
Datuk pura-pura mati, mahu lihat siapa hadir pengebumian

Polis siasat 5 wanita bergaduh akibat selisih faham

Letupan Putra Heights buatan manusia, boleh cegah' - Penduduk saman kerajaan
Anggota polis antara didakwa terlibat pemerdagangan orang
Afiezy Azaman
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan tujuh wanita warga India yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam satu operasi khas di sebuah hotel di Jalan Ampang, ibu negara, pada 30 September lalu.
Operasi Op Pintas (Eksploitasi Seks) itu dijalankan Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, sekitar jam 1 pagi.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, semua mangsa berusia antara 25 hingga 40 tahun datang ke Malaysia selepas dijanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah, namun dipaksa menjadi pekerja seks dan dikawal ketat oleh sindiket.
“Hasil siasatan mendapati terdapat mangsa yang turut dipukul dan diugut sekiranya enggan mematuhi arahan diberikan oleh sindiket.
"Dalam serbuan tersebut, polis menahan 12 individu terdiri daripada dua lelaki tempatan berusia 34 dan 63 tahun, serta enam lelaki dan empat wanita warga India berumur antara 21 hingga 58 tahun.
Siasatan mendapati semua suspek adalah ahli sindiket yang memperdagangkan mangsa terbabit, "katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Pada 16 Oktober lalu, kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan lima individu termasuk seorang anggota polis telah dituduh di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Selain itu, lima warga asing lain turut didakwa mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Kesemua tertuduh telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada Jumaat.
Seksyen 12 ATIPSOM memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, manakala Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali, serta boleh dikenakan sebatan.
Datuk M. Kumar menegaskan PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah pemerdagangan orang, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang berkenaan.
Beliau turut menyeru orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pemerdagangan orang melalui balai polis berhampiran.
Awas jangan cari penyakit: Pendaki baru memang sering ditinggalkan
Kes samun bekas Naib Canselor USM: Suspek sembunyi tepi halaman rumah sebelum serang mangsa
Pemimpin politik negeri dipercayai fitnah, hina Raja Perlis
Liverpool: Mohamed Salah mengalami kemerosotan musim ini

Rezeki pengutip sampah jumpa puluhan sampul surat penuh wang

Budak 13 tahun dibuli, mata ditutup, mulut disumbat makanan

Samun bekas Naib Canselor USM, lelaki ditahan
Laporan polis: Suara mirip pemimpin politik didakwa hina Raja Perlis
Dihentak ‘pistol’, bekas naib canselor USM terima 15 jahitan di kepala
Pelajar UM terjatuh dari bangunan kolej kediaman
Kambing hitam?: SUA FAM digantung di sebalik dakwaan pemalsuan dokumen

Wanita tempatan ditahan cuba seludup warga asing guna ‘Fast Track’ KLIA
Wanita cemas lelaki naik atas motosikal sambil acu pisau

Pendaki ditemukan maut selepas dua hari hilang, polis tahan dua malim gunung

Kes cabul: Doktor tak mengaku aib, ‘sentuh’ pesakit di HPP

Kes bunuh: Isteri curang selepas 10 tahun kahwin

Rider wanita bonceng tiga anak diberhentikan kerja

'Tak boleh diterima' - Singapura dakwa PAS cuba pengaruh pengundi
Gaji di Kelantan T20, rupanya hanya B40 di KL
Pengawal keselamatan diserang penyewa meninggal dunia akibat serangan jantung
Sinar Harian
Video tular memaparkan pengawal keselamatan diserang seorang lelaki pada Isnin. -Foto Sinar Harian/Video tular
KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang diserang seorang lelaki di sebuah kondominum di Jalan Ipoh, Sentul di sini meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa jam selepas kejadian itu pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang sedang bertugas di pos kawalan telah didatangi seorang penyewa lelaki yang meminta bantuannya untuk ke blok lain.
"Bagaimanapun, mangsa enggan berbuat demikian kerana tidak boleh meninggalkan pos pengawal.
"Suspek kemudian bertindak agresif dengan menampar muka kiri, menumbuk dahi serta memijak badan dan kaki mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahmad Sukarno berkata, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas membuat laporan polis.
"Hasil pemeriksaan awal, mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kepala namun tiada kesan luka luaran sebelum dibenarkan pulang selepas menerima rawatan," katanya.
Beliau berkata, susulan kejadian, polis berjaya menahan suspek berusia 32 tahun kira-kira jam 4.30 petang hari sama.
"Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 36 Akta Senjata 1960," katanya.
Menurutnya, pada jam 9.30 malam hari kejadian, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya di Jalan Ipoh.
"Isterinya telah menghubungi ambulans dan pemeriksaan oleh pegawai kesihatan mendapati lelaki itu telah meninggal dunia.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat yang dijalankan pada Selasa.
"Hasil laporan bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat serangan jantung," katanya. -Sinar Harian
Ahli Parlimen PAS gesa tindakan terhadap evangelisme Kristian ‘berkait Israel’
PAS naik angin: Siapa momok siapa sebenarnya?
Ustaz Mad Kecik masuk hospital

Suami isteri tak serik curi motosikal angkut anak 4 tahun

