"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM siasat rasuah Ismail Sabri, Keluarga Malaysia

Harapandaily

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mempromosi konsep Keluarga Malaysia.

Seorang sumber berjawatan tinggi mendakwa terdapat dakwaan rasuah dalam kontrak berkaitan kegiatan promosi konsep “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan Ismail pada Ogos 2021.

“Salah seorang yang disiasat adalah bekas perdana menteri era ‘Keluarga Malaysia’, Ismail Sabri,” kata sumber itu yang ada pengetahuan berkenaan kes itu kepada Malaysiakini.

“Siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam penganugerahan kontrak untuk papan iklan ‘Keluarga Malaysia’ dan bahan kempen yang lain,” katanya lagi.

Meskipun dalam siasatan, sumber mendakwa kontrak untuk program Keluarga Malaysia bernilai lebih RM300 juta.

Bekas pegawai Ismail Sabri turut disiasat.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan SPRM dijangka memanggil seorang bekas pemimpin tinggi kerajaan dan seorang bekas setiausaha sulit untuk soal siasat pada minggu depan.

Tiada ulasan: