"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak bekas PM ditahan kes dadah

Umavathi Ramayah

KUALA LUMPUR: Anak kepada seorang bekas Perdana Menteri ditahan selepas polis menemukan dadah jenis heroin dalam kereta mewah yang dipandunya di Damansara, di sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi Astro AWANI yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek ditahan ketika operasi khas pencegahan jenayah bersepadu.

“Dalam pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit, polis menjumpai dadah dipercayai heroin bersama beberapa peralatan yang digunakan untuk penyalahgunaan bahan terlarang.
“Jadi kita tahan dia untuk siasatan lanjut,” katanya.

Shazeli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Difahamkan, suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tiada ulasan: