"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno/PAS: Tidak Ada Kerjasama Dengan Umno - Pemuda PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR (Hrkh) - Berikut adalah kenyataan media Dewan Pemuda PAS menafikan laporan kerjasama dengan Umno berkaitan jemputan Wacana Ilmiah Terbuka terhadap pergerakan Pemuda Umno Malaysia:



Kenyataan Media (1 Julai 2009)

1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.

2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.

3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.

4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini.

Sekian.

KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat


Tiada ulasan: