Malaysiakini
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan dakwaan pencabarnya Nurul Izzah Anwar bahawa menteri ekonomi itu bersedia meletakkan jawatan dalam kerajaan bulan lalu.
Nurul Izzah pada hantaran di media sosial malam tadi mendakwa Rafizi bersedia untuk melepaskan jawatannya dalam kerajaan kerana kecewa dengan keputusan pemilihan PKR yang menyaksikan sekutunya tewas teruk.
Anak sulung Presiden PKR Anwar Ibrahim itu turut mendakwa pimpinan parti dimaklumkan bahawa Rafizi telah menyediakan surat peletakan jawatan.
Pun begitu, Rafizi hari ini berkata dia "tidak pernah mendraf surat meletak jawatan, atau menyatakan tidak akan bertanding."
"Alasan yang diberikan konon Nurul Izzah masuk bertanding untuk menyelamatkan parti akibat kekosongan jawatan adalah tidak benar.
“Saya telah umumkan terlebih dahulu saya akan mempertahankan jawatan seperti yang diminta oleh Presiden (PKR Anwar Ibrahim) sendiri.
"Saya juga tidak pernah berkemas untuk mengosongkan pejabat. Pejabat saya masih kekal bersepah dengan fail-fail hingga ke hari ini.
"Selepas bercuti selama empat hari untuk berjumpa dengan akar umbi, saya kekal menjalankan tugas menteri seperti biasa,” kata Rafizi pada satu kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan