"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lokman Adam: Malam ini kita sambut Tahun Baharu, bukan kerajaan baharu

HarapanDaily.com

AKMAL MANAF 

“Malam ini saudara-saudara, kita akan sambut Tahun Baharu, tanpa kerajaan baharu.”

Itu sindiran Datuk Lokman Noor Adam terhadap blok pembangkang, Perikatan Nasional (PN).

Pengarah Komunikasi UMNO itu berkata, beliau yakin ramai yang akan kecewa terutamanya mereka yang sudah menjadi kluster mahkamah dan yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

”Terutamanya kawan-kawan yang hari ini makan gaji atau makan upah daripada geng PN ini, semakin hari semakin gelabah termasuk ketua pemfitnah PN (Raja Petra) yang hari ini mengeluarkan bermacam-macam kenyataan.

”Padahal, semalam kami cuma membuat laporan polis susulan daripada dapatan tentang RM700 juta yang telah dibelanjakan.

”Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan RM100 juta untuk pengiklanan dan sebagainya, mereka bukan main rancak lagi membelasah Kerajaan Madani.

“Tapi rupanya mereka belanja RM700 juta dan ada salah laku, kalau tak kita tak bazir masa buat laporan,” katanya dalam satu video di Facebook miliknya.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata,pegawainya membuat laporan berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Setapak kira-kira jam 2 petang.

“Kita (rakyat) mahu tahu ke mana perginya perbelanjaan RM700 juta, ada sumber mendakwa ada penyalahgunaan kuasa membabitkan bekas petugas perdana menteri sebelum ini,” kata Lokman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan menerima laporan itu dan akan membuat siasatan termasuk menghubungi pihak Kementerian Kewangan untuk mendapatkan penjelasan.

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan bagi tempoh 2020 hingga 2022 dilapor membelanjakan sehingga RM700 juta untuk kerja pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan.

Perbelanjaan oleh dua pentadbiran terdahulu adalah bagi menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan.

Tiada ulasan: