"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Wanita berstatus isteri orang didakwa menjalin hubungan terlarang dengan seorang doktor

Polis terima laporan isu video tular 'office wife', doktor

Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Polis menerima laporan berkaitan video tular memaparkan wanita berstatus isteri orang yang didakwa menjalin hubungan terlarang dengan seorang doktor.

Video tular itu dikatakan dirakam oleh suami wanita terbabit selepas mendakwa pasangannya curang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada doktor pusat perubatan swasta di sini pada 6.27 petang, Ahad lalu.

"Kes diklasifikasikan rujuk lain agensi (RLA)," katanya dalam kenyataan ringkas malam ini.

Terdahulu, tular di Facebook seorang lelaki menerjah dan merakam perlakuan isterinya didakwa curang dengan doktor berstatus suami orang.

Menerusi perkongsian, lelaki itu mendakwa tidak pernah menyangka individu yang paling disayanginya sanggup berpaling tadah kepada lelaki lain walaupun sudah 10 tahun melayari bahtera rumah tangga dan dikurnia dua anak.

Dakwanya lagi, punca permasalahan bukan disebabkan miskin, gaduh, tidak meluangkan masa bersama atau tiada persefahaman, sebaliknya gara-gara terma 'office wife'.

Tiada ulasan: