Kerajaan Pulau Pinang telah memecat Johari Kassim dari PKR sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), berkuatkuasa Jumaat lalu - satu langkah yang dianggap akan mengeruhkan hubungan antara pemimpin Pakatan di negeri itu. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Jumaat lalu, yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Awal bulan ini, Johari telah mengetuai ahli-ahli MPSP dari PKR, memboikot majlis mengangkat sumpah kakitangan awam - Mokhtar Mohd Jait - sebagai yang dipertua MPSP yang baru. Perkara itu diumumkan oleh Exco Kerajaan Negeri bagi halehwal kerajaan tempatan, Chow Kon Yeow dalam satu sidang akhbar hari ini. Chow berkata, pemecatan Johari adalah satu amaran keras kerajaan negeri kepada ahli-ahli majlis tempatan PKR dalam MPSP, yang menyokong boikot tersebut. Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap tujuh lagi ahli MPSP dari PKR tersebut. Keputusan pemecatan tersebut dibuat walaupun sebelum ini terdapat rayuan dari pemimpin PKR kepada ketua menteri supaya tidak berbuat demikian. Pemecatan Johari itu dijangka mencetuskan peletakan jawatan secara beramai-ramai ahli MPSP dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR. PKR mempunyai sembilan ahli MPSP dan tujuh ahli MPPP. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Krisis PKR P.Pinang: Johari Kassim dipecat ahli MPSP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan