"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Empat pensyarah kolej AS cedera ditikam

Bernama-Dpa
GAMBAR tular empat pensyarah jemputan dari Cornell College cedera dalam serangan tikaman di sebuah taman awam di Jilin. FOTO X
GAMBAR tular empat pensyarah jemputan dari Cornell College cedera dalam serangan tikaman di sebuah taman awam di Jilin. FOTO X
Beijing: Empat pensyarah jemputan dari sebuah kolej Amerika Syarikat (AS) cedera dalam serangan tikaman di sebuah taman awam di timur laut China pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Cornell College yang terletak di negeri Iowa, AS mengesahkan kejadian di bandar Jilin itu.

Menurut Cornell College, ketika kejadian, empat pensyarahnya yang berada di China sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan sebuah universiti di China sedang melawat taman itu.

"Kami telah berhubung dengan keempat-empat pensyarah berkenaan dan sedang membantu mereka pada waktu ini," kata Presiden Cornell College, Jonathan Brand.

Beliau berkata tiada pelajar yang mengambil bahagian dalam program itu.

Sementara itu, Jabatan Negara AS telah dimaklumkan dan sedang "memantau situasi", kata seorang jurucakap atas permintaan.

Tiada ulasan: