"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Meredah hutan 5 jam demi bawa pulang jenazah abang

Agensi
Peo Samania membawa jenazah abangnya, Nandar Samania, pulang ke rumah mereka di Kecamatan Pinogu. FOTO tangkap layar
Peo Samania membawa jenazah abangnya, Nandar Samania, pulang ke rumah mereka di Kecamatan Pinogu. FOTO tangkap layar
Gorontalo, Indonesia: Lima jam meredah laluan tanah berlumpur di tengah hutan belantara. Itu rintangan terpaksa ditempuh seorang lelaki demi membawa pulang jenazah abangnya ke kampung halaman hanya dengan menggunakan sebuah motosikal yang diubah suai.

Memetik laporan Kompas, kejadian menyayat hati itu dirakam dalam sebuah video tular memaparkan Peo Samania membawa jenazah abangnya, Nandar Samania, pulang ke rumah mereka di Kecamatan Pinogu.
Perkampungan mereka terletak di kawasan enklaf di tengah Taman Negara Bogani Nani Wartabone di sempadan Gorontalo dan Sulawesi Utara, yang terputus daripada kemudahan asas seperti jalan raya yang sempurna.

Laluan yang ditempuhi adalah jalan tanah berlumpur yang sudah lekuk teruk menjadikan perjalanan begitu sukar.

"Kejadiannya kelmarin. Yang meninggal itu saudara saya," kata Wawan Thalib, salah seorang saudara si mati, pada 23 Ogos lalu.

Menurut Wawan, Nandar sebelum ini jatuh sakit dan sempat dirawat selama empat hari di Hospital Toto sebelum disahkan meninggal dunia.

Lebih memilukan, Nandar sebelum ini dibawa ke hospital untuk menerima rawatan juga menggunakan kaedah yang sama iaitu dibonceng motosikal meredah hutan.

Selepas meninggal dunia, jenazah Nandar pada mulanya dibawa menggunakan ambulans hingga ke Desa Poduwoma, sebelum perjalanan terakhirnya disambung oleh adiknya menggunakan motosikal.

"Semasa dirujuk ke hospital dan dibawa pulang ke kampung, caranya sama, iaitu dibonceng dengan motosikal yang sudah diubah suai khas," jelas Wawan.

Tiada ulasan: