BANGI, 30 Jun (Hrkh) - Dewan Undangan Negeri (Dun) Bangi bakal memperkuatkan bahagian selatan Selangor dengan pendekatan psikologi dan contoh tauladan yang baik bagi memperluaskan pengaruh Pakatan Rakyat ke selatan tanah air. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang berhasrat untuk memperkasakan pengaruh Pakatan Rakyat di selatan Selangor dan memperkembangkan pengaruh ini ke Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. "Kawasan Bangi dan Serdang berada di bahagian paling selatan negeri Selangor. Jadi, ini mesti menunjukkan contoh yang baik kepada jiran kita untuk meluaskan pengaruh kita," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan 10 PAS cawangan Desa Surada yang telah ditubuhkan sejak tahun 1999 disini baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Ketua cawangannya, Muhammad Shukor Atan. Beliau berkata, persedian untuk memperluaskan pengaruh ini memerlukan persediaan yang lengkap seperti apa yang disarankan oleh al-Quran yang menyuruh membuat persiapan yang lengkap sebelum pergi berperang. "Tumpuan kita ialah untuk menjadikan musuh parti dan Pakatan Rakyat gerun. Kita perlu mempunyai parti, tenaga yang kuat dan kemampuan yang tinggi serta ini akan mejadikan aset yang penting bagi kita untuk menjadi contoh bahkan kita akan berusaha untuk mencapai matlamat ini. "Barangkali tugas kita di Bangi lebih memberi tumpuan ke selatan dan yang di utara lebih banyak tumpuan ke utara. Untuk hal ini, memperluasakan pengaruh PAS ke selatan negeri Selangor perlu dilakukan kerana Dun Bangi merupakan anjung dan juga gerbang yang menghubungkan selatan dan utara. "Bangi akan kita jadikan 'base' dari perkembangan ini pada masa akan datang. Itu yang kita nampak sekarang, sebab itulah kita kena sedia dengan segala kelengkapan dan kemampuan kita untuk menjadikan contoh dan model kepada jiran-jiran," katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan