"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Majlis perkahwinan sebelah petang wanita ini mati dicekik oleh bakal suami kerana…

NASUHA RAHMAN

Majlis perkahwinan yang dijadualkan pada sebelah petang sebelum itu wanita ini sempat berkunjung ke salun kecantikan untuk persiapkan diri sebelum majlis.

Namun, malang yang menimpa rupa-rupanya wanita itu mati dicekik oleh bakal suaminya kerana dilaporkan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Menurut laporan Hindustan Time, kejadian berlaku pada hari Khamis lelaki sepatutnya bakal menyaksikan majlis perkahwinan antara wanita berusia 21 tahun itu bersama tunangnya yang berusia 27 tahun.

Polis tempatan Lucknow berkata, pada pagi kejadian, mangsa meninggalkan rumahnya untuk ke salun kecantikan sebelum majlis perkahwinannya berlangsung pada sebelah petang.

Bagaimanapun, beberapa jam berlalu, mangsa didapati tidak pulang ke rumah atau menjawab telefonnya sehingga menyebabkan keluarganya cemas.

Keluarga mangsa kemudiannya pergi ke salun kecantikan tetapi tidak menemui jejaknya dan akhirnya mereka memfailkan laporan orang hilang kepada polis.

Polis seterusnya bertindak pantas dan mula melakukan siasatan dengan memeriksa laluan dan rekod panggilan telefon mangsa.

Berdasarkan rekod panggilan, tunangnya dipercayai merupakan orang yang terakhir berhubung dengan mangsa sebelum kehilangannya.

Penemuan itu telah membawa pihak polis untuk melakukan soal siasat terhadap tunang mangsa.

Pada awalnya, tunang mangsa menafikan dakwaan itu dan tidak mengetahui keberadaan mangsa kerana sibuk dengan persiapan perkahwinan.

Bagaimanapun, suspek akhirnya mengaku telah melakukan jenayahnya terhadap mangsa.

Suspek berkata bahawa pada pagi hari kejadian, dia telah menghubungi mangsa untuk berjumpa dan berbincang berkenaan perkahwinan tersebut.

Suspek kemudiannya membawa mangsa ke tempat terpencil di dalam hutan, sebelum pertengkaran tercetus dan menyebabkan suspek mencekik mangsa dengan selendangnya.

Dia turut mematikan telefon mangsa dan pulang ke rumah seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Berdasarkan pengakuan suspek, polis akhirnya pergi ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa yang sudah tidak bernyawa.

Suspek juga mengakui bahawa motif pembunuhannya adalah disebabkan dia tidak mahu meneruskan perkahwinan itu dan berasa terpaksa.

Suspek juga mengakui dia tidak bersedia untuk mempunyai komitmen sedemikian.

Pada awalnya dia bersetuju untuk perkahwinan itu adalah semata-mata untuk sedapkan hati tunangnya tetapi dia mula panik apabila hari perkahwinan semakin hampir.

Suspek berusia 27 tahun telah ditangkap dan berdepan dengan pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan India (IPC), termasuk Seksyen 364 (penculikan), 302 (pembunuhan) dan 201 (memberi maklumat palsu), lapor Sanook.

Tiada ulasan: