"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar ditahan polis, tikam rakan guna dua pisau dalam pergaduhan di asrama

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
bhnews@bh.com.my

IPOH: Seorang pelajar ditahan polis kerana disyaki menikam rakan persekolahan dengan pisau dalam pergaduhan di sebuah asrama sekolah di bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata maklumat kejadian itu diterima jam 4.31 petang semalam susulan laporan yang di warden asrama sekolah terbabit.

Katanya, mangsa yang ditikam di dada, belakang badan dan paha kanan menggunakan dua pisau, kini dalam rawatan di Hospital Seri Botani di sini.

"Warden asrama sekolah itu melaporkan, berlaku pergaduhan di antara pelajar dengan mangsa dan suspek adalah rakan satu asrama," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Abang Zainal berkata, susulan laporan itu suspek yang juga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan jam 6 petang semalam bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan.

"Siasatan kes sedang dijalankan termasuk merakam keterangan dan percakapan semua saksi yang terbabit.

"Saksi yang mempunyai maklumat mengenai kes diminta berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Jagdeep Singh Jaswant Singh menerusi talian 019-4424361 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Tiada ulasan: