"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami kejam disyaki bunuh isteri hamil 5 bulan

Agensi
(kiri) Mahender mengahwini Swathi atas dasar cinta. Mahender (kanan) didakwa keluar dari rumah membawa bungkusan. FOTO Agensi
(kiri) Mahender mengahwini Swathi atas dasar cinta. Mahender (kanan) didakwa keluar dari rumah membawa bungkusan. FOTO Agensi
Hyderabad: Tragedi ngeri menimpa seorang wanita hamil lima bulan apabila dia dipercayai dibunuh suaminya sendiri sebelum tubuh mangsa dikerat dan dibuang ke sungai.

NDTV melaporkan mangsa, Swathi, 21, dilaporkan tinggal bersama suaminya, Mahender, di kawasan perumahan Balaji Hills, Hyderabad selepas mereka berkahwin atas dasar cinta.

Namun kebahagiaan pasangan itu berakhir tragedi apabila Mahender yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dikatakan bertindak kejam, membunuh isterinya di rumah mereka.

Lelaki itu kemudian memotong tubuh mangsa kepada beberapa bahagian sebelum membuang kepala, tangan dan kaki ke dalam Sungai Musi, manakala bahagian badan lain ditemui tersembunyi di rumahnya.

Difahamkan, Mahender cuba menipu ahli keluarga dengan mendakwa isterinya hilang, namun helahnya terbongkar selepas ahli keluarga mengesyaki sesuatu lalu membawa lelaki itu ke balai polis.

Hasil siasatan lanjut, Mahender akhirnya mengaku membunuh isterinya.

Polis kini menjalankan usaha mencari bahagian tubuh yang dibuang di sungai, selain mengumpul bukti forensik untuk siasatan lanjut.

Bapa mangsa mendakwa anaknya sering didera dan ditindas suspek sejak berkahwin.

"Dia selalu kata hidup mereka baik-baik saja, tapi sebenarnya disiksa. Dia patut terima balasan sama seperti penderitaan anak saya," katanya sebak.

Mahender kini ditahan reman dan berdepan tindakan undang-undang selepas pengakuan kejamnya terbongkar.
-hmetro 

Tiada ulasan: