atas kedai vape yang sah di peringkat negeri tidak akan menyelesaikan masalah kerana penjualan vape bercampur dadah dilakukan secara dalam talian oleh sindiket tersembunyi, bukan oleh pemain sah industri.

“Seruan terkini untuk melaksanakan larangan vape di peringkat negeri telah tersasar kerana ia tidak menyasarkan punca sebenar ancaman.

“Malah, iahanya menghukum segmen pasaran yang sah dan dikawal selia, tanpa menyentuh langsung rangkaian jenayah bawah tanah,” katanya.

Tegasnya, produk sah tidak harus disamakan dengan penyalahgunaan dadah, yang menurutnya ia meruapakn isu jenayah penyalahgunaan produk, bukan kegagalan kawal selia industri.

Yusoff turut menyeru agar pihak berkuasa menggunakan semua instrumen undang-undang yang ada termasuk Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001, serta tindakan tegas seperti penguatkuasaan jenayah bersasar, serbuan bersepadu dan perkongsian risikan rentas sempadan bagi menumpaskan sindiket dadah.

“Ini adalah isu keselamatan negara. Dadah adalah haram. Pengedaran dadah merupakan jenayah serius di Malaysia. Kita mesti terus menganggapnya sedemikian.

“Kita seharusnya menggunakan setiap senjata undang-undang yang ada untuk memerangi rangkaian dadah, bukannya mengalihkan kesalahan kepada produk yang kebetulan disalahguna oleh penjenayah,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa industri vape bukanlah satu ancaman seperri mana diperkatakan sesetengah pihak.

“Sindiket dadah adalah ancaman sebenar. Penguatkuasaan, bukan pengharaman, adalah satu-satunya jawapan sebenar terhadap ancaman ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Ha ha ha! Boleh pula lantik tauke vape jadi ahli lembaga pelawat hospital

Tauke vape letak jawatan ahli lembaga pelawat hospital
story-image
Malaysiakini 

Tauke vape Adzwan Ab Manas melepaskan jawatan sebagai anggota lembaga pelawat Hospital Rembau selepas pelantikannya menerima kritikan.

Adzwan berkata dia mengambil keputusan itu kerana memikirkan impak negatif pelantikannya.

"Hari ini saya diberitahu tentang berita tauke vape diberi  jawatan ahli lembaga pelawat hospital yang dimuat naik oleh orang yang saya hormati selama ini tanpa merujuk hal sebenar kepada saya terlebih dahulu. 

"Untuk pengetahuan, pada mulanya saya menerima tawaran tersebut hanya untuk membantu hubungan dua hala antara pesakit dan hospital.

“Tetapi selepas memikirkan tentang impak dan pandangan negatif yang akan diterima disebabkan perniagaan vape, saya telah pun melepaskan jawatan berkenaan,” katanya.

Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Adzwan berkata jawatan berkenaan tidak bergaji dan “lebih kepada bersifat NGO”. 

“Sesiapa sahaja boleh di lantik ke jawatan berkenaan," katanya.

Terdahulu tular isu pelantikan Adzwan itu.

Penceramah agama Firdaus Wong Abdullah berkata pelantikan itu tidak selari dengan aspirasi Menteri Kesihatan Dr Dzulkefley Ahmad yang menyambut baik langkah beberapa negeri mengharamkan vape.

Firdaus berkata, pelantikan Adzwan akan memberi tanggapan negatif masyarakat terhadap imej hospital.

Azdwan turut bergiat dalam Persatuan Peruncit Peranti dan Cecair Rokok Elektronik (MRECA) sebagai presiden.

Berdasarkan surat lantikan dikongsikan Azdwan di Facebooknya, dia dilantik memegang jawatan itu bermula 1 Januari tahun ini sehingga 31 Disember 2027.

"Bukanlah salah menteri kesihatan apabila mengeluarkan surat pelantikan berkenaan, tetapi lebih kepada kelemahan saya sendiri yang mana saya yakin niatnya hanyalah yang baik sahaja untuk rakyat. 

"Sekali lagi ditegaskan saya telah pun meletakkan jawatan berkenaan demi kepentingan semua pihak," tambah Adzwan.

Bekas atlet negara tak mengaku laku amang seksual terhadap pelatih berbasikal

Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my

Ampang: Bekas pelumba basikal lebuh raya negara, Nor Effandy Rosli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelatih berbasikal perempuan berusia 15 tahun di sebuah stor simpanan, tahun lalu.

Jurulatih berbasikal berusia 58 tahun itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

"Faham, saya tidak mengaku bersalah," katanya yang datang ditemani isteri.

Mengikut pertuduhan, bapa empat anak itu didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih berbasikal melakukan amang seksual fizikal bagi tujuan seksual terhadap seorang remaja yang berumur 15 tahun 9 bulan ketika kejadian.

Kesalahan itu dilakukan di stor simpanan basikal di medan selera di Taman Desa Keramat, dekat sini pada jam 6 petang, sekitar Jun tahun lalu.

Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berikutan kesalahan itu membabitkan kanak-kanak bawah umur.

"Pendakwaan juga memohon syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan," katanya.

Bagaimanapun, peguam Hamdan Hamzah yang mewakili bekas atlet berbasikal kebangsaan itu memohon jaminan RM5,000 berikutan anak guam bekerja sebagai pembantu penguatkuasa di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pendapatan RM5,000 sebulan.

"Tertuduh masih menanggung empat anak manakala isteri tidak bekerja.

"Tertuduh bukanlah seorang yang berisiko melarikan diri berikutan selepas siasatan dilakukan dia dilepas dengan jaminan polis dan ketika pegawai penyiasat meminta dia hadir ke mahkamah, tertuduh hadir hari ini," katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Norshila membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan.

"Tertuduh juga dilarang mengganggu atau menghubungi mangsa yang boleh menjejaskan perjalanan kes," katanya yang kemudian menetapkan 1 Ogos untuk serahan dokumen.

Untuk rekod, Nor Effandy pernah mewakili negara dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) selama 10 tahun berturut-turut dari 1996 hingga 2005 dan pemegang pingat perak Sukan Komanwel 1998 acara 184 kilometer (km).