"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anggota polis dituduh melepaskan tembakan sebabkan kematian

Mohd Roji Kawi
Anggota polis dituduh sebabkan kematian seorang lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching, hari ini. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi
Anggota polis dituduh sebabkan kematian seorang lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching, hari ini. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi
KUCHING: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes anggota polis yang dituduh melepaskan tembakan menyebabkan kematian seorang lelaki di Jalan Stephen Yong, Batu Kawa di sini, 26 April lalu.

Majistret Sharifah Fatimah Azura Wan Alwi menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan belum menerima laporan kimia, laporan balistik dan laporan bedah siasat mangsa berhubung kes itu.

Tertuduh, Genesis Nitchell David Reddy, 29, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya.

Tiada pengakuan direkodkan dan jaminan ditawarkan terhadap tertuduh berikutan kes bunuh itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang juga anggota polis trafik Bukit Aman diwakili peguam Russell Lim dan Brendan Ting dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Pada jam 5.30 pagi 26 April lalu, anggota di Balai Polis Batu Kawa dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang membawa mangsa yang tidak sedarkan diri dalam kereta Perodua Myvi.

Dua lelaki terbabit memaklumkan rakan mereka itu terkena tembakan ketika mereka melalui Jalan Stephen Yong di Batu Kawa.

Pemeriksaan mendapati mangsa berusia 34 tahun terkena dua das tembakan masing-masing di kepala dan lengan kanan.

Polis yang melancarkan gerakan dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh 12 jam berikutan penahanan suspek utama serta dua rakannya yang bersama dalam kenderaan ketika kejadian itu.

Polis turut merampas sebuah kereta dan sepucuk pistol serta 10 butir peluru dipercayai milik suspek.

Tiada ulasan: