"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Papa Gomo dijatuhi jel 30 hari kerana hina mahkamah

Faisal Asyraf
KUALA LUMPUR: Penulis blog, Wan Azri Wan Deris, dijatuhi hukuman jel 30 hari kerana menghina mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Tinggi, selepas mendengar hujah pihak-pihak berkenaan dalam prosiding komital oleh bekas ketua polis negara, Razarudin Husain, terhadap Wan Azri.

Mahkamah turut memerintahkan Wan Azri bayar RM30,000 sebagai kos kepada Razarudin.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan sementara menunggu rayuan Wan Azri terhadap hukuman ini selesai.

Dalam penghakimannya, Gan berkata permohonan maaf oleh Wan Azri kepada Razarudin di satu platform media sosial pada 1 Mei adalah tidak boleh diterima.

Katanya, penambahan muzik latar dalam video permohonan maaf itu menjadikan ia kelihatan seperti video hiburan.

“Dia sepatutnya tahu cara menerbitkan permohonan maaf jika dia benar-benar mahu berbuat demikian, sama ada di YouTube, TikTok, atau X,” katanya.

Gan kemudian menjatuhkan hukuman jel 15 hari ke atas Wan Azri kerana gagal mematuhi perintah memohon maaf secara betul, dan tambahan 15 hari lagi atas kenyataan susulan di media sosial yang menunjukkan tiada penyesalan.

Tiada ulasan: