"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiada lagi kalimah Allah pada logo PDRM ?

amkns
kenapa kalimah suci Allah dan Muhammad dihapuskan dari logo rasmi Polis Di Raja Malaysia?

Oleh kerana saya didalam tempoh berkabung diatas kematian saudara saya tempohari, saya meminta rakan saya itu memberi tempoh pada saya sebelum memberi tindakbalas terhadap aduannya itu.



Saya meminta beliau mengambil gambar bukti akan usaha penghapusan kalimah suci Allah dan Muhammad di balai polis yang beliau maksudkan dan emelkan pada saya.



Baru sebentar tadi emel yang berlampirkan bukti usaha menghapuskan kalimah Allah dan Muhammad telah saya terima.



Ini dia buktinya :





Sila klik pada gambarfoto diatas untuk paparan lebih besar dan jelas.

Tuan tuan dan puan puan warga Malaysia yang saya hormati,

Ini ada lah satu usaha keji menghilangkan mercutanda logo pasukan Polis Di Raja Malaysia sebagai sebuah pasukan keselamatan negara yang menjunjung Syariah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam sekian lama ini.

Pasukan Polis Di Raja Malaysia adalah pasukan paling terkemuka didalam sistem pertahanan negara dan kalimah suci Allah dan Muhammad itu bukan sekadar hiasan semata mata!

Setiap anggota polis wajib sedar bahawasanya dirinya bertugas menjaga keselamatan negara dan ia tertakluk dibawah Syariah Allahu Ta'ala dan Sunnah
Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Kalimah kalimah suci tersebut adalah lambang bahawa pasukan polis bertugas menurut suruhan Allah dan anjuran Rasul.

Dengan usaha jahat menghilangkan kedua kalimah tersebut adalah merupakan satu cubaan menghapuskan kesedaran taat kepada Allah Tuhan Rabbul Alamin dan PesuruhNya Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam!!!

Ini logo asal PDRM :
Apa alasan PDRM berkenaan perkara ini???

Kenapakah kalimah suci 'Allah' dan 'Muhammad' dihapuskan dari lambang logo Balai Polis Trafik Miri seperti dipaparkan gambar bukti di atas???

Apakah pasukan PDRM di Balai Polis Trafik Miri terkecuali dari menjunjung perintah Allah dan Sunnah Rasul?

Ada dua sistem ke didalam PDRM?

Sila jawab!

Tiada ulasan: