
Polis ponteng meraung, enggan ditangkap

Rafizi: Aku dah tak kenal parti ini - Rafizi petik situasi Umno 1998
Jho Low kerja untuk China, kerugian Malaysia jauh lebih besar
Lari tinggalkan suami, dua anak ketika serbuan imigresen
Bernama
Antara warga asing yang ditahan dalam satu operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah tapak pembinaan di Persiaran Panorama Lapangan Perdana, Ipoh. awal pagi tadi. - Gambar Bernama
IPOH: Seorang wanita warga asing sanggup meninggalkan suami serta dua anak kecilnya demi menyelamatkan diri sebaik sahaja tempat tinggal mereka diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu, di sini, awal pagi ini.
Dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah tapak pembinaan di Persiaran Panorama Lapangan Perdana di sini, wanita yang berasal dari Sulawesi itu melarikan diri kerana dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Ketika operasi dijalankan, suami bersama dua anak mereka yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun telah ditahan pihak berkuasa manakala wanita terbabit gagal dikesan.
Keluarga terbabit merupakan antara lebih 200 warga asing yang diperiksa dalam operasi berkenaan termasuk kira-kira 10 kanak-kanak.
Pengarah JIM Perak, Datuk James Lee berkata, daripada jumlah diperiksa, kira-kira 120 ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
"Matlamat operasi kita pada malam ini adalah untuk membanteras kesalahan pasport dan juga telah tinggal lebih masa serta menggunakan pas yang tidak sah.
"Saya menasihati majikan yang di luar sana untuk menggaji pekerja asing, tolonglah datang ke Jabatan Imigresen, jangan gunakan orang kedua untuk memproses pas-pas ini (Imigresen)," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Beliau berkata, kesemua ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan selanjutnya manakala kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen dihantar ke depoh khas.
-- BERNAMA
Bakar wang RM1 juta dalam tandas untuk hapus bukti ketika diserbu SPRM

Dua kanak-kanak lelaki lemas terjatuh parit
SPRM Kelantan tahan 14 penjawat awam
Tular: Gambar jet peribadi cetus kontroversi baru di Sabah



Polis siasat kes pelajar maut jatuh asrama di Sabah
Lelaki tular tak senonoh di tempat awam ditahan
Sembilan MP PKR garis 5 agenda untuk Ketua Hakim Negara baru
Kedah: Angkara cemburu, anggota polis pukul rakan setugas
Si anak pula meninggal dunia akibat kemalangan Isnin lalu

Kelantan: Polis tahan 20 lelaki, rampas ubat HIV dan kondom
Mangsa pukul direman bantu siasatan kes curi

Pelancong Taiwan dakwa diugut, diganggu seksual oleh polis
Rafizi: Digantung takkan menutup mulut kami
Cuba takutkan pencuri, pekebun durian maut tertembak diri sendiri
Kelantan: Hampir 100 gay berpesta di banglo, polis rampas ratusan kondom dan ubat HIV
Remaja mengaku salah rogol penuntut universiti, peras ugut
Rafizi: PKR tinggal 22 kerusi jika gantung 9 Ahli Parlimen
Kelantan: ‘Memalukan ada pesta gay di negeri Serambi Mekah’
Kelantan: Banglo pesta gay diserbu
Gengster ‘kuasai’ bilik mayat hospital, dedah bekas doktor
Jemaah lelaki dan wanita berpakaian putih meratib di puncak gunung

Bomba diminta oleh seorang wanita untuk menangkap ular ghaib

Ribuan warga Afghanistan dipindah ke UK melalui skim rahsia selepas kebocoran data
Astro Awani
Skim yang dikenali sebagai Afghan Response Route telah memindahkan lebih 4,500 warga Afghanistan dan ahli keluarga mereka ke UK setakat ini. - Foto fail/AP
LONDON: Kerajaan United Kingdom mendedahkan bahawa ribuan warga Afghanistan telah dipindahkan ke negara itu melalui satu skim rahsia yang diwujudkan selepas insiden kebocoran data besar-besaran yang mendedahkan maklumat peribadi hampir 19,000 pemohon suaka.
Kebocoran tersebut berlaku pada Februari 2022 apabila seorang pegawai Kementerian Pertahanan secara tidak sengaja menghantar fail spreadsheet ke luar sistem kerajaan yang sah.
Maklumat yang bocor termasuk nama, butiran hubungan dan maklumat keluarga individu yang berisiko tinggi menjadi sasaran Taliban selepas pengunduran tentera Barat dari Afghanistan pada 2021.
Menurut Menteri Pertahanan UK, John Healey, skim yang dikenali sebagai Afghan Response Route telah memindahkan lebih 4,500 warga Afghanistan dan ahli keluarga mereka ke UK setakat ini.
Beliau menyifatkan insiden itu sebagai “kesilapan jabatan yang serius” dan memohon maaf secara terbuka kepada mereka yang terjejas.
Skim rahsia ini hanya didedahkan selepas Mahkamah Tinggi UK menarik balik perintah super-injunction yang sebelum ini menghalang media daripada melaporkan kewujudan kebocoran data dan program pemindahan tersebut.
Hakim menyatakan bahawa perintah itu telah mewujudkan “kekosongan pengawasan” dan menimbulkan kebimbangan serius terhadap kebebasan bersuara.
Kajian dalaman oleh Kementerian Pertahanan mendapati bahawa walaupun risiko kepada individu yang terjejas adalah “terhad”, skim pemindahan tersebut merupakan satu intervensi penting.
Namun, kerajaan enggan mendedahkan sama ada terdapat individu yang telah ditahan atau dibunuh akibat kebocoran tersebut.
Sebanyak £400 juta (RM2.27 bilion) telah dibelanjakan untuk skim ini, dan jumlah keseluruhan dijangka mencecah £850 juta.
Tambahan pula, kerajaan kini berdepan tuntutan undang-undang daripada mangsa kebocoran yang menuntut pampasan atas tekanan dan kebimbangan yang dialami.
Polis cekup 4 remaja lakukan aksi ‘dungu’

Indonesia terpaksa jadi pak turut untuk dapat tarif 19 peratus?
Rafizi sindir PAS: Salah tunggang isu, nampak bangang
Seorang wanita maut, 13 cedera pacuan 4 roda terjunam gaung
Kalau di Pusat Bandar Putra Permai Serdang itu saja dah ada hampir 500 orang PATI, berapa agaknya dalam Malaysia (Tahniah menteri yang sangat sayang PATI teruskan beri pengampunan)
Imigresen kesan pusat judi dalam talian di pangsapuri, 496 PATI ditahan
Bernama
Jabatan Imigresen Malaysia menahan seramai 496 pendatang tanpa izin (PATI) dalam Operasi Bersepadu di Pusat Bandar Putra Permai malam tadi, Serdang, malam tadi. - Gambar Bernama
SERDANG: Tiga unit kediaman yang disangka tidak berpenghuni di sebuah pangsapuri empat tingkat di Pusat Bandar Putra Permai, di sini, rupa-rupanya dijadikan pusat operasi judi dalam talian yang dipercayai didalangi warga tempatan.
Kegiatan itu terbongkar hasil operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Pasukan Gerakan Am, malam tadi.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Jafri Embok Taha berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga unit kediaman yang dijadikan pusat judi itu didaftarkan atas nama tiga individu warga tempatan, berdasarkan rekod bil utiliti yang diperoleh.
"Ketika anggota menemui unit kediaman itu, premis telah kosong dipercayai mereka melarikan diri dan hanya tinggal beberapa 'tablet', monitor, kerusi dan meja. Kita menyerahkan kes berkaitan penemuan pusat judi itu kepada MBSJ untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya pada sidang media selepas operasi itu, di sini.
Beliau berkata, ketiga-tiga unit kediaman itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakkan di luar dan kegiatan mereka ini menyasarkan pelanggan dalam kalangan pendatang tanpa izin (PATI) yang menetap di pangsapuri berkenaan.
Jafri Embok berkata, operasi yang bermula 10 malam dan berakhir 1 pagi itu turut memeriksa 741 warga asing yang tinggal di pangsapuri tersebut dan daripada jumlah itu, 496 merupakan PATI yang kemudiannya dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.
"Antara kesalahan yang disyaki pelanggaran di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.
Beliau berkata, operasi bersepadu itu akan terus digerakkan dari semasa ke semasa dan orang ramai diingatkan supaya tidak menggaji, melindungi atau menempatkan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah di premis mereka.
Sementara itu, Jafri Embok memaklumkan, Jabatan Imigresen kini melaksanakan Program Repatriasi Migran (PRM) 2.0, bermula 19 Mei lepas hingga 30 April 2026.
Menerusi program ini, pendatang tanpa izin dibenarkan pulang ke negara asal masing-masing dengan hanya membayar kompaun RM500 dan pas khas bernilai RM20.
"Secara keseluruhan, bayaran hanya RM520 dikenakan. Di Selangor, terdapat empat lokasi bagi pelaksanaan PRM iaitu di Shah Alam, Kelana Jaya, Pelabuhan Klang dan Kajang," katanya.
-- BERNAMA
Polis mabuk lepaskan tembakan, ugut pelanggan di sebuah kedai serbaneka

Cita-cita Zionis ‘Greater Israel’ kini jadi kenyataan
Razali Awang
![[KOLUMNIS] Cita-cita Zionis ‘Greater Israel’ kini jadi kenyataan [KOLUMNIS] Cita-cita Zionis ‘Greater Israel’ kini jadi kenyataan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-07/51752581651_tbarabisrael.jpg)
Israel menyiarkan iklan besar yang terpampang di Tel Aviv, menunjukkan ‘kemesraan’ pemimpin Arab dengan Netanyahu dan Trump. - Gambar/ Alkhair Malaysia
PERANG 12 hari antara Israel-Iran menunjukkan wajah sebenar pemimpin Arab terhadap pembelaan ke atas nasib rakyat Palestin yang lebih tujuh dekad dinafikan hak di bumi sendiri.
Isu yang suatu ketika dahulu dilihat sebagai lambang nasionalisme Arab untuk mengembalikan tanah mereka yang dirampas Zionis hanya menjadi kisah lalu yang jika dicermin pada ketika ini, menjadi sesuatu yang memalukan betapa mudah sebuah perjuangan yang dianggap suatu jihad, dibeli oleh kuasa Barat, khususnya Amerika Syarikat.
Sesiapa sahaja yang dilantik menjadi presidennya sama ada daripada Republikan atau Demokrat, di belakang mereka adalah para pelobi Zionis yang akan memastikan kepentingan negara Zionis itu akan sentiasa terjamin di bawah pengaruh White House, walhal dalam konteks sumbangan, pembelian persenjataan serta teknologi ia banyak disumbangkan negara Arab/Islam.
Dalam siri lawatan mewah pertamanya ke Negara Teluk selepas dilantik menjadi Presiden AS ke-47 pada Mei lalu, Trump telah berjaya mendapat keyakinan Arab Saudi apabila Putera Mahkota, Mohammed bin Salman bersetuju untuk melabur US$600 bilion yang turut mencakupi pakej kerjasama pertahanan yang dianggarkan berjumlah US$142 bilion, disifatkan White House sebagai perjanjian penjualan terbesar pertahanan dalam sejarah.
Qatar yang sebelum ini dilihat sebagai sebuah negara Teluk yang lebih ‘mesra’ dengan perjuangan rakyat Palestin termasuk pemimpin Hamas dilihat tidak melepaskan peluang untuk mengampu AS apabila menghadiahkan Boeing 747-8 untuk dijadikan Air Force One, pesawat rasmi canggih yang digunakan presiden negara itu.
Amirnya, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani berkata, perbincangan dengan Trump membuka lembaran baharu terhadap kerjasama strategik yang ada antara kedua-dua buah negara dalam pelbagai bidang.
Sikap ‘pemurah’ Pak Sheikh’ Arab ini diberikan kepada pelindung Zionis ini ketika mana angka kematian penduduk Gaza yang dibunuh Israel telah pun melebihi 50,000 nyawa!.
Apa yang kelihatan negara Arab berkenaan seakan membayar ‘ufti’ bagi memastikan kuasa politik monarki mereka terus dilindungi dengan membiarkan bangsa sendiri di Palestin dibunuh berterusan.
Berdasarkan agenda pertemuan dan maklumat yang dilaporkan media antarabangsa, tiada satu pun negara yang dilawati Trump membawa suara tegas nasib penduduk di Gaza dan Tebing Barat.
Tidak sampai sebulan lawatan, Tel Aviv telah bertindak menyerang tiga fasiliti nuklear Iran yang boleh dikatakan telah berada dalam pengetahuan Presiden AS.
Ketika undang-undang antarabangsa dicabuli Zionis, tiada satu pun negara Teluk yang menyelar perbuatan itu apatah lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur ugutan kecuali Yaman.
Bahkan negara-negara seperti Arab Saudi, UAE, Jordan dan Qatar telah cuba memintas peluru berpandu yang dilancarkan Iran ketika melepasi ruang mereka ke Israel.
Sama ada Tehran menang atau kalah dalam peperangan 12 hari dengan Tel Aviv, ada isu besar lagi berbahaya yang umat Islam terlepas pandang apabila negara itu menyiarkan iklan besar yang terpampang di Tel Aviv, menunjukkan ‘kemesraan’ pemimpin Arab yang telah berjaya dijinakkan mereka dengan kuasa AS.
The Abraham Alliance yang muncul selepas gencatan senjata dengan Iran menjelaskan segala maksud tersirat dalam membentuk acuan geopolitik di Asia Barat oleh Zionis dan AS.
Slogan ‘It's time for a new Middle East’ menyingkap segala yang tersirat apabila kesemua pemimpin Arab yang berjaya dinormalisasi diangkat sebagai hero termasuk Ahmad Al-Sharaa, Presiden Syria yang baharu dilantik.
Malangnya, iklan yang terpampang tidak meniupkan sebarang sentimen umat Islam walaupun turut terpampang individu akan menjadi Penjaga Dua Tanah Suci.
Apa yang ditonjolkan melalui The Abraham Alliance adalah secara jelas mesej Zionisme terhadap impian mereka selama ini untuk mewujudkan wilayah ‘Greater Israel’.
Menggunakan pengaruh AS, Netanyahu kini sebenarnya telah merealisasi apa yang dicita-citakan Perdana Menteri Pertama Israel iaitu David Ben Gurion, untuk mewujudkan wilayah itu di mana Baitulmaqdis yang kini dinamakan Jeruselem menjadi ibu negara wilayah yang bersempadan Sungai Nil di Mesir dan Sungai Euphrates di Iraq.
Melalui penjenamaan The Abraham Alliance, Netanyahu dan Trump hakikatnya telah berjaya menghidupkan empayar Yahudi di bawah kerangka falsafah kabbalah-haskalah tanpa tentangan keras yang boleh menggugat mereka.
Ia dibuat selepas kesemua pemimpin Arab yang jiwa nasionalisme tinggi telah pun berjaya dilupuskan AS dengan menggunakan alasan demokrasi.
Watak-watak seperti Saddam Hussein, Muammar Gaddafi, Mohammed Morsi dan lain-lain lagi telah dimatikan demi memudahkan Zionis merealisasi cita-citanya.
Di kebanyakan negara yang kini dijinakkan Israel nama-nama pemimpin Hamas yang gugur syahid melawan Zionis seperti Sheikh Ahmed Yassin, Abdul Aziz Al-Rantisi, Ismail Haniyeh, Yahya Sinwar dan ramai lagi menjadi satu stigma bahkan dilarang disebut secara terbuka.
Di sebalik segala perancangan jahat ini, perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak mereka tidak pernah pudar dan nampak akan berakhir.
Pembunuhan besar-besaran sejak lebih 20 bulan lalu, membuka mata masyarakat antarabangsa terhadap cita-cita jahat Zionis untuk menguasai dunia.
Walau Gaza telah punah dan musnah bersama pemimpin Arab tidak boleh diharap tetapi suara yang membela mereka semakin lantang di pelusuk dunia khususnya di Barat.
“From the river to the sea...
Palestine will be Free”.
*Artikel ini ditulis oleh Razali Awang, Perunding Media Alkhair Malaysia.






