"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Sosilawati: AG arah polis buat siasatan lanjut

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pejabat Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dengan mengarahkan polis melakukan siasatan susulan.

Difahamkan keputusan itu dimaklumkan kepada polis hari ini.

Kertas siasatan itu telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara semalam.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengesahkan perkara itu turut memberi jaminan bahawa laporan lengkap kes pembunuhan itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Hishammuddin berkata polis kini menunggu laporan DNA yang ada ketikanya mengambil masa sedikit untuk disiapkan.

Bagaimanapun, tarikh dan tempoh untuk laporan lengkap itu telah ditetapkan iaitu dalam tempoh dua minggu lagi sebelum hasil siasatan lengkap kes itu diserah kepada Peguam Negara untuk proses pendakwaan, katanya.

Setakat ini lapan suspek ditahan berhubung kes pembunuhan ini.

Tahanan perintah mereka telah dilanjutkan baru-baru ini.

Tiada ulasan: