"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azalina Masih Enggan Membayar 'Hutang' Norazan?


Skudai - Datuk Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang pernah mengeluarkan kenyataan pada 03 Mac 2008, bahawa tuduhan segelintir pihak menuduhnya merasuah RM1 juta Norazan Abdullah agar menarik diri dari bertanding pada Pilihanraya Umum ke-12 adalah mengarut.

Azalina menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut ketika itu. Johor Daily mendapat maklumat dari seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang namanya enggan disebut, bahawa Norazan sedang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut sejumlah wang yang dikatakan belum dibayar lagi oleh 'pihak berkenaan'.

Menurut sumber itu lagi, Norazan kini telah menyembunyikan diri dari sebarang tekanan dan dikatakan telah membuat satu laporan Polis terhadap sejumlah wang yang masih dimungkiri. Perkara tersebut dikatakan dalam tindakan peguam yang dilantik oleh Norazan.

Azalina juga sebelum ini telah dipertikaikan oleh sebahagian ahli Umno Pengerang kerana didakwa menyogok beberapa cawangan parti itu agar mengundinya bagi merebut Ketua Bahagian Pengerang. Walaupun pertuduhan itu telah dilaporkan oleh Lembaga Displin Umno namun sehingga hari ini Johor Daily mendapati belum ada keputusan mutamad.

Johor Daily menghubungi Ketua Angkatan Muda Keadilan Pengerang, Zulkifli Daud untuk mengesahkan dakwaan tersebut, beliau berkata "saya mengikuti perkembangan ini sejak dari awal, saya enggan mengulasnya kerana Norazan telah memalukan PKR apabila 'hilang' di hari penamaan calon".

Sebelum ini terdapat tuduhan yang mengatakan Azalina juga terbabit dalam kes rasuah di sebuah kementerian yang pada ketika itu beliau adalah seorang Menteri. Tuduhan itu dikatakan menjadi punca Azalina kalah semasa pemilihan Majlis Tertinggi Umno..

http://johornews.blogspot.com/

Tiada ulasan: