"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyanyi dari kumpulan Mr Nah Band mengaku cabul wanita, mahu bersemuka mohon maaf

mStar 
VOKALIS kumpulan Mr Nah Band iaitu Nah Sang Hyun secara terbuka mengakui tabiat buruk suka mencabul wanita ketika dalam keadaan mabuk.

Tampil membuat permohonan maaf, Sang Hyun memberitahu tindakan tersebut dilakukan tanpa sedar kerana dia tidak dapat mengawal diri.

"Saya melukai hati orang ketika dalam keadaan mabuk. Saya tidak dapat meminta maaf ketika itu dan hati saya rasa sangat berat.

Sang Hyun berjanji tidak akan ulangi tabiat buruk.

"Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf. Jika berpeluang, saya mahu bersemuka jika sudi mendengar permohonan maaf saya," katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan pendedahan seorang individu yang mendakwa pernah melihat sendiri kejadian Sang Hyun menyentuh bahagian paha wanita ketika berada di kelab malam.

Bercakap lanjut, Sang Hyun memberitahu dia kini dalam usaha memperbaiki diri agar perbuatan keji itu tidak akan berulang lagi.

"Saya diberitahu tentang tabiat ini sejak tiga tahun lalu. Selepas itu saya cuba mendapatkan bantuan sekeliling bagi mengatasi masalah ini.

"Saya akan berusaha memperbaiki diri agar perkara sama tidak berulang. Saya minta maaf kepada semua yang terjejas akibat perbuatan ini," jelasnya.

Tiada ulasan: