"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiada lagi tirai ajaib, Umno makin membusuk!

Hamba Allah
Isu Umno dan PERKASA semakin dihangatkan. PERKASA sendiri pada hakikatnya adalah benih ultra Melayu yang lahir dari Umno. Untuk Umno menafikan bahawa PERKASA adalah anak hasil hubungan terlarang mereka adalah sesuatu yang hampir mustahil.

Namun Umno terpaksa menafikan PERKASA adalah benih mereka kerana hubungan cinta dengan MCA dan MIC akan terjejas dengan perangai PERKASA. Cemburu PERKASA terlalu tinggi buat bangsa selain melayu.

Umno dalam masa yang sama masih ada cinta kepada PERKASA kerana PERKASA adalah anak hasil hubungan cinta berkurun Umno dengan kekasih awalnya….melayu. Najib yang nampaknya bernafsu pelbagai bangsa (mungkin termasuk antarabangsa dan antara benua) seakan lari dari PERKASA walaupun kalau DNA dibuat memang jelas PERKASA adalah anak Umno. Membunuh dan meletupkan PERKASA dari dunia adalah sesuatu yang hampir mustahil bagi Najib.

PERKASA sangat perlu untuk Umno terutama di negeri melayu dan di kawasan Melayu khususnya di kampung tradisi dan rancangan tanah berkelompok yang selama ini menjadi nadi yang masih berdenyut untuk umNO. Namun kehadiran PERKASA di persada Negara dicurigai oleh bangsa lain yang sedang ditagih oleh Najib. Wajah sesumpah yang dimainkan umNO selama ini tak mampu ditutup lagi kerana perkembangan pesat teknologi maklumat yang berjaya menerobos pelusuk kampong dan tanah rancangan. Maka sikap terbaik ialah Najib mengelak diri dari membicarakan soal kekasih gelapnya dalam umNO ini.

Kenyataan Tg Adnan terhadap PERKASA merupakan satu kenyataan yang memanaskan punggung Brahim Ali. Kenyatan itu menyebabkan perbalahan terbuka antara dua pertubuhan ini terus bersambut. Ia mungkin satu lakonan dua puak ini namun ia turut membingungkan akar umbi melayu. umNo sebenarnya sedang mencari identity dan jati diri sebenar mereka.

Maklumat yang dipaparkan media alternative menunjukkan betapa jelasnya kekeliruan indentiti umNO. Mereka marah Pakatan Rakyat membantu bangsa selain melayu, akhirnya mereka yang membantu. Mengamuk pasal orang bukan Islam PAKATAN Rakyat yang masuk masjid dan surau tetapi terlupa itulah yang dibuat rakannya dari MCA dan MIC selama ini. Mungkin kerana memang pemimpin umNO jarang menjengah surau dan masjid. Kalau ditegur..taku MCA dan MIC kata…kami pergi sebab kamu tak pergi…lagi malu.

Pemimpin umNo dilihat keliru sama ada menyokong atau menentang PERKASA. Ada yang suka, ada yang marah dan benci. Yang marah kerana PERKASA dilihat menentang aspirasi dan slogan Najib satu Malaysia.

Khairy yang tak pernah dipedulikan oleh Najib mengambil kesempatan menghentam PERKASA yang selama ini mengkritik Khairy. PERKASA mengkritik Khairy kerana tahu Najib tak suka Khairy…. Khairy mengkritik PERKASA kerana tahu Najib tersekat kerongkong dengan kelantangan PERKASA. Dua duanya nak mengampu Najib!

Lebih menarik … Tun Mahathir yang menjadi mentor Najib turut menyokong Brahim dan pertubuhannya. Mahathir adalah bapa Mukhriz yang dilantik menjadi timbalan menteri sekalipun kalah dengan Khairy…… Ini masa Khairy menghimpit pendirian Mukhriz terhadapPERKASA. Mukhriz pastinya tersepit antara pendirian Najib bosnya atau Mahathir ayah dan juga mentornya.

Semua ini adalah titik perpecahan dalam umNo. Ianya retak yang kian muncul belahnya. Jika dulu retak itu dilindungi oleh media yang penipu, kini tiada lagi tirai ajaib yang mampu menzahirkan watak umNO dan isi perutnya yang membusuk hingga ke kepala.
-harakahdaily-

Tiada ulasan: