"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian

FARAH SHAZWANI ALI
Gambar Hishammuddin (kanan) memeluk Noh curi perhatian netizen.
Gambar Hishammuddin (kanan) memeluk Noh curi perhatian netizen.
SHAH ALAM - Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.

Ahli Parlimen Sembrong itu yang kini menjalani penggantungan daripada parti selama enam tahun mengambil peluang untuk melawat Noh di Tanjong Karang, yang dikatakan bakal menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Dari Sembrong ke Tanjong Karang, sahabat lama tetap dikenang. With my bro, Noh Omar,” kongsinya di Facebook.

Hishammuddin mengunjungi sahabat baiknya, Noh di Tanjong Karang.
Hishammuddin mengunjungi sahabat baiknya, Noh di Tanjong Karang.
Hishammuddin masih lagi aktif menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat walaupun digantung daripada parti.

Pada Isnin, beliau menegur tindakan beberapa pimpinan parti yang membuat pelawaan secara menyindir dan berseloroh kepada bekas ahli untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Jelasnya, tindakan itu menggambarkan mentaliti dan pemikiran kepimpinan UMNO sekarang dan ia tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi.

Sementara Noh yang juga bekas Pengerusi UMNO Selangor dipecat parti pada 27 Januari lalu.

Tiada ulasan: