Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang wanita berdepan detik mencemaskan selepas penghantar makanan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ketika sedang memandu di Jalan Yaacob, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun sedang memandu kereta di kawasan terbabit sebelum sebuah motosikal ditunggang penghantar makanan menghampiri kenderaannya.
Menurut sumber, suspek kemudian mengeluarkan kemaluannya ketika sedang menunggang motosikal dan menunjukkan kepada mangsa.
"Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suspek kemudian mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam perbuatan lelaki itu menyebabkan dia mula memperlahankan motosikalnya.
"Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan masih berjalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan