"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar kolej maut jatuh jejambat 21m di DASH

Bernama

Motosikal ditunggang pelajar lelaki berusia 19 tahun hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh dari jejambat.
Impak kemalangan menyebabkan mangsa terjatuh dari jejambat ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa. (Gambar PDRM)
SHAH ALAM: Seorang pelajar kolej swasta maut selepas terjatuh dari jejambat pada ketinggian 21m apabila motosikal ditunggangnya terbabas di susur 1/B 0.5 Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata kejadian pada 10.40 pagi berlaku selepas motosikal ditunggang pelajar lelaki berusia 19 tahun hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan semasa melalui selekoh dari Persiaran Mokhtar Dahari ke susur 1/B 0.5 lebuh raya itu.

“Impak kemalangan menyebabkan mangsa terjatuh dari jejambat ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa.

“Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam Nur Iqmal Maisarah Azman menerusi talian 017 2836851 bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: