"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Disyaki minta rasuah RM54,000 lulus lesen penjaja, 2 pegawai PBT direman

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah RM54,000 sebagai balasan meluluskan permohonan lesen penjaja, tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek yang masing-masing berusia 35 dan 62 tahun itu dikeluarkan Hakim Juraidah Abbas selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di Mahkamah Sesyen Jenayah 1, lapor Berita Harian.

Reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM kira-kira 2.30 petang semalam.

Ia berhubung dakwaan menerima rasuah daripada seorang individu yang memohon lesen penjaja sementara sempena Tahun Baharu Cina 2024.

Tiada ulasan: