"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita terima mas kahwin 2 bas ekspres

KOSMO
Dua buah bas ekspres diserahkan kepada pengantin perempuan sebagai mas kahwin. - TikTok
JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Pati, wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menerima dua buah bas ekspres sebagai mas kahwin, lapor laman berita Wolipop semalam.

Dalam video yang diumuat naik jurosolek pengantin berkenaan, Diyah Eko Fidayanti, pengantin perempuan turut menerima wang tunai sebanyak 100 juta rupiah (RM26,000) dan beberapa barang kemas sebagai mas kahwin.

“Pengantin lelaki merupakan pemilik sebuah syarikat bas,” kata Diyah.

Video majlis perkahwinan pasangan itu menjadi tular dan menerima pebagai komen daripada pengguna media sosial. 

“Siapa mereka ini? Mas kahwinnya bukan biasa-biasa,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI 

Tiada ulasan: