
Askar tampar pemandu pikap kibar bendera lanun

Seorang penunggang motosikal mengamuk, marah disaman JPJ

Gaduh guna parang dan besi, suspek sedang diburu
Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul sekolahkan Isham Jalil
Wanita persoal siasatan kes pukul, sumber Istana Pahang nafi kaitan kerabat
Undi tidak percaya: Apa cerita ni YB?
Kemunculan ketulan emas di Sungai Furat?


Kes pelajar maut didakwa minum racun, Ibu bapa tuntut siasatan menyeluruh

Lelaki disyaki rogol bekas isteri ditahan
Samseng jalan raya: Tumbuk pemandu ketika turun Genting, lelaki ditahan
2 rakyat Malaysia ‘dibakar’ penganggur di Bangkok
Tengku Zafrul sahkan diterima sebagai ahli PKR
Empat lelaki Bangladesh dicekup, emas RM160,000 dirampas
2 anak kucing mati, dicampak dari pangsapuri

Kelar mati pekerja asing, lelaki tempatan dihukum gantung
Minta penumpang buka tudung, pemandu e-hailing dipenjara sehari dan denda RM5,000

Pelajar kolej campak bayi baru lahir didenda RM10,000
Jadi makanan sebagai ubat, jika tidak ubat bakal jadi makanan kita
Seleweng peruntukan RM304k untuk sara empat bini, 20 anak
Ikan ini yang jatuh dari langit cetus kebakaran hutan

Budak perempuan 12 tahun cedera disamun lelaki guna pisau
Bapa rogol anak ketika isteri mahu bersalin dipenjara 20 tahun, 12 sebatan
Kedah: ‘Penyamun mengadu pening, minta air’

PAS sayang haiwan?
Mayat seorang wanita ditemui dalam rumah di Taman Klebang Jaya.
Amaran keras!!! Tindakan tegas lucut hak kenderaan syarikat gajikan pemandu warga asing - JPJ
Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan tindakan tegas termasuk melucut hak kenderaan milik syarikat dan pengendali berlesen yang menggajikan warga asing untuk memandu kenderaan perdagangan, berkuat kuasa hari ini.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Malaysia Muhammad Kifli Ma Hassan berkata tindakan itu melibatkan lori, kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dan bas persiaran yang menggunakan khidmat pemandu warga asing bagi tujuan perkhidmatan.
Beliau berkata berdasarkan peraturan semasa, warga asing tidak dibenarkan memiliki Lesen Vokasional seperti Lesen Kenderaan Barangan (GDL) atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), dan sebarang pelanggaran adalah kesalahan serius.
"Dalam hal ini, tindakan penguatkuasaan boleh diambil mengikut Seksyen 22, 41, dan 57 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana melanggar syarat permit dan Seksyen 80 APAD 2010, iaitu pegawai boleh menyita dan dibawa ke mahkamah untuk melucuthakkan kenderaan syarikat perdagangan jika sabit kesalahan," katanya dalam sidang media di Stesen Penguatkuasaan JPJ di Gombak di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan itu susulan peningkatan trend syarikat dan pengendali berlesen menggajikan warga asing dengan bayaran sekitar RM2,500 sebulan serta terlibat dalam kesalahan berulang.
Muhammad Kifli berkata setakat Julai lepas, JPJ telah mengeluarkan 2,733 saman terhadap warga asing yang memandu kenderaan dagangan melibatkan 2,551 kes tiada GDL, 93 tiada PSV dan 89 kes lebih muatan.
"Syarikat dan pengendali berlesen dalam industri pengangkutan diseru sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan memastikan setiap pekerja yang diambil memiliki dokumen serta kelayakan yang sah.
"Operasi pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain dan tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap pihak yang didapati melanggar mana-mana Akta Pengangkutan Jalan 1987, APAD 2010 dan akta lain yang berkaitan," katanya.
Sementara itu, dalam operasi di Selayang semalam, Muhammad Kifli berkata JPJ berjaya mengenal pasti seorang pemandu lori warga asing yang menggunakan MyKad dan lesen memandu palsu.
"Semakan lanjut mendapati kad pengenalan dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) serta GDL adalah palsu...isu dokumen palsu ini merupakan kesalahan serius," katanya menambah JPJ akan menyiasat sindiket yang terlibat mengeluarkan lesen palsu terbabit.
Dalam kes berasingan, seorang pemandu lori warga Indonesia turut ditahan di Sungai Pusu, Gombak kerana memandu tanpa sebarang dokumen dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Akibat kasih pada isteri tak bertempat, akhirnya ditahan SPRM

Anggota polis maut dirempuh penjenayah



Bekas atlet wushu kebangsaan dipenjara 13 tahun kerana cabul pelajar
Warga asing tanam mayat kawan di tapak lupus sampah ditahan polis
Bernama
SHAH ALAM: Polis menahan tujuh warga asing termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di Bandar Sentosa, Klang, pada 20 Jun lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Supt Kamalariffin Aman Shah berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 34 tahun ditahan di sekitar Klang susulan laporan yang diterima daripada seorang wanita warga asing pada 23 Julai lepas.
Menurutnya, wanita itu memaklumkan kepada polis mengenai kejadian pembunuhan yang berlaku di sebuah rumah kedai di Lorong Laksamana 20, Bandar Sentosa.
Hasil siasatan mendapati mangsa, seorang lelaki warga asing berusia 28 tahun, telah ditikam di bahagian badan dan leher oleh teman serumahnya.
"Pertengkaran tercetus antara suspek dan mangsa semasa mereka minum minuman beralkohol, sebelum suspek bertindak menikam mangsa sehingga menyebabkan kematian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamalariffin berkata, enam lelaki lain yang turut berada di rumah kedai tersebut kemudian membawa mayat mangsa dan menanamnya di kawasan pelupusan sampah.
Hasil siasatan terhadap suspek yang ditahan membawa kepada penemuan mayat mangsa berserta senjata iaitu pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian.
Beliau berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya, dan kesemua suspek telah diarahkan untuk didakwa di Mahkamah Klang hari ini.
"Suspek utama, lelaki berusia 34 tahun, akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Empat lagi suspek lelaki akan dituduh di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan mayat, manakala kesemua yang ditahan turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah," katanya.
-- BERNAMA
MP PAS dakwa PM salah guna kuasa arah SKMM siasat Muhyiddin
Wakil rakyat Pasir Puteh terperangkap agenda politik PAS
100 jongkong emas dalam kereta ‘influencer’ dirampas polis Brazil

Terengganu: Bot bertembung, nelayan maut tercampak ke laut






