"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pergolakan dalam Nahdatul Ulama: Bahana jemput Zionis

Harapandaily

Pergerakan Islam terbesar Indonesia Nahdatul Ulama mahu pengerusinya Yahya Cholil Staquf meletakkan jawatan dala tempoh tiga hari atau akan dipecat.

Perkara ini tercatat dalam minit mesyuarat pergerakan tersebut pada hari Khamis.

Ini ekoran tindakan Staquf menjemput seorang seorang sarjana dan bekas pegawai Amerika Syarikat untuk menghadiri satu acara Latihan di dalam bulan Ogos.

Bekas pegawai tersebut Peter Berkowitz merupakan seorang yang terkait dengan gerakan Zionisme.

NU berkata jemputan kepada Berkowitz dan salah urus kewangan ialah faktor-faktor yang membawa keadaan sekarang.

Staquf telah pun meminta maaf kerana menjemput Berkowitz.

Kecoh lelaki menyamar jadi wanita cantik

KOSMO!
DENI APRIADI RAHMAN (depan). - Foto Kilat.com
JAKARTA – Seorang pelajar wanita mendakwa bahawa dia pernah membuka baju di hadapan seorang jurusolek tanpa mengetahui jurusolek berkenaan sebenarnya seorang lelaki di Indonesia, lapor portal berita sinata.id.

Pengakuan itu disampaikan melalui akaun TikTok dan segera mencetuskan gelombang baharu kebimbangan dalam kalangan orang ramai, terutamanya pelanggan wanita yang pernah mendapatkan khidmat solekan daripada jurusolek berkenaan.

“Aku pernah membuka baju di hadapannya,” kata pelajar terbabit yang pernah mendapatkan khidmat jurusolek itu sempena majlis graduasi..

Pengakuan itu datang daripada akaun @bunaya, yang menulis bahawa dia hanya menyedari jurusolek bernama Dea Lipa itu lelaki selepas kesnya tular di media sosial.

Selama ini, Dea, 23, tampil sebagai wanita berhijab, berwajah halus, bersuara lembut dan mempunyai postur tubuh tinggi lampai.

Ramai pelanggannya termasuk wanita tersebut, langsung tidak terlintas bahawa Dea yang menyolek mereka sebenarnya ialah lelaki.

Baru-baru ini, Dea atau nama sebenarnya, Deni Apriadi Rahman meminta maaf kerana menyamar menjadi jurusolek wanita.

Identiti lelaki itu terbongkar selepas ada pihak yang mendedahkan penyamarannya. – AGENSI

Anak kapal warga Indonesia dilapor hilang terjatuh ke laut

Nur Izzati Mohamad
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan anak kapal warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari sebuah kapal di perairan dekat Penang Port, Butterworth. – Foto ihsan JBPM Pulau Pinang
BUTTERWORTH: Seorang anak kapal warga Indonesia dilaporkan hilang selepas terjatuh di perairan dekat Penang Port, di sini, semalam.

Mangsa, Abdul Khodir, 46, gagal dikesan antara jam 10 malam hingga 2 pagi tadi sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.55 petang daripada polis sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth digerakkan ke lokasi termasuk membuka Pos Kawalan Bomba (PKB) di Pengkalan Marin Mak Mandin.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan dengan kaedah pencarian di dasar di sekitar bot yang dilaporkan mangsa hilang.

“Sehingga jam 8 malam tadi, mangsa belum dijumpai dan operasi ditangguhkan disebabkan faktor cuaca serta keadaan laut bergelora.

“Operasi akan disambung semula pada jam 8 pagi esok,” katanya.

Mayat budak 8 tahun ditemukan dalam kereta tinggal di Labuan

Bernama

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan maut dalam kereta yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim pagi tadi.

Ketua Polis Labuan Mohd Hamizi Halim berkata pihaknya menerima laporan pada 9.10 pagi daripada seorang mekanik yang menghidu bau busuk sebelum menemukan mayat itu.

Beliau berkata kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Budin Jimsalim daripada suku Bajau dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Mekanik itu menghidu bau busuk semasa mahu mengalihkan kereta Proton Gen-2 yang ditinggalkan berhampiran bengkel sejak Jun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Hamizi berkata mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Siasatan lanjut dilakukan pegawai penyiasat Balai Polis Rancha-Rancha dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil membantu.

Hamizi menasihatkan orang ramai untuk mengawasi pergerakan anak, terutamanya mereka yang berkeperluan khas atau cenderung keluar tanpa pengawasan untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Terengganu: Polis kesan lelaki baju ‘Ultraman’ rakam wanita dalam tandas

Bernama

Suspek disyaki guna telefon bimbit rakam mangsa dalam tandas wanita di sebuah pusat beli-belah di Kuala Terengganu.
Tangkap layar video tular menunjukkan suspek melarikan diri selepas disyaki merakam video seorang wanita di dalam tandas di sebuah sebuah pusat beli-belah di Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai menceroboh tandas dan merakam wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 29 tahun dan bekerja sebagai jurujual mendakwa kejadian berlaku pada 6.12 petang dan suspek berbuat demikian menerusi celah pintu.

“Mangsa segera keluar dari tandas dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali berdiri memegang telefon di luar pintu.

“Mangsa sempat merakam video suspek dari belakang sebelum dia melarikan diri,” katanya dalam kenyataan.

Azli berkata siasatan awal mendapati suspek berusia dalam lingkungan awal 20-an, berambut perang, memakai T-shirt putih gambar Ultraman, berseluar jeans gelap dan memakai beg silang.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTC) mendapati suspek melarikan diri melalui pintu utama pusat beli-belah ke arah Dataran Shahbandar.

“Siasatan diteruskan dengan mendapatkan rakaman penuh CCTV bagi membolehkan pengecaman wajah suspek,” katanya.

Azli berkata orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu menerusi talian 09-632 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 448/509 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan melakukan perbuatan memalukan atau menjatuhkan maruah.

Penunjuk perasaan Thai desak Anwar henti campur tangan isu sempadan

Malaysiakini 

Penunjuk perasaan berhimpun di hadapan Kedutaan Malaysia di Bangkok hari ini bagi menuntut Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menghentikan “campur tangan” dalam urusan Thailand berhubung pertikaian sempadan dengan Kemboja.

Menurut laporan Bangkok Post, penunjuk perasaan juga merancang untuk ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kerana yakin Washington secara tidak adil mengaitkan rundingan perdagangan dengan hak kedaulatan Thailand untuk melindungi wilayahnya.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh gabungan nasionalis bernama United Power of the Land to Protect Sovereignty, atau dalam bahasa Thai, “Ruam Palang Phaen Din Pok Pong Athipatai”.

Antara tokoh yang turut serta adalah aktivis Pichit Chaimongkol, bekas senator Kaewsan Atibodhi, bekas pemimpin baju merah Jatuporn Prompan, dan peguam Nitithorn Lamlua.

Dengan mengibarkan bendera Thailand dan mengangkat sepanduk, mereka tiba di Kedutaan Malaysia di Jalan Sathon dengan sebuah trak yang dilengkapi pembesar suara.

Mereka mendakwa Anwar, ata kapasitinya sebelum ini sebagai pengerusi Asean, mencampuri usaha Thailand untuk mempertahankan kedaulatannya.

Mereka turut menuntut agar Anwar tidak menekan Thailand supaya berunding dengan Kemboja berhubung kawasan sempadan yang menjadi pertikaian.

Perjanjian damai terancam?

Pada 26 Oktober lalu, Thailand dan Kemboja menandatangani deklarasi bersama mengenai perjanjian damai yang digelar “Perjanjian Damai KL”, menandakan langkah rasmi ke arah menghentikan ketegangan dan memulihkan keamanan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatannya dari Kemboja, Hun Manet, di luar Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur.

Majlis itu disaksikan oleh Anwar dan Presiden AS Donald Trump.

Bagaimanapun, perjanjian itu mula goyah selepas Anutin memutuskan untuk menangguhkannya, susulan letupan periuk api di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja yang dilaporkan mencederakan beberapa tentera Thailand.

Susulan itu, Anwar berkata Panglima Angkatan Tentera Nizam Jaffar telah diberi tugas untuk menyambung semula rundingan mengenai perkara tersebut.

Campur tangan politik

Sementara itu, Pichit menuduh Anwar melangkaui peranannya sebagai pengerusi Asean dengan mengarahkan Thailand agar menghentikan operasi di sempadan.

Dia juga menuduh Anwar melakukan “campur tangan politik”, dengan mendakwa Malaysia dan AS cuba mempengaruhi keputusan Thailand secara tidak wajar.

Kaewsan pula menuduh Malaysia mempunyai pelaburan besar dalam operasi kasino di Kemboja dan mendakwa Anwar menggunakan dialog damai sebagai alat politik meskipun berdepan isu rasuah di dalam negara.

Dia juga menggesa Asean agar memastikan Anwar “tiada tempat dalam blok serantau”.

Lelaki rambut perang rakam wanita dalam tandas diburu

NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
Tangkap layar klip video seorang lelaki melarikan diri selepas disyaki mengintai seorang wanita di dalam tandas sebuah pusat membeli-belah di Kuala Terengganu kelmarin.
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki sedang diburu polis kerana disyaki menceroboh tandas untuk mengintai seorang wanita di sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini kelmarin.

Perbuatan itu dipercayai berlaku pada 6.12 petang di tandas wanita yang terdapat di tingkat satu pusat beli-belah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang merupakan seorang jurujual wanita ternampak sebuah telefon bimbit sedang merakam dari celahan pintu tandas yang sedang digunakannya.

“Mangsa segera keluar dari tandas itu sebelum ternampak lelaki tidak dikenali yang memegang telefon bimbit berkenaan.

“Dia sempat mengejar dan merakam visual dari arah belakang sewaktu lelaki tersebut bergegas melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pusat membeli-belah tersebut mengesahkan suspek telah melarikan diri keluar mengguna pintu utama premis terbabit sebelum menghala ke arah Dataran Shahbandar, di sini.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, suspek yang dipercayai berusia awal 20-an memakai baju T berwarna putih dan berseluar jean gelap, memakai beg silang berambut perang. – KOSMO! ONLINE

Keadaan di Tebing Barat bertambah buruk, pendatang haram Israel cetus keganasan

Bernama-Anadolu
Seorang lelaki melihat kerosakan yang berpunca daripada serangan pendatang haram Israel di Amuria, berhampiran Nablus, Tebing Barat. - FOTO AFP
Seorang lelaki melihat kerosakan yang berpunca daripada serangan pendatang haram Israel di Amuria, berhampiran Nablus, Tebing Barat. - FOTO AFP
Washington: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat memberi amaran keadaan bertambah buruk di Tebing Barat yang dijajah, melaporkan lonjakan keganasan mengakibatkan orang awam Palestin menghadapi peningkatan korban jiwa, kehilangan tempat tinggal dan rasa tidak selamat, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Beralih kepada Tebing Barat, rakan sejawat kemanusiaan kami memberi amaran bahawa tahap keganasan sana kekal amat membimbangkan, membawa kepada korban jiwa, kerosakan harta benda, kehilangan tempat tinggal, kehilangan mata pencarian serta rasa tidak selamat yang kuat bagi orang awam Palestin," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric kepada wartawan.

Minggu ini, Dujarric berkata jumlah kanak-kanak Palestin terbunuh pada 2025 mencecah 50 orang.

"Secara keseluruhan, lebih 200 warga Palestin kini dibunuh pasukan Israel sejak awal tahun ini," katanya.

Hanya dalam seminggu, Dujarric berkata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mendokumenkan 29 serangan dilakukan pendatang haram Israel yang mencederakan 11 orang dan merosakkan 10 rumah, dua masjid, puluhan kenderaan, dan pelbagai aset pertanian.

"Kami terus menyeru perlindungan orang awam – termasuk menguatkuasakan undang-undang kepada sesiapa saja melakukan serangan – dan agar kekerasan digunakan pasukan keselamatan hanya mengikut piawaian penguatkuasaan undang-undang diiktiraf antarabangsa.

"Taktik ala perang tidak boleh diterima sebagai norma baharu (di Tebing Barat)," katanya.

Ketika ditanya rancangan Israel merampas sebahagian besar tapak bersejarah utama di Tebing Barat, Sebastia, Dujarric berkata PBB telah melihat laporan akhbar mengenai hasrat itu.

"Saya fikir kami sangat jelas menentang rampasan tanah sebegini," katanya.

Tentera Israel telah meningkatkan serangan di Tebing Barat sejak meletus perang di Semenanjung Gaza pada Oktober 2023.

Lebih 1,076 warga Palestin dibunuh sejak itu, dan 10,700 cedera dalam serangan dilakukan tentera serta pendatang haram di wilayah yang dijajah. Lebih 20,500 orang turut ditahan.

Dalam pendapat penting Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan penjajahan wilayah Palestin oleh Israel adalah tidak sah dan menyeru pengosongan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.

Terengganu: Pulau Redang dilanda banjir kilat

NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
Sebahagian penduduk mengharung banjir kilat di Kampung Baru Pulau Redang, Kuala Nerus hari ini.
KUALA NERUS – Hampir 1,000 penduduk Kampung Baru Pulau Redang dekat sini cemas berhadapan dengan banjir kilat ekoran fenomena air pasang besar setinggi 2.4 meter hari ini.

Hujan lebat berlarutan lebih 10 jam sejak malam tadi turut menjadi faktor banjir kilat yang julung kali berlaku dalam tempoh kira-kira empat tahun di perkampungan penduduk di pulau peranginan terkenal tersebut.

Seorang penduduk, Muhammad Arif Shafiee berkata, air laut mula melimpah ke kawasan perkampungan mereka mulai pukul 11 malam tadi.

“Banjir kilat kali ini lebih menyeluruh melibatkan hampir semua perkampungan kami. Biarpun paras banjir tidak tinggi kira-kira 0.2 meter, namun sebahagian kecil rumah penduduk tetap dimasuki air,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Muhammad Arif berkata, mereka berharap banjir kilat tersebut akan surut pada masa terdekat.

“Alhamdulillah paras banjir mula surut sedikit demi sedikit mulai pukul 11.30 pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Nerus berkata, setakat ini, lapan keluarga daripada 25 mangsa telah berpindah masuk ke pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Pulau Redang di sini. – KOSMO! ONLINE

Gempur jurugambar tanpa lesen, 22 dikompaun DBKL

Bernama

Mereka tawar perkhidmatan fotografi latar belakang KLCC RM5 untuk warga tempatan dan RM10 warga asing bagi sekeping gambar.
gempur jurugambar
DBKL melaksanakan operasi malam tadi dengan peralatan perniagaan milik individu dirampas dan akan dikembali jika kompaun dijelaskan. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan kompaun terhadap 22 individu kerana menjalankan perkhidmatan fotografi tanpa lesen di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) dalam operasi malam tadi.

Jurucakap DBKL memaklumkan, operasi bersepadu KL Strike Force dari 9 hingga 11.15 malam melibatkan kerjasama agensi lain termasuk polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Susulan kesalahan itu, peralatan perniagaan milik individu terlibat disita DBKL dan pemilik boleh menuntut semula selepas menjelaskan kompaun,” katanya semasa ditemui selepas operasi.

Beliau berkata, semua diperiksa merupakan warga tempatan.

Beliau berkata, tindakan terhadap jurugambar tanpa lesen dijalankan mengikut Undang-undang Kecil (UUK) 3(1) Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 yang memperuntukkan kompaun maksimum RM2,000.

Selain itu, beliau berkata pemantauan berkala dan rondaan akan terus dipergiat, khususnya pada waktu malam di kawasan tersebut bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan mengikut peraturan.

Sementara itu, tinjauan di lokasi operasi mendapati perkhidmatan fotografi berlatarbelakang KLCC ditawarkan pada kadar RM5 untuk warga tempatan dan RM10 warga asing bagi sekeping gambar.

Nurul Izzah sebagai calon MB Selangor? Ini cuma pandangan Amirudin... - PM Anwar

Hafiz Marzukhi

JOHANNESBURG: "Itu pandangan dia. Dia tidak bincang dengan saya,"

Ini jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila diminta mengulas cadangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari agar Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjadi penggantinya di Selangor.

Amirudin dalam program audio siar, Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan baru-baru ini berkata, cadangan itu pernah disuarakan kepada Nurul Izzah dan terpulang kepadanya untuk menerima atau sebaliknya.

Amirudin berkata demikian sebagai menjawab soalan Khairy mengenai sama ada terdapat kemungkinan untuk Nurul Izzah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya akan datang, sekali gus diangkat menjadi Menteri Besar Selangor.

Apabila ditanya pula tentang kesediaan Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak untuk menggalas tanggungjawab di peringkat Persekutuan, Anwar dengan nada berseloroh bertanya adakah beliau salah satu cadangan nama.

"Ini baru satu nama, saya ada beberapa kekosongan lagi. Kena beri lebih nama," kata beliau sambil tersenyum.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Afrika Selatan, di sini, pada Jumaat.

Kelantan: Bachok dilanda banjir, 2 sungai di Kelantan berada tahap waspada

Hidayatidayu Razali

KOTA BHARU: Paras air di dua sungai utama di Kelantan meningkat dan berada di tahap waspada, susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Berdasarkan laman web public info banjir, Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang mencatatkan bacaan 58.08 meter (m) melebihi paras waspada (56m) dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai pada 31.02m melebihi paras waspada (30m).

Sementara itu, berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bachok menjadi daerah pertama yang dilanda banjir di negeri itu, apabila seramai 38 mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak malam tadi.

Mangsa banjir membabitkan 11 keluarga yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan.

Mereka terdiri daripada 24 orang dewasa, 13 kanak-kanak dan seorang bayi.

Gaza: Keamanan masih jauh

Mohsin Abdullah

Donald Trump mesti pastikan pelan damai anjurannya berjaya. Jika pelan damai gagal maka beliau yang gagal.

Apa yang tertera pada tajuk penulisan ini memang menyedihkan tetapi bukan memeranjatkan. Ramai yang berharapan tinggi keamanan akan terjalin apabila Israel bersetuju dengan gencatan senjata di Gaza. Realitinya dalam satu bulan selepas pengisytiharan, Israel melancarkan serangan setiap hari dan membunuh ratusan orang.

Menurut Al Jazeera, Israel melanggar perjanjian damai sekurang-kurangnya 282 kali dalam tempoh antara 10 Oktober dan 10 November, menerusi serangan udara, meriam dan tembakan. Katanya lagi, Israel menembak orang awam 88 kali, menyerbu kawasan penempatan melepasi apa yang dipanggil garis kuning 12 kali, mengebom Gaza 124 kali, dan memusnahkan harta orang awam 52 kali. Di samping itu, Israel menahan 23 warga Palestin di Gaza dan menghalang kemasukkan bantuan kemanusiaan penting, selain memusnahkan kediaman dan prasarana.

Itu berdasarkan fakta yang diperolehi Al Jazeera sepanjang jangka masa disebut tadi. Pasti statistik akan meningkat kerana Israel tidak tunjuk tanda-tanda akan berhenti melanggar gencatan senjata.

Perlu diingat Israel bersetuju dengan gencatan tatkala ia dikecam hebat masyarakat antarabangsa, termasuk negara sekutu atau pro-Israel, malah terpaksa menerima cadangan pelan damai 20 perkara anjuran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang diumum 29 September lalu. Persetujuan itu membolehkan Israel bernafas setelah ditekan, namun perlu dinyatakan cadangan 20 perkara itu digubal tanpa input daripada pihak Palestin, termasuk Hamas, meskipun ia bertujuan menghentikan perang Israel ke atas Gaza.

Sejak awal beberapa syarat dan terma tidak mendapat persetujuan Palestin terutama Hamas. Boleh disimpulkan Hamas terpaksa akur demi menyelamatkan rakyat Palestin daripada terus menjadi mangsa kekejaman Israel. Pada masa sama Israel menunjuk kepada dunia kononnya ikhlas mahu keamaman lantas bersetuju dengan pelan damai yang Palestin anggap berat sebelah. Namun ada juga laporan Israel tuduh Hamas ingkar gencatan.

Pada hemat saya jika sesuatu dilakukan Hamas atau mana-mana kumpulan Palestin yang dilihat bertentangan dengan syarat pelan damai, maka Israel akan menyalahkan Hamas dan puak Palestin manakala Israel will come out smelling like roses. Apatah lagi apabila Hamas tiga hari lalu menolak resolusi PBB mengenai Gaza yang disifatkan sebagai tidak memenuhi hak rakyat Palestin. Resolusi itu antaranya menyeru supaya satu pasukan antarabangsa ditempatkan di Gaza.

Hamas menolak dengan alasan ia gagal menghormati tuntutan dan hak rakyat Palestin. Hamas turut mengecam penubuhan pasukan antarabangsa yang misi mereka termasuk melucutkan senjata kumpulan-kumpulan Palestin di Gaza. Keengganan Hamas dan kumpulan Palestin mengizinkan senjata dilucut sudah dijangka, berdasarkan apa yang Israel lakukan sepanjang tempoh gencatan.

Hamas juga menyifatkan kehadiran pasukan antarabangsa bagai satu lagi bentuk penaklukan Gaza oleh pihak asing. Hentikan penaklukan Israel tetapi digantikan dengan penaklukan antarabangsa. Begitu Hamas melihat rancangan itu.

Kenyataan Hamas berkata “Resolusi PBB mengenakan satu bentuk pentadbiran amanah antarabangsa ke atas Semenanung Gaza yang ditolak rakyat kami, pasukan kami dan semua komponennya”.

Antara ‘pentadbir’ dalam badan tadbir urus yang akan memerintah Gaza sekurang-kurangnya buat masa terdekat ialah bekas perdana menteri United Kingdom, Tony Blair. Penglibatan Blair dalam pembinaan semula Gaza pascaperang tidak disenangi pelbagai pihak khusus di Timur Tengah.

Blair bawa elemen negatif. Kehadirannya menimbulkan tanya tanya disebabkan sejarah imperialisme British di Timur Tengah dan peranan Blair dalam pencerobohan Iraq, atas dakwaan bahawa Iraq ada senjata pemusnah besar-besaran atau weapons of mass destruction (WMD) yang terbukti palsu. Blair dikecam selepas dakwaan tersebut terbukti tidak benar. Pencerobohan Iraq diterajui AS bermula pada 2003 dan berundur pada 2011. Ribuan rakyat Iraq terkorban. Pencerobohan itu menyebabkan ketidakstabilan di rantau Timur Tengah yang dirasai sehingga sekarang.

Ketika itu Blair berganding bahu dengan Presiden AS George W Bush. Kali ini adakah beliau berganding pula dengan Trump? Kata Francesca Albanese, pelapor khas PBB mengenai hak asasi manusia di Palestin: “Tony Blair? Tidak sama sekali. Jangan campur tangan urusan Palestin”.

Mengambil kira ketidakadilan perjanjian damai anjuran AS yang tidak mengambil kira maklum balas Palestin sejak awal, dan semua faktor yang dihuraikan di atas, boleh difahami kebimbangan, kesangsian serta rasa syak Hamas. Tetapi ini menjejaskan gencatan (yang memang sudah diingkari Israel) serta menyukarkan keamanan dicapai. Seperti dikatakan tadi Israel akan mendakwa mereka ‘budak baik’ yang mahu keamanan manakala kumpulan Palestin ‘budak jahat’ yang mahu sebaliknya.

Apabila sekutu Israel yang sekarang bersimpati terhadap Palestin termakan apa yang dicanang Israel, maka Israel akan bebas melakukan apa yang mereka mahu termasuk menyambung perang di Gaza.

Tiga hari lalu, Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi yang dirangka AS bagi mengukuhkan pelan damai Gaza termasuk penempatan pasukan antarabangsa dan laluan ke arah pembentukan sebuah negara Palestin pada masa depan. Sebanyak 13 undi menyokong teks berkenaan yang disifatkan Washington sebagai ‘bersejarah dan konstruktif’. Hanya Rusia dan China berkecuali — tetapi tiada kuasa veto digunakan.

Pada pandangan saya, Trump mesti pastikan pelan damai anjurannya berjaya. Beliau mesti beritahu Benjamin Netanyahu supaya patuh syarat gencatan dan seterusnya pelan damai.

Trump semasa di parlimen Israel pada Oktober lalu selepas pelan damainya dimeterai berkata: “Bibi (Netanyahu) you can be nice now, you’re no more at war”. Kata-kata itu merujuk hubungan Netanyahu dengan pemimpin pembangkang di Israel tetapi bagi saya ia mesti digunakan untuk menjamin keamanan di Gaza. Trump mesti mengulangi kata-kata itu kepada Netanyahu. Kali ini dengan keras.

Jika pelan damai gagal maka Trump yang gagal. Bukankah beliau dengan bangga berkata beliau berjaya lakukan apa pemimpin lain tidak mampu lakukan?

Trump juga mesti beritahu Netanyahu hapuskan hasrat dan tarik balik kata-kata, “there will never be a Palestinian state”. Adakah Trump akan melakukan itu semua? That has been always the question but I certainly hope so.

Mangsa kes rompakan dijel 4 tahun

KOSMO!
CHARLES Foehner ketika berada di dalam mahkamah. - Foto Daily Mail
WASHINGTON – Seorang lelaki berusia 67 tahun di New York  yang menembak mati seorang perompak ketika cubaan samun, dijatuhi hukuman penjara empat tahun, lapor portal berita MailOnline semalam.

Charles Foehner dari Queens, New York, hadir dengan wajah tanpa ekspresi ketika tiba di Mahkamah Jenayah Daerah Queens pada pagi semalam untuk menerima hukuman.

Ketika kejadian, Foehner, seorang penjaga pintu yang sudah bersara, sedang berjalan ke sebuah garaj parkir berhampiran apartmennya di Queens.

Lelaki yang didakwa sebagai perompak itu menyerangnya dengan objek tajam sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) pada 31 Mei 2023.

Suspek dikenali sebagai Cody Gonzalez yang berusia 32 tahun, meminta wang ketika kejadian lewat malam itu, menyebabkan Foehner mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak mati penyerangnya itu.

Seluruh konfrontasi itu dirakam sebuah kamera pengawasan di laluan masuk kereta luar bangunan apartmen Foehner di Kew Gardens. – AGENSI

Pekerja restoran cuci ikan dekat saluran sampah

KOSMO!
SEORANG pekerja membersihkan ikan dekat saluran sampah. - Foto Stomp
SINGAPURA – Seorang pengunjung restoran berasa jijik selepas melihat pekerja premis berkenaan mencuci ikan di dalam baldi berdekatan saluran sampah di Changi Village, Singapura, lapor laman berita Stomp hari ini.

Menurut pengunjung dikenali sebagai Eida, kejadian berlaku pada 9 November lalu selepas dia selesai makan tengah hari di restoran tersebut.

“Saya sangat terkejut dan jijik. Saya telah memesan ikan yang sama,” katanya.

Sebuah video yang dikongsikannya menunjukkan seorang pekerja berdiri berhampiran kawasan saluran sampah sambil membasuh potongan ikan di dalam baldi.

Sebagai tindak balas kepada pertanyaan Stomp, Agensi Makanan Singapura berkata, ia sedang menyiasat perkara tersebut. – AGENSI

Londeh seluar pelajar depan orang ramai, 3 remaja didakwa di mahkamah

FMT Reporters

PETALING JAYA: Tiga remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Parit hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan menghina terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun, minggu lalu.

Ketiga-tiga tertuduh berusia 16 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai dalam prosiding secara tertutup, lapor Sinar Harian.

Berdasarkan pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa melakukan perbuatan itu dengan menolak serta menanggalkan seluar mangsa di hadapan orang ramai.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dewan sebuah sekolah menengah di Parit, Perak Tengah kira-kira jam 8.30 pagi pada 14 November lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Mohd Syukri Abdul Talib mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Nur Nadzrah Badarudin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Ketiga-tiga tertuduh merayu mahkamah mengenakan jaminan minimum kerana mereka masih bersekolah selain mengambil kira pendapatan keluarga masing-masing.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM500 bagi setiap tgertuduh.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Disember untuk mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kelakuan tak senonoh depan masjid: Bukan imam tapi budak universiti dengan…

NOR AINNA HAMZAH
di
Tangkap layar rakaman tersebut yang tular di media sosial baru-baru ini
JEMPOL – Dua lelaki yang tular melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kenderaan yang dikaitkan dengan seorang imam masjid di daerah Seremban telah ditangkap dan kes itu sebenarnya berlaku di Batu Kikir di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, berdasarkan siasatan kes tersebut berlaku berhampiran sebuah dewan di Batu Kikir kira-kira pukul 5 petang pada 17 November lalu.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Seremban bagi menafikan individu tular dalam video berkenaan merupakan seorang imam di Masjid Paroi.

“Kita telah berjaya mengesan dua individu di dalam kereta jenis Perodua Alza tersebut. Pemandu berusia 36 tahun merupakan penjawat awam telah ditangkap pada malam tadi di daerah ini.

“Hasil siasatan lanjut membawa kepada satu lagi tangkapan ke atas seorang pelajar lelaki institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 20 tahun yang kita tangkap di sekitar Kuala Pilah pagi tadi. Kedua-duanya telah diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena pelupusan barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini, hari ini.

Ujar Norhisham lagi, siasatan lanjut juga mendapati kedua-dua lelaki berkenaan baharu sahaja berkenalan dalam satu aplikasi media sosial kira-kira dua minggu dan baharu sahaja berjumpa buat kali pertama dalam lebih kurang sejam.

Menurutnya, kejadian tersebut telah ditularkan oleh pemandu lori berusia 39 tahun yang memakir kenderaan di lokasi tersebut.

“Siasatan kita telah selesai dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melanggar kesopanan. Manakala, bagi pemandu lori pula kes disiasat di Seremban di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Heboh ‘Pas cawangan Israel’ turun kempen

Harapandaily
Tular poster kempen Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan janaan kecerdasan buatan (AI) sehingga mengundang sindiran orang ramai termasuk Pas ‘cawangan Israel’ juga turun merayu undi.

Poster propaganda pembangkang yang dimuatnaik menerusi Facebook rasmi Pemuda Pas Malaysia itu menggambarkan kononnya PN mempunyai rekod pencapaian yang tidak dapat ditandingi.

Walau bagaimanapun, imej yang kononnya menggambarkan jentera pilihan raya PN membantu masyarakat itu dikesan mempunyai banyak kesilapan.

Mengulas hasil propaganda PN yang tidak teliti itu, aktivis Najib Bakar menempelak Pemuda Pas supaya lebih cerdik apabila menghasilkan poster politik menggunakan teknologi AI.

“Nak buat poster propaganda guna AI pun, cerdiklah sikit. Prompt lah elok-elok. Ni sekali pandang ja dah tahu gambar AI,” tulisnya.

Beliau turut menyenaraikan beberapa kesilapan visual yang ketara pada imej tersebut termasuk jari yang cacat, muka senget serta tulisan menyerupai aksara Rusia.

Justeru, Najib berpendapat gambar janaan AI tanpa pembetulan itu tidak melalui proses semakan yang baik sebelum dimuat naik.

“Korang buat kerja politik kat Rusila, tak sampai pun Vladivostok.

“Macam manalah gambar ni boleh lepas tapisan untuk post ke media sosial mereka,” tempelaknya.

Dalam masa sama, netizen pula secara sinis menganggap Pas cawangan negara pengganas yang melakukan genosid di Palestin juga pakat membantu kempen pilihan raya PN.

“Pas cawangan Israel mari turun kempen.

“Lepas ni Pas nak masuk bertanding Rusia.

“Dia orang tengah bagi vodka ke apa tu?,” demikian antara sindiran warga maya.

Namun, semakan Harapan Daily mendapati hantaran menggunakan imej janaan AI yang tidak disemak terlebih dahulu itu sudah dipadam.

FIFA: Beberapa pemain 'warisan' dapat passport hari sama mohon

Malaysiakini 

Sebahagian pemain bola sepak ‘warisan’ yang kini digantung menerima kelulusan permohonan pasport Malaysia pada hari yang sama mereka mengemukakan borang permohonan, kata Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Menurut jawatankuasa Fifa, permohonan pasport Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo dan Jon Irazabal Iraurgui dihantar dan diluluskan pada 3 Jun manakala perkara sama berlaku kepada Hector Alejandro Hevel Serrano pada 18 Mac.

Sementara itu, Gabriel Felipe Arrocha menyerahkan permohonannya pada 17 Mac dan Facundo Tomas Garces Rattaro pada 1 Jun, dengan kedua-dua permohonan mereka kemudiannya diluluskan pada 18 Mac dan 3 Jun.

Fifa berkata para pemain terlibat telah mengemukakan dua permohonan berasingan untuk memperoleh kewarganegaraan melalui proses naturalisasi kerajaan.

“Permohonan pertama telah ‘dipertimbangkan untuk kelulusan khas’ dan Kementerian Dalam Negeri mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara untuk ‘menerima dan memproses’ permohonan kerakyatan pemain selepas mereka menerima permit masuk ke negara ini dan mereka sudah berbuat demikian.

“Para pemain kemudian tampil di hadapan pihak berkuasa Malaysia dan menyerahkan permohonan kedua untuk naturalisasi mereka, kali ini mengemukakan keseluruhan dokumen beserta borang berkaitan (Permohonan Kedua).”

Fifa berkata dokumen permohonan itu mengandungi tandatangan dan cap jari setiap pemain serta surat iringan yang menyatakan tiga keping foto pasport terkini, bayaran pendaftaran permohonan, kad pengenalan, permit masuk dan dokumen perjalanan telah dilampirkan.

“(Namun) tiada satu pun fail permohonan mengandungi sebarang dokumen keturunan pemain, iaitu sijil lahir ibu bapa atau datuk nenek.”

Fifa berkata maklumat mengenai keturunan pemain tersebut dikemukakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada pihaknya ketika siasatan Fifa berhubung kelayakan pemain terbabit.

Dalam keputusan sama, Fifa mendedahkan pemain yang digantung itu memaklumkan mereka tidak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, bertentangan dengan dakwaan FAM bahawa semua pemain telah lulus ujian Bahasa Malaysia yang diperlukan bagi permohonan kewarganegaraan tersebut.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Dewan Rakyat pada 9 Oktober bahawa dia menggunakan budi bicara berkaitan syarat tempoh pemastautin, sambil mendakwa semua pemain memenuhi keperluan termasuk penguasaan bahasa Malaysia.

Kesemua pemain ini dibawa masuk melalui proses pencarian bakat pada 2024, dengan proses naturalisasi dimulakan pada akhir tahun berkenaan.

Pengakuan Zafrul buktikan keresahan kami ada asas - Rafizi

Malaysiakini 

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menyambut baik hasrat kerajaan untuk merunding kembali terma Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) seperti didedahkan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam siaran podcast Keluar Sekejap.

Rafizi berkata, ia selari dengan apa yang dibangkitkannya bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Subang Wong Chen sebelum ini sehingga menerima kecaman.

"Baru-baru ini, Menteri MITI Senator Tengku Zafrul yang bertanggungjawab merundingkan perjanjian ini, mengakui dalam podcast Keluar Sekejap, yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali perjanjian itu.

"Ini termasuk klausa yang kontroversi seperti klausa 5.1 berbanding klausa sama dengan Cambodia yang secara jelas melindungi kedaulatan negara itu.

"Saya berlapang dada kerana beberapa perkara yang diulas Tengku Zafrul tidak jauh dari saranan-saranan yang pernah kami buat.

"Ini termasuk persoalan kenapa perlu tergesa-gesa untuk menandatangani, yang diakui oleh Zafrul sebagai satu keputusan politik yang ada risiko tersendiri," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada 13 Nov lalu, tiga ahli parlimen kerajaan itu menggariskan beberapa cadangan untuk mengimbangi ART yang ditandatagani negara ini dengan AS dan dianggap mereka sebagai “berat sebelah”.

Bercakap pada sidang media di parlimen, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, membacakan kenyataan yang turut disokong oleh Rafizi dan Nik Nazmi.

Mereka berpendapat walaupun ART boleh memberikan beberapa impak positif – terutamanya dalam hal berkaitan perdagangan digital, semikonduktor dan farmaseutikal – ia tetap dibimbang tidak dimeterai mengikut proses yang sewajarnya.

"Kami yakin, berdasarkan respons rasmi dan teks yang kurang jelas, pemeteraian perjanjian itu dilakukan tanpa analisis kos-faedah yang komprehensif dan perundingan awam yang mencukupi," kata mereka.

Sementara itu, Rafizi berkata pengakuan Zafrul bahawa kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali beberapa perkara mengesahkan bahawa kebimbangan mereka sebelum ini ada asas.

"Saya sekarang tunggu apa reaksi cybertroopers kerajaan yang selama beberapa minggu mengecam dan memaki hamun kami, di mana mereka apabila Zafrul sendiri mengesahkan perkara-perkara yang kami utarakan?

"Ini masalahnya apabila komunikasi dan silat politik PKR di-subkontrak kepada watak-watak yang hanya menyertai PKR selepas PKR menang. Sebahagian mereka sebelum ini dengan Pejuang, PAS dan Bersatu. Jadi mereka tidak pernah hadam budaya dalam PKR yang mana kesetiaan ahli parlimen adalah kepada rakyat.

"Jika ada perkara yang membawa risiko kepada rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara, hatta menegur Perdana Menteri sendiri, tidak kira parti Perdana Menteri itu," katanya lagi.

Penipuan royalti oleh Pas, masa berkuasa tak mahu bayar

Harapandaily

AMAN MUHAMMAD

Kelmarin media melaporkan MB Terengganu kata “Episod hitam calar hak rakyat Terengganu”.

Dia kata, sejak 2022 kerajaan Pusat memang bayar ‘royalti’ tapi bayar 50% sahaja.

Pertama sekali, kita kena jelas beberapa perkara:

1. Royalti sudah tidak wujud sejak 2012

Pada hakikatnya, royalti petroleum sudah tiada, sudah tidak wujud lagi sejak Akta Wilayah Laut berkuatkuasa bermula tahun 2012.

Tak perlulah aku terangkan apa itu Akta Wilayah Laut 2012, pergilah tanya ChatGPT.

Sepanjang 33 PN menjadi kerajaan, PN juga mengesahkan bahawa royalti memang sudah tidak wujud, sebab itu PN tidak mahu bayar satu sen pun royalti kepada Kelantan dan Terengganu ketika mereka berkuasa.

Kenapa PN tidak mahu bayar satu sen pun royalti? Sebab tiada lagi undang-undang pun yang mewajibkan kerajaan membayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu.

Bahkan semasa Pas menjadi kerajaan, langsung tiada sebarang usaha untuk memansuhkan atau meminda Akta Wilayah Laut 2012 agar memberi kuasa kepada kerajaan membayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu, tapi Pas tak nak buat langsung walaupun Menteri Undang-undang ketika itu adalah SU Agong Pas.

Tak boleh buat sebab Covid? Menipu je tu.

Kalau boleh luluskan 22 cabutan judi dan lulus arak TIMAH, takkan yang lain tak boleh buat langsung?

PRN Sabah 2020 pun dibuat dalam keadaan Covid.

Maka istilah yang tepat bukan lagi ‘Royalti’, tapi ‘Wang Ehsan’, atau ‘Dana khas Petroleum’, atau ‘Pemberian khas kerajaan’ dan sebagainya.

Bila sebut ‘Wang Ehsan’, maka terpulanglah kepada kerajaan nak beri berapa, atau taknak beri terus pun tak apa, sebab itu bukan kewajipan pun. Beri banyak atau beri sedikit, ia adalah hak 100% kerajaan persekutuan, bukan hak Terengganu.

Situ duduk.

2. MB Terengganu akhirnya akui bahawa kerajaan Madani memang bayar Wang Ehsan (yang disebut ‘Royalti’ oleh MB) kepada Terengganu sejak 2022.

Kenyataan MB Terengganu hari ini secara tak langsung mengkantoikan ftnah Pas, yang selama ini menuduh Madani tidak bayar ‘royalti’, walhal hari ini MB Terengganu mengaku Madani memang bayar ‘royalti’ sejak 2022.

Cuma dia tambah cerita, “bayar tak cukup, cuma 50% sahaja”. Kenapa tiba-tiba timbul cerita ni?

Sebab dah kantoi dalam Penyata Kewangan Negeri Terengganu, di mana mengesahkan bahawa Terengganu memang telah menerima ‘royalti’ atau ‘pemberian khas kerajaan’ sebanyak RM1.553 bilion pada tahun 2024.

Jadi untuk kalih fitnah Pas yang selama ini tuduh Madani tak bayar ‘royalti’, maka dia cerita ‘hanyar terima 50% sahaja.

3. Apa sebenarnya cerita ‘hanya terima 50%’ tu?

Berikut adalah penjelasan mudah terhadap RM1.553 bilion yang dibayar kepada Terengganu untuk tahun 2024.

Daripada nilai RM1.553 bilion yang diterima oleh Terengganu itu:

a) RM733 juta telah digunakan oleh kerajaan negeri. Dari jumlah itu, sebanyak RM706 juta gunakan untuk bayar gaji 14,457 orang penjawat awam Terengganu termasuklah lantikan politik.

(nota: pada tahun 2018, penjawat awam Terengganu hanya berjumlah 7,128 orang. Selepas Pas menang, Pas lantik walaun secara berbondong-bondong jadi penjawat awam negeri sehingga jumlah 14,457.

Sepatutnya hanya perlu bayar RM360+ juta untuk gaji penjawat awam, tapi terpaksa tambah satu kali ganda lagi untuk bayar gaji walaun yang dilantik selepas Pas menang)

b) RM400 juta dibayar terus kepada kontraktor kerajaan negeri.

c) RM100 juta pembayaran hutang kerajaan negeri.

d) RM318 juta digunakan untuk bayaran tangguh @ defered payment projek pembangunan kerajaan negeri dan lain-lain.

Kesemua agihan dari pemberian RM1.553 bilion tu, digunakan sepenuhnya untuk rakyat Terengganu.

Apa masalahnya? Satu sen pun Madani tak sakau macam Pas.

Maka, apa yang sebenarnya ‘Episod hitam yang calar hak rakyat Terengganu’ sebenarnya?

Episod Hitam sebenarnya ialah apabila Pas kantoi nak sakau duit tu dengan cara “memberi loan” setinggi RM200,000 kepada 32 Adun Pas untuk beli kereta baru.

Tu je.

Dengan kata lain, kalau dah dengan duit yang sedia ada mampu beri loan RM200,000 seorang kepada 32 Adun Pas beli kereta baru walhal ia bukan satu keperluan mendesak pun, apa yang zalimnya Madani sebenarnya?

Pengawal Nepal liwat kucing dipenjara

MOHD YUNUS YAKKUB
SHAH ALAM – Seorang pengawal keselamatan yang sebelum ini disiasat meliwat kucing, dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan berpakaian separuh bogel dan memasuki negara tanpa dokumen sah.

Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Arman Shah, 33, mengaku bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pecahan, Arman diperintah penjara tiga bulan bermula hari ini bagi sabitan Akta Imigresen dan sebulan lagi setelah selesai hukuman itu bagi kesalahan berpakaian separuh bogel.

Mengikut pertuduhan, Arman didakwa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan dengan mengganggu kesantunan iaitu dengan cara berpakaian separuh bogel di hadapan seorang lelaki berusia 33 tahun tingkat empat sebuah blok pangsapuri di Kota Kemuning, Seksyen 31 pada pukul 12.30 tengah malam, 15 November lalu.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dia juga didakwa memasuki negara tanpa sah di lokasi dan masa yang sama mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukan penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000, atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabitkan kesalahan.

Arman yang tidak diwakili peguam merayu hukuman penjara dikurangkan selain memaklumkan belum berkahwin dan berpendapatan RM2,300 sebulan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Ariz Zainal Alam memohon hukuman berat sebagai pengajaran.

Di Mahkamah Sesyen, Arman turut mengaku bersalah di hadapan Hakim
Fatimah Zahari atas pertuduhan dengan kejam mendera seekor kucing juga di lokasi dan masa yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang sabit kesalahan boleh penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh fakta kes dan jatuh hukum. Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tindakan tidak berperikemanusiaan seorang pengawal warga Nepal yang meliwat seekor kucing ketika dia mabuk.

Suspek kemudiannya telah mencampak kucing itu dari tingkat empat sebuah pangsapuri ketika ditegur seorang lelaki.

Hasil siasatan, suspek yang masih bujang itu telah dua bulan bekerja di pangsapuri itu namun didapati tidak mempunyai permit kerja dan direman 14 hari dibawah Akta Imigresen. – KOSMO! ONLINE

Pak guard sekolah dituduh ‘sentuh’ murid perempuan berusia 10 tahun

NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan mencabul seorang murid perempuan di sebuah sekolah di daerah ini, minggu lalu.

Tertuduh, Kamaruzaman Hassan, 59, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dengan cara memegang dan mengusap tangan kanan mangsa kira-kira pukul 6.40 pagi di sebuah sekolah rendah di Seremban.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni dan tertuduh tidak diwakili peguam. Kes disebut semula 23 Disember ini.- KOSMO! ONLINE

29 pegawai AKPS diberkas disyaki rasuah, salah guna kuasa

Malaysiakini 

Seramai 29 pegawai dan kakitangan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) ditangkap antara Januari hingga September atas syak wasangka rasuah dan salah guna kuasa, termasuk aktiviti ‘counter setting’, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Susulan itu, Saifuddin berkata kerajaan telah melaksanakan beberapa pembangunan teknologi, termasuk automasi dan kaedah saringan pintar untuk mengurangkan campur tangan manusia sebagai sebahagian tindakan mitigasi bagi membanteras sindiket tersebut.

“Di antara pembangunan teknologi yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian adalah seperti berikut; Pertama melalui pelaksanaan Sistem Pemeriksaan Penumpang Awal (Advance Passenger Screening System - APSS) dimana sistem ini berfungsi menyaring maklumat pelawat daripada syarikat penerbangan seawal 72 jam sebelum waktu pelepasan penerbangan.

"Kedua, bagi memastikan ketepatan dan keberkesanan saringan, Kementerian Dalam Negeri akan turut membangunkan Risk Assessment Engine (RAE) sebagai salah satu solusi di dalam Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang dipacu oleh teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (Machine Learning).

"Ketiga, KDN turut akan memperkenalkan Foreign Digital Identity (FDID) bagi mewujudkan identiti digital tunggal untuk setiap pelawat asing yang akan disepadukan dengan sistem biometrik terpusat yang merangkumi tiga ciri utama iaitu cap jari (finger print), imbasan iris (Iris), dan pengecaman wajah (facial recognition),” katanya pada jawapan bertulis parlimen terhadap soalan Ahli Parlimen Kubang Pasu Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Ahli Parlimen Labis Pang Hok Liong.

Saifuddin berkata kerajaan juga akan memperluas penggunaan mesin pagar automatik.

Menurutnya lagi, pegawai AKPS diwajibkan memakai kamera badan ketika bertugas manakala kaunter dipantau melalui CCTV pintar yang dilengkapi analisis video berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Malaysiakini sebelum ini melaporkan secara meluas tentang sindiket ‘counter setting’ di KLIA, yang membenarkan pelepasan masuk individu tanpa prosedur sewajarnya melalui kaunter imigresen, khususnya melibatkan warga asing tanpa dokumen di Malaysia.

Susulan tangkapan sepanjang tahun ini, beberapa pegawai Jabatan Imigresen telah didakwa di mahkamah, termasuk seorang pegawai pada 7 Oktober yang dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dengan 10 pertuduhan menerima RM55,150 sebagai sogokan untuk memudahkan kemasukan warga Indonesia tanpa mematuhi syarat di bawah Akta Imigresen 1959.

Buruh binaan nafi rogol kanak-kanak hingga lahir anak

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my
MUHAMMAD Nur Aiman (baju merah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol teman wanita berusia 15 tahun, pada 2022. FOTO Ahmad Hasbi
MUHAMMAD Nur Aiman (baju merah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol teman wanita berusia 15 tahun, pada 2022. FOTO Ahmad Hasbi
Seremban: Buruh binaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 15 tahun, pada 2022.

Tertuduh, Muhammad Nur Aiman Mohd Khairi, 22, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan merogol seorang kanak-kanak berusia 15 tahun lapan bulan ketika kejadian di sebuah hotel di daerah ini kira-kira jam 3 petang pada pertengahan April 2022.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan, boleh dipenjara sehingga tempoh 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dan tiga syarat tambahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan memandangkan hanya bekerja sebagai buruh binaan dengan pendapatan tidak menentu.

Mahkamah juga bertanyakan mengenai kes berkenaan mengambil masa lama untuk dituduh sebelum Norazihah memaklumkan terdapat arahan supaya mendapatkan laporan kimia terlebih dahulu.

Norazihah memaklumkan bahawa laporan kimia berkenaan positif dan mangsa sudah melahirkan anak tertuduh yang kini sudah berusia kira-kira dua tahun.

Pihak pendakwaan turut memberitahu mahkamah, tertuduh sebelum ini sukar dikesan dan tidak hadir ketika dipanggil menyebabkan proses pertuduhan mengambil masa.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 berserta syarat tidak mengganggu saksi, melapor diri setiap bulan di balai polis terdekat sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport antarabangsa sekiranya ada.

Sebutan semula ditetapkan pada 23 Disember.

Satu flat kena ‘serang’ litar pintas

KOSMO!
Tangkap layar rakaman yang memaparkan kejadian litar pintas di sebuah flat di Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA – Sebuah blok flat di Sungai Way di sini gempar apabila sistem pendawaian di bangunan itu mengalami litar pintas serentak hingga menyebabkan keseluruhan unit terputus bekalan elektrik dan berbau hangit dalam kejadian lewat malam tadi.

Insiden yang berlaku di Flat Bintang itu mencetuskan panik dalam kalangan penduduk apabila lampu di seluruh koridor berkelip sebelum terdengar bunyi letupan kecil.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @supergearboxxlestari, suasana di blok sangat gelap, dan penduduk dilihat menggunakan tangga untuk menyelamatkan diri turun dari bangunan.

Seorang penduduk, Nay, berkata, kejadian tersebut menyebabkan muncul asap di beberapa ruang selepas berlaku letupan ekoran litar pintas tersebut dan dia segera melarikan diri menggunakan tangga dari tingkat 13.

“Takut ada kebakaran ,sebab semalam tu dah ada asap ,aku lari dari tingkat 13 ke bawah,” katanya di ruang komen hantaran video tersebut hari ini.

Difahamkan kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan orang awam. – KOSMO! ONLINE

Lelaki disyaki bakar dua kereta abang ipar ditangkap bersama senjata dan peluru

Mastura Ismail
Senapang patah dan peluru yang dirampas dari rumah suspek di Merapok, semalam.
Senapang patah dan peluru yang dirampas dari rumah suspek di Merapok, semalam.
LAWAS: Pihak polis merampas sebilah pedang, selaras senapang patah berserta 10 butir peluru serta lapan kelongsong peluru daripada seorang lelaki yang disyaki terlibat membakar dua kereta milik abang iparnya di sebuah rumah di Merapok semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata, rampasan itu hasil pemeriksaan di rumah suspek, 37, pada jam 9.30 pagi yang bertindak melarikan diri sebaik bertindak membakar kereta milik abang iparnya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal polis mendapati suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati ditegur ahli keluarganya.

“Susulan kejadian itu, sepasukan polis telah pergi ke tempat kejadian bersama pihak bomba Lawas dan mendapati kedua-dua kereta telah musnah sepenuhnya dan suspek telah melarikan diri.

“Bagaimanapun suspek yang juga adik ipar mangsa berjaya ditangkap di rumahnya.

“Pemeriksaan ke atas suspek dan dalam rumah berkenaan, kita telah menjumpai sebilah pedang, satu laras senapang patah dan 10 butir peluru serta lapan kelongsong peluru senapang patah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kereta yang dipercayai dibakar suspek semalam merupakan milik abang iparnya.
Kereta yang dipercayai dibakar suspek semalam merupakan milik abang iparnya.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam operasi berasingan katanya, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun ditahan di tepi Jalan Punang di sini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam operasi pada jam 3.10 petang.

”Hasil pemeriksan kita merampas satu bekas plastik mengandungi dua keratan tiub berisi kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.20 gram.

“Semakan terhadap suspek mendapati tiada kesalahan lampau," jelasnya lanjut.

Katanya, seorang lagi lelaki tempatan berusia 31 tahun ditahan kerana positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine dalam operasi yang dijalankan di hadapan sebuah rumah di Jalan Punang pada jam 3.30 petang.

Kata beliau, semakan mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

-Utusan Borneo 

Isteri curang dengan pemain import

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
PEMAIN import terbabit didakwa sudah beberapa kali menempah hotel untuk memadu cinta.
PEMAIN import terbabit didakwa sudah beberapa kali menempah hotel untuk memadu cinta.
Kuala Lumpur: Arena bola sepak negara dikejutkan dengan pendedahan tular di media sosial mendakwa seorang pemain import Liga Super terbabit dalam kontroversi rumah tangga yang mengejutkan penyokong tempatan.

Malah, jika dakwaan itu terbukti benar, karier pemain terbabit berpotensi dipertikai ramai dan reputasinya terjejas pada masa akan datang.

Pemain import berusia 28 tahun itu antara tonggak utama pasukan pada musim ini, menjadikan dakwaan terbabit lebih mendapat perhatian ramai.

Suami wanita terbabit yang tidak tahan lagi dengan perbuatan itu bertindak menyebarkan dakwaan mengenai hubungan luar rumah tangga isterinya dengan pemain import terbabit.

Berdasarkan kepada perkongsian yang tular menyatakan rasa sedih dan kecewa terhadap tindakan isterinya yang curang dan lebih buruk lagi sudah beberapa kali menempah hotel bersama pemain import itu.

Khabar angin itu kemudiannya menjadi tular di kalangan penyokong, mencetuskan pelbagai spekulasi dan perbincangan hangat di media sosial.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak kelab mahupun pemain mengenai dakwaan yang sedang tular itu.

Akibat ramainya pengkhianat: Penduduk bimbang koloni warga asing di Cameron Highlands

Suharmin Yusuf
Sebahagian warga asing yang ditahan dalam operasi oleh Jabatan Imigresen di sekitar Kampung Raja, Cameron Highlands. Foto NSTP
Sebahagian warga asing yang ditahan dalam operasi oleh Jabatan Imigresen di sekitar Kampung Raja, Cameron Highlands. Foto NSTP
CAMERON HIGHLANDS: Penduduk tempatan, di sini melahirkan kebimbangan sejak sekian lama berhubung kehadiran ‘koloni’ warga asing di beberapa kawasan yang didakwa menjejaskan kehidupan seharian dan perniagaan mereka.

Penduduk setempat Kohr Thiam Bee, 60, yang juga peniaga sayur berkata, fenomena itu semakin ketara dalam beberapa tahun kebelakangan.

"Kehadiran mereka memang menimbulkan sedikit gangguan. Kita sebagai penduduk tempatan kadang-kadang terasa terjejas.

"Warga asing ini sering menetap di kawasan strategik, menjadikan penduduk tempatan bimbang mengenai penguasaan ruang dan peluang ekonomi," katanya kepada Harian Metro.

Dakwanya, koloni warga asing sudah berada di daerah ini sejak beberapa tahun lalu dan keadaan itu menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan mereka.

Menurutnya, warga asing yang jelas memonopoli adalah warga Bangladesh dan Myanmar.

"Walaupun tiada insiden serius berlaku, kehadiran warga asing mencetuskan rasa was-was dalam komuniti kami," katanya.

Kohr berkata, penduduk tempatan risau dengan pengaruh warga asing terhadap aktiviti harian dan potensi monopoli dalam beberapa sektor perniagaan dan pertanian.

"Hari-hari kita boleh nampak mereka di kawasan ini… memang ada yang datang untuk berniaga, ada yang bekerja, ada juga yang sudah menetap lama," katanya.

Kohr mendakwa, ada antara peniaga tempatan yang menyewakan lesen untuk golongan pendatang melakukan urus niaga.

"Kita faham mereka ada keperluan…tapi penduduk tempatan juga perlu peluang untuk berniaga dan menjalani kehidupan dengan selesa," katanya.

Mewakili penduduk setempat, Kohr meminta pihak berkuasa terus memantau kehadiran koloni warga asing supaya ketenteraman dan kelangsungan perniagaan tempatan terjamin.

Panik! Rakan mereka lemas di sebuah takungan air lalu letak mayat rakan atas katil seolah-olah dia sedang tidur

Agensi

Beijing: Dua lelaki dari sebuah kampung di barat daya China berdepan kritikan hebat selepas menyaksikan rakan mereka lemas di sebuah takungan air apabila tidak memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa, lapor South China Morning Post.

Sebaliknya, mereka membawa pulang mayat mangsa dan meletakkannya di katil seolah-olah dia sedang tidur.

Tragedi berlaku pada 4 September di wilayah Sichuan apabila lelaki berusia 38 tahun itu dijemput oleh seorang penduduk kampung dan bapa saudaranya untuk berenang di takungan air berhampiran, sebelum lemas.

Adik perempuan mangsa baru-baru ini menceritakan kejadian itu kepada portal media China, Lizhi News yang mana pendedahan itu mengejutkan komuniti dalam talian.

Salah seorang daripada individu itu yang dikenali sebagai Tao mengaku bahawa mereka panik dan tidak menghubungi bantuan perubatan atau polis sebaliknya memilih untuk membawa mayat itu pulang ke rumah dengan motosikal.

Tao dan seorang lagi rakannya dikatakan membawa mayat itu pulang secara senyap-senyap dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sepanjang laluan menunjukkan kedua-dua lelaki itu menunggang motosikal dengan si mati diapit di antara mereka.

Lelaki di belakang memegang leher si mati dan cuba menegakkannya semasa dalam perjalanan pulang.

Setibanya di rumah, mereka meletakkan mayat itu di atas katil, dan beredar tanpa memberitahu keluarganya.

Keluarga mangsa hanya mengetahui bahawa mangsa sudah meninggal dunia selepas tiga hari kemudian.

Adik perempuan mangsa menyatakan bahawa dalam tempoh tiga hari itu, kedua-dua lelaki itu berjumpa dengan beberapa ahli keluarga tetapi memilih untuk tidak mendedahkan tragedi berkenaan.

Walaupun pihak berkuasa menolak unsur jenayah dan memutuskan bahawa kedua-dua lelaki itu tidak menanggung sebarang tanggungjawab jenayah, peguam Jin Yan menyatakan mereka masih perlu bertanggungjawab dan perlu membayar pampasan.

Tao mengakui bahawa mereka menawarkan 80,000 yuan (kira-kira RM52,000) untuk kos pengebumian melalui pengantaraan pihak berkuasa kampung dan mengakui perbuatan itu adalah salah.
-Hmetro 

Ketika Shafie Apdal bertungkus-lumus, orang kanannya menangis dipenjara 6 tahun

Harapandaily

‘Orang kanan’ Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menangis teresak-esak apabila dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM8.8 juta berkaitan kes tender perkhidmatan pengiklanan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada 2018.

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham yang merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi didapati bersalah terhadap lapan tuduhan menerima rasuah RM1.77 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin mengenakan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal mematahkan anggapan Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas imbangan kebarangkalian.

Saifullah, 34, yang pernah dilantik sebagai Timbalan Wira Warisan Semporna itu turut diperintah untuk dipenjara tujuh tahun jika gagal membayar jumlah denda terbabit.

“Saya harap hukuman ini dapat menginsafkan kamu dan mengelakkan kamu daripada melakukan kesalahan pada masa akan datang.

“Kamu masih muda dan harap kamu akan insaf dan berubah kepada yang lebih baik,” kata Suzana, dipetik BH.

Saifullah didapati bersalah menerima suapan berjumlah RM1,765,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng melalui Roslan Lahada sebagai dorongan untuk tertuduh berjanji mendapatkan tender “Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan (Brand) dan Kreatif (Creative).

Ia bagi kempen pengiklanan Tourism Malaysia kepada syarikat Inter Bev Network dan tender ‘Cadangan Promosi dan Pengiklanan Digital Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 secara rundingan terus kepada syarikat Plan B Digital Sdn Bhd.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa tempat antaranya di Red Box Karaoke dan Coffee Bean di pusat beli-belah Pavillion, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); di pejabat setiausaha sulit kanan kepada menteri, di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; di Vipod Residences dan PETRONAS Dengkil antara jam 11 pagi hingga 11.30 malam, pada 21 Disember 2018 hingga 1 Mac 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Untuk rekod, dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), Warisan bertanding di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Shafie Apdal akan mempertahankan kerusi DUN Senallang.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah dari 12 Mei 2018 hingga 25 September 2020.

Dia turut pernah dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dari April 2009 hingga Julai 2015 dengan mengurus berbilion peruntukan sepanjang tempoh itu.

Biar polis siasat kes dua lelaki ‘projek’ dalam kereta

NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tular dua lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta yang dikaitkan dengan seorang imam masjid di daerah Seremban.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan berkata, masyarakat diharap supaya tidak cepat menjatuhkan tuduhan kerana siasatan akan dijalankan oleh pihak polis.

“Biar polis siasat siapa dia, jangan tuduh imam atau apa sebab bagi saya itu adalah keterlaluan. Saya juga tidak berani untuk melihat video tular berkenaan dan berharap agar polis dapat menyiasat perkara ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Masjid Kariah Bongek Daerah Rembau bernilai RM6 juta, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Jawatankuasa Masjid Kariah Paroi Jaya menafikan pembabitan imam masjid mereka dalam satu video yang memaparkan dua lelaki melakukan perkara tidak senonoh dalam sebuah kereta.-KOSMO! ONLINE

Rafizi gesa pecat Shamsul Iskandar

Jawapan Anwar tiada ‘ooommpph’ - Rafizi gesa pecat Shamsul Iskandar

Malaysiakini 

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, hari ini menamakan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, - Shamsul Iskandar Mohamd Akin sebagai pegawai yang menulis surat sokongan untuk enam kontraktor dalam projek pembinaan sebuah hospital tahun lalu.

Dalam satu video di Facebook, Rafizi berkata bahawa insiden itu adalah peluang terbaik untuk Anwar menunjukkan keazamannya untuk memerangi rasuah, dan daripada hanya menegurnya.

Malah, katanya, perkara seperti ini bukan kali pertama dan Shamsul Iskandar harus dipecat.

“Ini bukan kali pertama, malah saya sendiri pernah membincangkan beberapa aduan seperti ini.

“Perdana menteri kata dia akan semak, lepas semak dia sahkan yang saya sebut itu betul, tapi sehingga sekarang setiausaha politik kanan itu masih kekal di situ,” katanya.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan Shamsul Iskandar untuk ulasannya mengenai perkara tersebut.

Mengulas lanjut, bekas menteri ekonomi itu berkata, satu laporan harus difailkan dengan SPRM supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan.

“Adakah ada habuan bertukar tangan?

“Kalau setakat tegur keras, tetapi orang itu masih ada di situ, lama-lama berucap keras macam mana pun orang tak ambil serius.

“Takut nanti orang cakap depan cakap lain, belakang buat lain,” katanya.

Menurut Rafizi, sebenarnya, isu ini telah tersebar dalam talian sejak tahun lepas, dan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad sendiri mengesahkan kesahihan surat sokongan itu.

Dia berkata bahawa selepas teguran perdana menteri, orang ramai merasakan, ia bukan tindakan yang bersungguh-sungguh.

“Cuma jawapan PM tu macam tak de ooommpph.

“Sebab soal lawan rasuah, hentikan budaya sakau dalam kerajaan - semua ini tidak pernah lekang dari ucapan beliau sehingga hari ini. Masa kita pembangkang, rakyat faham yang kita tidak ada kuasa.

“Sekarang dah tiga tahun jadi kerajaan,” katanya.

Rafizi berkata walaupun orang ramai sering melihat banyak tangkapan dalam laporan berita, pada hakikatnya, sangat sedikit kes yang berakhir dengan sabitan.

Dia berkata bahawa dalam keadaan ini, jika rakyat mempersendakan slogan anti-rasuah Anwar, mereka tidak boleh dipersalahkan.

Pada 18 November, Anwar mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa dia telah menegur salah seorang setiausaha politiknya kerana mengeluarkan surat sokongan untuk enam kontraktor untuk projek sebuah hospital talu.

Anwar tidak menamakan pegawainya itu. Walau bagaimanapun, surat yang didakwa ditandatangani oleh setiausaha politik Anwar itu dan bertarikh 6 Mei 2024, telah diedarkan dalam talian.

Ia telah dihantar kepada seorang pembantu menteri kesihatan yang meminta dirinya mempertimbangkan untuk memberikan kelulusan terlebih dahulu kepada enam kontraktor tersebut untuk projek Hospital Muar.

Walau bagaimanapun, Dzulkefly menekankan pada 9 Julai tahun lalu bahawa surat itu tidak mengandungi sebarang arahan atau kelulusan yang mewajibkan pelantikan enam syarikat ini untuk melaksanakan projek tersebut. Ia hanyalah untuk pertimbangan, menunjukkan bahawa pejabat perdana menteri tidak mengganggu projek kementerian kesihatan atau usaha perolehan jabatan lain.