"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dirempuh pemandu mabuk, tiga maut, tiga parah

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
LOKASI kemalangan. FOTO Ihsan Polis
LOKASI kemalangan. FOTO Ihsan Polis
Petaling Jaya: Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi parah selepas dirempuh pemandu dipercayai mabuk di Kilometer 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dekat Kota Damansara di sini, hari ini.

Kejadian jam 5.59 pagi itu berlaku ketika cuaca hujan dan kesemua penunggang sedang berteduh di bawah jejambat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kemalangan membabitkan enam motosikal dan sebuah kereta.

"Siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu lelaki berusia 26 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cyberjaya.

"Sebaik tiba di lokasi, pemandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar enam penunggang motosikal yang sedang berteduh di bawah jejambat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian mengakibatkan tiga maut dan tiga parah dengan kesemua mereka berusia antara 19 hingga 37 tahun.

"Seorang mangsa cedera parah dirawat di zon merah manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di zon kuning di Hospital Sungai Buloh (HSB) dan mayat mangsa akan dibedah siasat di hospital sama.

"Pemeriksaan awal ke atas pemandu kereta mendapati kandungan alkohol melebihi had yang dibenarkan," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Tiada ulasan: