"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inspektor direman 4 hari kes rogol, minta suapan, habuan seks

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan kerana disyaki terbabit kes rogol, meminta suapan dan habuan seks.

Pegawai masih bujang berusia 29 tahun dari IPD Kuala Muda itu ditahan selepas dua laporan dibuat terhadapnya pada 3 dan 4 Julai lalu, termasuk satu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata siasatan awal mendapati suspek menggunakan pengaruhnya sebagai pegawai penyiasat untuk mendapatkan perkhidmatan seksual daripada individu berkaitan siasatan.

“Saya mengesahkan kes ini masih dalam siasatan…dalam kes pelanggaran disiplin, kita sedang jalankan siasatan bersama SPRM.

“Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan akan diserahkan kepada SPRM untuk siasatan pihak terbabit,” katanya menurut Berita Harian sambil menambah kes disiasat bawah Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan tertumpu dua kemungkinan pegawai itu menyalahgunakan kedudukan sebagai pegawai penyiasat untuk memaksa mangsa atau berlaku hubungan seksual tanpa kerelaan.

“Kita syak pegawai berkenaan mungkin guna kuasa dan pengaruhnya untuk mendapatkan habuan seks daripada mangsa.”

Tiada ulasan: