"Kita terus menerbitkan Suara, walaupun cara ini melanggar undang-undang. Kita terus mengedarkan Suara walaupun banyak pengedar yang diugut. Kita tidak ada pilihan lain. Pihak berkuasa menuduh kita melanggar undang-undang. Akan tetapi, dengan menafikan hak kita untuk bersuara, sebagaimana yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan sebenarnya menggalakkan kita melakukan aktiviti di luar undang-undang. Ini tuntutan masa dan keadaan." -- Dipetik daripada ucapan perasmian Syed Husin Ali, selaku Timbalan Presiden dalam Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita PKR, pada 1 September 2006.

Seandainya diimbas, ia mungkin detik saat yang paling sukar untuk PKR, dengan hanya tinggal seorang ahli parlimen, iaitu Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail setelah dibadai "gelombang biru" dalam PRU ke-11. Namun demikian, semangat perjuangan pimpinan dan anggotanya menjadi obor yang menerangkan kesuraman ini.
Ia tidak terhenti setakat pada ucapan Syed Husin Ali, atau seruan Ketua Penerangan ketika itu, Tian Chua semasa sesi penggulungan perbahasan dalam Kongres Nasional Tahunan, untuk berdemonstrasi menuntut hak penerbitan lidah parti. Kata-kata diterjemahkan kepada tindakan, apabila pimpinan dan anggota PKR turun gelanggang untuk berkumpul di bawah pejabat SUHAKAM pada 24 November 2006.
Protes hangat-hangat ayam?
Adegan tersebut tidak kelihatan lagi, biarpun PKR kini ditimpa nasib yang sama - permit Suara Keadilan tidak diperbaharui. Tindakan protes agak hangat sebermulanya, apabila PKR mengambil langkah untuk menerbitkan lidah partinya dalam bentuk edisi tidak berkala, bermula dengan Keadilan (12 Julai 2010), Obor Keadilan (19 Julai 2010), Sinar Keadilan (26 Julai 2010), Utusan Keadilan (2 Ogos 2010), Berita Keadilan (9 Ogos 2010) dan kemudiannya berhenti di Metro Keadilan (16 Ogos 2010).

Jawapan beliau ditemukan dengan soalan susulan, "Tetapi mengapa ia diberhentikan?"
"Ada perubahan dalam Suara Keadilan..." Beliau akhirnya mengakur, menceritakan bagaimana organ parti ini diambil alih oleh "golongan yang dianggap profesional", dari tangan "orang yang bersemangat tetapi dianggap tidak profesional".
Pengambil-alihan ini berlaku selepas tsunami politik, apabila PKR dilambung dengan harapan tinggi daripada rakyat. Babak ini menyaksikan bagaimana Zunar, Ketua Pengarang dengan kakitangannya dalam Suara Keadilan, terpaksa memberi laluan kepada pasukan editorial baru.

Syed Husin Ali (gambar kiri) menyambung, "Dan saya kata waktu itu, keluarkan (terbitkan), buat atas nama saya. Dan mereka teruskan. Tapi yang meneruskan ialah golongan yang bersemangat dan berani itu. Tetapi, apabila golongan yang profesional ini mengambil alih, walaupun saya katakan nama permit tu nama saya, saya ambil tanggungjawab, tapi mereka kurang berani."
Profesional tetapi tak berani?
Di sini ia memperlihatkan satu perubahan dalam sikap, yang berlaku di kalangan anggota mahupun pimpinan parti. Syed Husin Ali mengakuinya, "Tapi, itu tak bererti terus mengalah begitu sahaja. Sebab sekarang, salah satu sebab, golongan profesional ini dia memikirkan soal kewangan, untung-rugi, kan? Dan bila tak ada wang, dia tak berani nak keluarkan."

Baca selanjutnya di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan