Arulldas Sinnappan
Seorang pemimpin akar umbi PKR dari Pulau Pinang membuat laporan polis berkaitan penyebaran ajaran Kristian terhadap kanak-kanak di Kampung Muhibbah di Puchong, Selangor.
Nur Mushawwir Hrsikesa Thaitchana Muruthi, yang mendakwa mewakili sayap Pemuda parti-parti kerajaan, menggesa polis bertindak terhadap usaha yang menyasarkan kanak-kanak di rumah pangsa murah ketika ibu bapa mereka berada di tempat kerja.
Katanya, tindakan itu boleh mengancam keharmonian masyarakat, terutamanya jika merebak kepada keluarga Islam.
“Kita tidak mahu perkara itu menggugat keharmonian beragama di Malaysia,” katanya yang juga ketua Pemuda PKR Tasek Gelugor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan