"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Karpal: Kehidupan Peribadi Peguam Boleh Disentuh

KUALA LUMPUR 23 SEPT: Peguam veteran, Karpal Singh mempertikai pendirian Majlis yang mengatakan mereka tidak dapat bertindak ke atas peguam bermasalah kerana ia melibatkan kehidupan peribadi mereka.
Katanya, peguam bela mahupun peguam cara yang mempalitkan imej Majlis Peguam melalui gaya hidup peribadi mereka, seharusnya dikenakan tindakan jika ada bukti supaya profesion guaman dihormati.

"Majlis Peguam tidak boleh mengabaikan tingkah laku seperti itu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

"Ada kes peguam bela dan peguam cara mempunyai kehidupan peribadi yang disahkan Mahkamah Tinggi sebagai fakta, bahawa ia adalah pelakon laki-laki dalam rakaman porno,” kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Merujuk kepada bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat DP Vijandran, beliau kesal kerana Majlis Peguam kekal membisu dan tidak menitik beratkan keperluan untuk membersihkan nama majlis itu.

Vijandran yang juga bekas Setiausaha Agung MIC, kekal sebagai peguam sehingga ke hari ini.

Tiada ulasan: