Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa PAS akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini walaupun BN didakwanya aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat. Anwar yang juga ketua Pakatan berkata, BN mencemarkan nama baik Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan pengundi. Katanya, kempen memburuk-burukkan nama baik Nik Aziz tidak sepatutnya berlaku dan Anwar menjangka perbuatan tersebut akan bertambah sepanjang kempen pilihanraya kecil itu nanti. Perbuatan tersebut, tegas ahli parlimen Permatang Pauh itu, menunjukkan bahawa BN merasa terancam dengan kehadiran Nik Aziz. Semalam BN menamakan ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Man, 39a, sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Anwar bercakap kepada pemberita di Putrajaya di mana kes rayuannya terhadap keputusan memindahkan kes liwatnya, dijadual didengar pagi ini. Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan hingga esok. Anwar merayu terhadap keputusdan untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Perkara itu akan didengar di MahkamahTinggi pada 8 Julai depan. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Manek Urai: Anwar dakwa BN akan main kotor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan