"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Macam mana GRO warga asing boleh masuk Malaysia ni ramai-ramai ye?

87 premis digempur di seluruh negara, 215 GRO warga asing ditahan
Buletin TV3 

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu lalu, dengan 215 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan.

Operasi dikendalikan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ negeri, dengan tumpuan utama terhadap pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, pemeriksaan mendapati 66 daripada 87 premis yang diperiksa melalui operasi itu beroperasi tanpa lesen sah.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan pemilik premis, pekerja, pelanggan serta 215 GRO warga asing yang semuanya berusia 22 hingga 38 tahun.

“Mereka terdiri daripada warga Thailand (76), Indonesia (35), Vietnam (65), Myanmar (28), China (5), Laos (2) dan Kemboja (4),” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah berkaitan untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut mengikut beberapa peruntukan undang-undang.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 15(1)(c), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, selain Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Enakmen/Ordinan Hiburan Negeri.

Antara kesalahan dikesan adalah menjual minuman keras tanpa lesen mengikut Seksyen 76 Akta Eksais 1976; kesalahan imigresen seperti tinggal melebihi tempoh pas, memasuki negara tanpa permit, melanggar syarat pas atau permit, serta menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI).

M Kumar menegaskan PDRM akan terus mempergiat operasi seumpama ini bagi memastikan semua pusat hiburan mematuhi syarat lesen ditetapkan.

“Orang ramai digesa menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan pusat hiburan tanpa lessen.” Katanya.

Tiada ulasan: