"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakistan dakwa tembak jatuh 5 jet pejuang India

Agensi
ASAP tebal di daerah Poonch, susulan serangan India di wilayah Pakistan. FOTO AFP
ASAP tebal di daerah Poonch, susulan serangan India di wilayah Pakistan. FOTO AFP
Islamabad: Lima jet Tentera Udara India dan satu dron ditembak jatuh oleh Pakistan semasa serangan India, menurut sumber keselamatan Pakistan kepada CNN.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pemberita, sumber keselamatan berkata, tiga jet pejuang Rafale buatan Perancis, satu jet pejuang MiG-29 dan satu jet pejuang SU-30 ditembak jatuh "untuk mempertahankan diri."

Dron Heron milik India juga ditembak jatuh, tambah mereka.

Pegawai kanan kedua kerajaan Pakistan mengesahkan senarai pesawat yang sama yang ditembak jatuh.

Taklimat itu tidak menyatakan dengan tepat di mana jet itu jatuh atau bagaimana ia ditembak jatuh.

Pegawai Pakistan sebelum ini memberi taklimat bahawa mereka menembak jatuh tiga pesawat dan sebuah dron.

CNN tidak boleh mengesahkan dakwaan berkenaan secara bebas dan sudah menghubungi kerajaan India untuk mendapatkan jawapan.

Tiada ulasan: