"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersatu PD mahu Hamzah Zainudin ganti Muhyiddin

Bersatu PD usul peralihan kuasa, cadang Hamzah terajui parti

Anne Muhammad

PETALING JAYA: Bersatu Port Dickson meluluskan usul yang mencadangkan peralihan kepimpinan nasional secara terancang, dengan Hamzah Zainudin mengambil alih kemudi daripada Presiden Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin pula dicadangkan berperanan sebagai penasihat dan mentor.

Usul mencadangkan Hamzah sebagai ‘pemimpin barisan utama itu’ dibawa Timbalan Ketua Akkil Aizat Othman, dan diterima sebulat suara dalam persidangan tahunan parti bahagian itu semalam.

Usul itu bagaimanapun tidak secara langsung mencadangkan Hamzah menduduki kerusi presiden.

Usul sama turut mencadangkan Radzi Jidin untuk memimpin pengurusan parti. Hal ehwal pentadbiran parti ketika ini diurus oleh Setiausaha Agung Azmin Ali.

Tiada ulasan: