"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Manek Urai: Surat Terbuka untuk Pengundi Manek Urai

Assallamualaikum dan selamat sejahtera kepada penduduk Manek Urai. Semoga semuanya baik-baik, hidup tenang dan sihat belaka. Penduduk Manek Urai tentu sekarang sedang sibuk dengan Pilihanraya Kecil di situ nanti.

Mungkin sudah ramai tahu peneroka Felda Kemahang tanah merah telah ditipu oleh Pengurus Felda dengan berkonspirasi seperti disebut oleh Hakim iaitu; mahkamah mendapati berdasarkan kepada keterangan semasa perbicaraan, memang wujud bukti konspirasi antara pengurus Felda dan kilang berkenaan untuk menipu gred harga kelapa sawit.

Tetapi dalam kes pilihanraya di Manek Urai, calun UMNO disitu ialah bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Manik Urai, umum Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai.

Felda dan Kesedar ialah dua agensi kerajaan pusat yang berfungsi sebagai lidah dan telinga serta kuda tunggangan UMNO sebagai kerajaan haram dalam kerajaan di Kelantan.

Saya mahu peneroka sedar ini semua adalah kerja tangan-tangan jahat yang kebanyakan mereka terdiri dari pembesar dalam UMNO. Penduduk Manek Urai diharap tidak bodoh dan tidak mudah lupa sejarah.

Ketua Peguam yang membela pengurus Felda dan Pengurus kilang yang Mahkamah putuskan sebagai bersalah itu bernama Datuk Cecil Abraham. Semoga penduduk Manek Urai masih ingat siapakah Datuk Cecil Abraham ini?.

Datuk Cecil Abraham ialah penguam UMNO yang membela Zambery Kader dalam kes rampasan kuasa di Perak oleh UMNO. Datuk ini tidak jauh bezanya Ghani Patail, Mahathir, Zambery dan Lingam korek korek korek yang menipu seluruh manusia di dunia tentang konspirasi terbesar yang merosakan sektor perundangan dalam Malaysia.

Oleh itu, semoga penduduk Manek Urai tahu bahawa UMNO mempunyai pertalian yang rapat dengan kedurjanaan menipu rakyat. Semoga kali ini dan selamanya pun penduduk Manek Urai faham bahawa UMNO bukan lagi wadah yang betul untuk membela nasib peneroka dan orang-orang miskin.

Penduduk Manek Urai harus tahu UMNO kini cenderung kepada kerja-kerja menipu dan terus menipu. Ini kerana perbuatan jahat atau menipu hanya boleh dipertahankan dengan cara terus menipu dan terus berjahat sahaja.

Semoga Penduduk Manek Urai faham Calun UMNO Manek Urai ialah bekas Pengurus Kesedar dan Pengurus Felda pula adalah pengkhianat kepada peneroka felda di Kemahang. Penduduk Manek Urai juga perlu ingat, kenapa Pengurus Felda yang jahat itu menggunakan Peguam UMNO, Datuk Cecil Abraham untuk membela perbuatan terkutuknya menipu peneroka felda di Kemahang itu.

Semoga penduduk Manek Urai faham situasi ini dan menjadikan ia pedoman untuk memilih calun dalam pilihanraya kecil nanti.

Muramatsu
England

Tiada ulasan: