"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bagilah KJ Jadi Calon MB Selangor!! Kalau Azmin Ali Tak Bertanding

AZMIN TIDAK BERTANDING, BAGILAH KJ JADI CALON MB SELANGOR!!
Shahbudin Husin 
Pemimpin penuh warna-warni, Azmin Ali membayangkan beliau tidak akan bertanding dalam PRN Selangor akan datang ini.

Memberi alasan ingin berehat kerana sudah beberapa penggal menjadi Ahli Parlimen dan Adun di Selangor, beliau menambah, sekarang juga adalah masa yang sesuai memberi peluang kepada pelapis muda untuk mengambil alih kedudukannya.

“Saya telah beritahu yang saya ingin berehat.

“Jadi saya fikir kita harus memberi peluang kepada generasi muda dan kita mempunyai calon yang berpotensi, malah mereka sangat komited dalam usaha itu.

“Itu adalah keputusan yang saya buat enam bulan lalu sejurus selepas pilihan raya umum. Saya masih berpegang kepadanya,” kata Azmin lagi.

Selepas kalah di Parlimen Gombak pada PRU15 lalu, pelbagai laporan menyebut beliau akan dinamakan sebagai calon Menteri Besar Selangor dalam PRN akan datang ini mewakili PN.

Oleh kerana kalah kepada Amirudin Shari di Parlimen Gombak dalam PRU15 lalu, PN melihat dengan meletakkannya sebagai calon Menteri Besar Selangor akan berpotensi besar dalam menjayakan misi balas dendam terhadap Menteri Besar Selangor itu, di samping tujuan besar yang sebenar ialah untuk merampas negeri tersebut daripada PH.

Begitu pun, Azmin dikatakan tidak akan bertanding di Dun Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak beberapa penggal lalu, sebaliknya disebut-sebut akan berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat.

Dilaporkan terdapat tujuh kawasan yang berpotensi untuk ditandingi Azmin, antaranya Morib, Sijangkang dan Hulu Kelang.

Tetapi, dengan Azmin sendiri membayangkan mahu berehat dan tidak ingin bertanding lagi, dengan sendirinya PN tidak mempunyai calon dalaman yang benar-benar berpotensi dan ada “wow factor “untuk mewakili gabungan itu bagi merampas negeri Selangor.

Berehat dan berundur diri adalah pilihan terbaik buat Azmin kerana jika bertanding lagi, terutama jika dinamakan sebagai calon Menteri Besar, bimbang nanti akan dimunculkan semula kes-kes lamanya yang tentu akan membuat beliau sendiri serta keluarganya bertambah pening kepala.

Sudah kalah di Gombak, baguslah berehat saja.

Maka di sini, PN tidak perlu berfikir panjang lagi, sebaliknya hendaklah segera menawarkan jawatan itu kepada Khairy Jamaluddin atau KJ yang sehingga ini masih belum membuat keputusan mengenai hala tuju masa depannya.

Meskipun seperti kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan yang menyebut bahawa KJ lebih berminat menyertai Bersatu berbanding Pas, namun beliau belum lagi memuktamadkan pendiriannya itu.

Tetapi, caranya berdekat-dekat dengan Mahiaddin Md Yasin memang jelas memperlihatkan keinginannya untuk menyertai Bersatu.

Ditawarkan sebagai calon Menteri Besar Selangor, pasti dengan sepantas kilat KJ akan mengisi borang keahlian Bersatu.

Yeahhh…tunggu apa lagi? ShahbudinHusin 22/05/2023.

Tiada ulasan: