"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembantu rumah ditemukan dirantai, lesu dalam bilik air

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
WANITA warga Indonesia yang diselamatkan selepas dipercayai dirantai majikan di bilik air sebuah rumah di Taman Tenaga, Kajang, Ahad lalu.
WANITA warga Indonesia yang diselamatkan selepas dipercayai dirantai majikan di bilik air sebuah rumah di Taman Tenaga, Kajang, Ahad lalu.
Kajang: Wanita dipercayai pembantu rumah warga asing yang dikatakan dirantai majikannya diselamatkan orang ramai di Taman Tenaga di sini, pada Ahad lalu.

Seorang penduduk di Taman Tenaga yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku pada 9 malam ketika dia ke kedai runcit di kawasan perumahan berkenaan.

"Pekerja runcit itu kemudiannya memaklumkan dia terdengar jeritan seorang wanita dari arah kawasan flat berhampiran sebelum saya bergegas ke arah itu.

"Kami kemudiannya ke bunyi jeritan itu yang datang dari arah sebuah rumah di tingkat dua flat berkenaan.

"Memandangkan rumah itu berkunci, kami menghubungi pihak polis untuk membuat pemeriksaan.

"Polis kemudiannya memecah pintu rumah itu dan ditemukan seorang wanita dalam keadaan dirantai dan lesu di dalam bilik air," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

"Dalam kes ini, kami berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah yang dirantai oleh sepasang suami isteri tempatan di rumah terbabit.

"Mangsa dirantai di dalam bilik air oleh pasangan berkenaan kerana disyaki mencuri barang kemas," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah.

Tiada ulasan: