"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita maut selepas jatuh tingkat 14 apartmen di Semenyih

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Kajang: Seorang wanita maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 14 sebuah apartmen di Semenyih di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada 5.18 petang.

"Kejadian disaksikan oleh pengawal keselamatan bangunan berkenaan yang sedang melakukan rondaan. Dia melihat penghuni wanita berusia 48 tahun duduk di balkoni rumahnya di tingkat 14 sebelum jatuh ke kawasan tempat letak kereta.

"Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selain bahagian paha," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau meminta individu mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mu'az Mazlan di talian 017-9788804 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tiada ulasan: