"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keracunan makanan program sekolah, 2 maut

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua maut dipercayai keracunan makanan selepas menjamah juadah disediakan daripada program anjuran sebuah sekolah di Gombak, Sabtu lalu.

Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.

Katanya, kes pertama melibatkan remaja lelaki 17 tahun manakala seorang lagi mangsa, kanak-kanak dua tahun yang juga anak kepada pengawal keselamatan sekolah berkenaan.

“Bagi kes pertama, pada 8 Jun mangsa makan makanan dibawa balik ibunya selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah. Selepas makan, mangsa, ibu dan bapanya mengalami cirit birit.

“Dua hari selepas itu kira-kira 1.30 tengah hari, mangsa tidak sedarkan diri dan bapa mangsa telah menghubungi ambulans untuk bantuan, namun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, bagi kes kedua katanya, bapa mangsa memberi makanan yang dibawa pulang selepas selesai program di sekolah berkenaan.

“Pada 10 Jun kira-kira 10.45 pagi, ibunya mendapati mangsa demam, muntah-muntah dan cirit-birit dan membawa bayinya ke Hospital Selayang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan,” katanya.

Ariffin berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tiada ulasan: