"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rempuh mati pasangan warga emas, pemandu ditahan

FMT Reporters

Kereta dipandu lelaki berusia 51 tahun hilang kawalan lalu merempuh suami isteri menaiki motosikal.
Ketua Polis Kuala Kangsar, Heisham Harun, berkata pasangan warga emas berusia 68 dan 65 tahun itu disahkan maut di lokasi kejadian. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Pemandu kereta ditahan susulan merempuh mati suami isteri yang menaiki motosikal dalam nahas di KM64 Jalan Ipoh-Taiping, dekat Kuala Kangsar pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Kangsar, Heisham Harun, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan nahas melibatkan pasangan warga emas berusia 68 dan 65 tahun itu pada 10.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati motosikal dari arah Taiping ke Kuala Kangsar itu telah dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan.

“Suami isteri itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, pemandu lelaki berusia 51 tahun ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Heisham meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu menghubungi pegawai penyiasat kes, Nadiah Radenan menerusi talian 017-5491475 atau 05-7762222 untuk membantu siasatan.

Tiada ulasan: