"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: pegawai polis disyaki terima rasuah RM14,000

Bernama

KOTA BHARU: Seorang pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 daripada seorang kontraktor.

Menurut sumber SPRM suspek yang pernah bertugas di IPD Machang ditahan kira-kira 1 tengah hari tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Kelantan.

“Pegawai terbabit disyaki menerima wang tunai dan pelbagai barangan berharga daripada seorang kontraktor,” kata sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu esok mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: