Buletin TV3
KUALA LUMPUR: Satu lagi gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan di Segamat pada 4.24 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku kira-kira 22 kilometer timur laut dari Segamat, berpusat pada koordinat 2.7 darjah utara dan 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
“MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi ini,” menurut MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook.
Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia menerusi pautan https://forms.gle/nt79XYue2odoATPK7 bagi membantu siasatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan